Tuesday, December 25, 2012

Ibadat Hanya Kerana Allah

Dari Abu Malik Asya'ri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Wudhu' ialah separuh dari iman Mengucapkan Al-hamdulillah memberati timbangan amal "Subhanallah Wal-Hamdulillah" memenuhi ganjaran di antara langit dan bumi
Sembahyang adalah nur

Sedekah adalah 'saksi'

Bersabar adalah cahaya, dan

Al-Quran menjadi pembela atau pendakwa kepadamu yakni sekiranya dibaca dan diamalkan dia akan menjadi pembela untukmu kalau tidak Al-Quran akan menjadi sebab tangkapan untukmu.
(HR Muslim)

KETERANGAN: Wudhu' sebahagian daripada Iman, Maksud daripada hadith ini ialah daripada Iman hati dapat disucikan daripada segala bentuk syirik dan kekufuran manakala wudhu' pula mencuci anggota dari kekotoran. Solat sebagai Nur bermaksud melalui solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana cahaya yang menghilangkan kegelapan.

Makna kedua ialah solat akan menjadi cahaya pada hari kiamat. Di dunia juga wajah orang yang menjaga sembahyangnya akan sentiasa kelihatan berseri-seri dan segar.

Ketiga memberi makna; solat akan menjadi cahaya di alam kubur dan hari kiamat yang penuh dengan kegelapan. Sedekah sebagai saksi memberi maksud; Harta yang menjadi kecintaan bagi manusia apabila dibelanjakan dijalan Allah s.w.t atau disedekahkan kepada orang lain maka akan menjadi bukti keimanan dan janji akhirat. Sabar sebagai cahaya memberi maksud; orang yang bersabar melaksanakan segala perintah Allah s.w.t, meninggalkan segala bentuk kejahatan dan bersabar dari segala bentuk musibah yang menimpanya adalah menjadi nur hidayah pada dirinya.

BALASAN BAGI YANG LALAI DALAM MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU FARDU
6 seksaan semasa hidup didunia
1 - Ditinggalkan(hilangkan) berkat pada umurnya.
2 - Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang soleh pada wajahnya.
3 - Setiap amal yg dikerjakan tidak diberi pahala padanya.
4 - Segala doanya tidak diperkenankan oleh Allah.
5 - Dia dimarahi dan dibenci olehh segala makluk di dunia.
6 - Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang soleh.

3 seksaan ketika hendak mati
1 - Dia mati dalam kehinaan.
2 - Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3 - mati dalam keadaan yang sangat haus, sehingga jika dituangkan kepadanya air laut dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

3 seksa didalam alam kubur
1 - disempit kuburnya.
2 - dinyalakan api, dimana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3 - Allah mengerakkan ular yag paling besar utk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu"Shajkul Akrak" dan ular itu akan berkata, sesungguhnya aku telah di suruh oleh Tuhanku memukul engkau dari subuh hingga asar, dengan sebab engkau sia-siakan waktu zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari siang hingga malam sehingga kiamat.

3 seksa dihari kiamat
1 - Allah memerintahkan Malaikat azab agar menghela orang yang tidak solat itu ke arah neraka.
2 - Allah menilik kepada orang yang tidak solat itu dengan tilikkan yang murka.
3 - Allah akan mengira orang yang tidak solat itu, dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbat ke dalam neraka, sebagaiman Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Apa yang membawa kamu ke neraka?'' "Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang."

FIRMAN ALLAH SWT...''Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran''.
(Al-Kahfi 18:28)

”SESUNGGUHNYA SOLAT YANG PALING BERAT BAGI ORANG YANG MUNAFIK, adalah solat Isya' dan solat subuh.. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangani keduanya, sekalipun dengan merangkak”
(HR. Bukhari-Muslim).....
Jaksa Kota Raja at 3:14 PTG
Kongsi


No comments: