Thursday, October 30, 2014
Masyarakat Sabah Harus Berpolemik Pasal Himpitan Kemiskinan Sabah Dari Konteks Negeri.
Bahwa pentadbiran negeri yang ada sekarang tidak sebenarnya berjaya. Simpanan rezab kewangan yang agak banyak tidak boleh dijadikan kayu ukur berjaya atau tidaknya satu satu pentadbiran negeri.
Kayu ukur yang sebenarnya ialah dirujuk pada himpitan kemiskinan yang dialami masyarakat Sabah itu sendiri atau keselamatan dan persoalan semasa yang dihadapi oleh masyarakat. Bukan merujuk pada bilangan bangunan yang telah didirikan, sebab sudah tentu ia milik orang perseorangan yang duduk di dalam politik, yang boleh juga menyumbang kepada kebobrokan yang saya maksudkan diatas.
Tidak salah mencari kelebihan tapi pastikan orang lain juga boleh kaya seperti mana mereka. Jangan ingat tujuan Tuhan mencipta manusia sebagai masyarakat Sabah hanya untuk menyokong sekaligus hanya mengayakan pemimpin pemimpin BN khasnya yang ada di negeri Sabah.
Hanya masyarakat Sabah yang bodoh saja kok yang tidak terfikir pasal perkara ini. Sekaligus dalam diam mengekalkan kepimpinan negeri Sabah yang sedia ada. Mahu juga menjadi "kadam" kepada mereka yang juga sebenarnya" kadam".
Kesinambungan cetusan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah perlu ada titiknya.???
Posted via Blogaway Jals
Tuesday, October 28, 2014
Perbicaraan Kes Liwat, Rayuan Hukuman
Saiful Berada Di Rumah Anwar. Gambar ini bukan bahan bukti. Gopal perlu berhujah untuk membuktikannya
Seluar dalam yang menjadi bahan kes
Proses hari pertama kes rayuan Anwar.
Bahan kes :-
Peguam Bela, Anwar Ibrahim Gopal Sri Rim mempersoal kehadiran Saiful di rumah Anwar sehari selepas mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar.
Sedangkan dakwaan sebelum ini, selepas Saiful diliwat, dua hari Saiful tidak membuang air besar, bertujuan untuk menjaga bahan bukti air mani Anwar yang ada di duburnya.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Peguambela Anwar kenapa Saiful berada di sana.
Komen admin :- Kenapa kalau Saiful hadir di rumah Anwar sehari selepas diliwat, wajib kah Saiful membuang air besar, dimana pun Saiful berada Saiful boleh menahan dirinya dari membuang air besar. Jadinya kehadiran Saiful di rumah Anwar tidak boleh dijadikan bahan bukti. Peguambela Anwar perlu berhujah untuk memperjelaskan bahan bukti yang ada.
Bahan kes kedua, dua seluar dalam Saiful dipersoalkan.
Menurut Gopal, seluar dalam pertama, telah dibasuh bersih. Tidak ada air mani yang melekat.
Seluar dalam kedua, ada tanda air mani tapi tidak digunakan sewaktu aktiviti liwat.
Komen admin :- Macam mana Peguambela Anwar tahu yang mana satu seluar dalam yang digunakan ketika Anwar meliwat.? :) bukan ini menunjukkan sememangnya ada aktiviti liwat.
Ini kes macam cerita dongeng.
Posted via Blogaway Jals
Pelincir dan Agama Dari Konteks Liwat Anwar
Inilah kerja peguam pembangkang . Sakit atau tidak dijadikan bahan bukti, kalau benar Saiful diliwat oleh Anwar.
Peguam Gopal, mempersoal penggunaan penggunaan pelincir atau Jeli K-Y. Hujahnya kalau sungguh ada berlaku aktiviti liwat dengan menggunakan pelincir maka Saiful tidak akan merasa sakit, seperti yang di dakwa oleh Saiful sebelum ini. Ketika itu menurut dakwaan Saiful aksinya bersama Anwar berlaku di atas karpet.
Peguam itu tidak tahu, walaupun menggunakan pelincir, pelincir berkenaan akan kering akibat pergeseran yang akhirnya membawa kesakitan yang pedih. Adeh
Anwar cuba di selamatkan walaupun jelas telah melakukan kesalahan liwat, sedangkan dengan mempersoal penggunaan pelincir yakni Jeli K-Y sudah jelas menyatakan ada berlaku aktiviti liwat. Lucu juga ya
Lain itu, timbul persepsi dari masyarakat umum dalam usaha menafikan liwat oleh Anwar, tidak mungkin Saiful rela diperlakukan oleh Anwar apa lagi kedua mereka beragama Islam.???
Kalau begitu, ada berapa ramai pondan yang beragama Islam yang tahu hukum halal haram perbuatan liwat. Tapi tetap melakukan liwat, malah ada yang sanggup menukar jantina.
Ada berapa ribu masyarakat politik Malaysia, bila bersama Pemimpin maka apapun perbuatan pemimpin akan mereka benarkan, walaupun boleh membawa murtad dan kerosakan pada pemimpin itu sendiri.?
Contoh pertama, sanggup mempertahankan Anwar walaupun Anwar adalah peliwat. Berdasarkan keputusan mahkamah dan walaupun mereka yang menyokong itu sendiri tidak jelas dengan proses kehakiman.
Contoh kedua, hal yang melibatkan wang ringgit dari konteks pemimpin. Ada berapa ramai masyarakat politik yang bersikap talam dua muka di depan lain di belakang lain hanya kerana ingin mendapatkan sesuatu walaupun sebenarnya menjatuhkan maruah diri dan keluarga, apa yang penting kononnya kelebihan.
Bererti dari konteks Saiful dan Anwar, pasti saja Saiful sanggup berbuat apa pada Anwar. Sebab Saiful adalah pekerja Anwar.
Jadinya tidaklah menghairankan kalau aktiviti liwat ada berlaku.
Anwar seharusnya bertaubat.???
Klik link di bawah, artikel ini yang saya maksudkan untuk dipersoalkan.
http://www.malaysiakini.com/news/278783
Posted via Blogaway Jals
Sunday, October 26, 2014
Pemimpin M vs Pemimpin S = S (Sabah)
Di Sabah inj ada dua jenis kekuatan politik yang dimiliki oleh pemimpin.
Ada pemimpin hanya kuat pada golongan "bangsawan" kita panggil dia sebagai pemimpin M ada pula pemimpin yang kuat pada golongan masyarakat tidak mengira apa jenis bangsa atau saja agama. Kita panggil dia pemimpin S
Kekuatan yang dimiliki oleh pemimpin nombor M diatas hanya berkesan pada satu keadaan yang tidak pun bermakna di dalam sistem demokrasi. Berbanding pemimpin yang seorang lagi yakni S kekuatannya meliputi semua lapisan masyarakat dan sangat bermakna pada sistem demokrasi.
Agak agak kamu oranglah, kalau saja ada berlaku proses pilihanraya khas negeri Sabah untuk dua pemimpin ini, siapa agaknya yang akan menjadi ketua pemerintah negeri Sabah.?
Iya, sudah tentu calon pemimpin S yang mendapat sokongan dari ramai masyarakat.
Jadi fikir fikirkan, harus di ingat adik kepada pemimpin M kedengarannya pernah terlibat dengan perundingan dalam bersama Anwar. Ini juga sejenis faktor yang boleh diambil kira di dalam menentukan kelangsungan BN di negeri Sabah.
Posted via Blogaway Jals
Anwar Tidak Akan Menjalani Hukuman Pada 28HB Ini.
Ada kemungkinan Anwar Ibrahim akan terlepas dari hukumannya.???
Disebabkan oleh dua kemungkinan.
Menurut khabar Anwar ada berhubung dengan seorang pemimpin BN. Dan yang kedua pemerintah risau dengan nanti tindak tanduk masyarakat dalam atau luar negara terhadap sistem pemerintahan.?
(Sejujurnya kita tidak berkeyakinan pasal Anwar Ibrahim ada bertemu dengan pemimpin BN tertentu berkaitan hukumannya. Tapi bab akibat yang melibatkan kononnya penyokong Anwar, saya menyimpan sedikit keyakinan itu pun kalau benar Anwar terlepas dari hukumannya).
Pun begitu untuk dijadikan bahan polemik, kalau lah benar seperti yang tersebar, siapa agaknya pemimpin BN berkenaan ya.???
Jalankan saja hukuman apa adanya, yang salah tetap salah begitu juga sebaliknya. Janji dihukum.
Ini juga menunjukkan kepada kita, bahwa sesungguhnya sistem kehakiman negara tidak dipengaruhi oleh mana mana pemimpin BN sepanjang proses perbicaraan Anwar. Tidak ada tipu daya, tinggal lagi Anwar tidak mampu membuktikan yang dia tidak melakukannya walaupun pada hakikatnya dia melakukannya.
Memang susah tu menterbalikkan perkara sedang perkara itu kita lakukan. Lain kalau kita membuktikan perkara yang kita tidak lakukan, ahh ini mudah.
Apapun pengakhirannya, Anwar harus bertaubat.!!!
Posted via Blogaway Jals
Saturday, October 25, 2014
PERKASA Mencampuri Politik Sabah, Sebab Musa.!!!

Wah PERKASA pun turut terlibat dalam menentukan masa depan masyarakat dengan mempertahankan kepimpinan Musa.
Kalau ia pun membodek agak agaklah. Agaknya lah kalau pun NGO sepertinya PERKASA tidak terlibat dengan pergolakan politik di Sabah, tidak boleh kah BN mendapat kemenangan.??? Alahai buang karan jak.
Sebelum ini saya ada menulis pasal campurtangan NGO dari negeri Sabah dalam usaha mereka mempertahankan kedudukan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah. Saya ibaratkan kuasa NGO berkenaan melebihi kuasa politik Ketua Bahagian UMNO. Adeh
Dan yang terbaru, sokongan datang daripada NGO yang agak gah di Malaysia yakni PERKASA. PERKASA menyatakan sokongan mereka terhadap Musa melalui pesanan sms seperti mana di bawah :-
“Saya begitu bimbang dengan kononnya ada konspirasi jatuhkan Musa Aman. Sabah dan Sarawak lebih kurang sama keadaan. Muslim bukan majoriti di kedua-dua negeri. Saya fikir perlu ada Taib Mahmud di Sabah. Pada saya biarlah Musa terus berkuasa. Biarlah dia seperti Taib Mahmud, supaya Sabah pasti kekal di bawah orang Islam.”
Wah nampaknya PERKASA melebihi kuasa politik seorang Yb yang berpengaruh terutamanya pada kaum Bajau dan KDM. Malah melebihi fungsi JHEAINS sebagai Jabatan kerajaan yang menjaga kepentingan Islam di negeri Sabah.
Atas kapasiti apa PERKASA mencampuri urusan dalaman politik Sabah, termasuklah agama Islam.?
Sedangkan peralihan yang tercetus adalah atas kehendak masyarakat Sabah yang berpolitik yang tidak senang dengan kepimpinan Musa. Banyak isu yang berbangkit yang melibatkan masa depan generasi masyarakat Sabah itu sendiri.
Apa yang PERKASA tahu pasal himpitan kehidupan yang dialami masyarakat Sabah dari hasil birokrasi pentadbiran Musa.?
Apa yang PERKASA tahu pasal, kemelut pemilikan tanah oleh masyarakat Sabah, yang sebenarnya menafikan hak orang asal yang berhak.?
Apa yang PERKASA tahu pasal penurunan undi KDM terhadap BN pada PRU13 yang lepas.?
Atau PERKASA tidak menyedari ekoran kenyataan mereka yang sebelum ini sering mencampuri sosial budaya masyarakat Sabah di tambah dengan pentadbiran Musa yang salah telah menyumbang kepada kelemahan BN. Rujuk peratus sokongan masyarakat Sabah khasnya KDM terhadap BN telah menurun sehingga 70%. Akibatnya berlaku pertambahan 11 kerusi DUN menjadi 12 dan 2 Parlimen menjadi 3 kerusi milik pembangkang.
Sebaiknya PERKASA membuat kenyataan menafikan atau menarik balik sokongan yang telah diberikan dan berdiri sebagai orang tengah. Jangan sampai PERKASA diremehkan oleh masyarakat Sabah sebab mencampuri urusan orang lain tanpa alasan yang jelas.
Kalau pun PERKASA mengambil kisah pasal kepentingan agama Islam di negeri ini, tapi pula berdasarkan keputusan PRU yang lepas lepas, kaum Bajau yang sudah tentu beragama Islam tidak pun berbelah bahagi dalam memihak BN khasnya pemimpin Bajau. Jadi apa kaitannya saranan PERKASA dari konteks Islam di negeri Sabah, selain sokongan politik terhadap Musa.???
Pokoknya peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah perlu ada Kesinambungannya. Pada saya calon yang paling layak untuk menggantikan Musa ialah Shafie Apdal. Titik
Posted via Blogaway Jals
Lim Guan Eng, Hipokrit Tahap Tinggi.
Lim Guan Eng, pakar hipokrit dan kuat spin. Dia dan keluarganya telah berjaya memperbodoh masyarakat Cina untuk menyokong DAP.
Pada dia politik adalah alat untuk menggubal perlembagaan yang sedia ada. Dia tidak tahu, sekuat mana pun sokongan yang dia dapat terutamanya dari kaum Cina, akhirnya kaum Cina akan mengalah. Bila perlembagaan dikuatkuasakan dan seluruh Melayu bersekutu bagi mempertahankan hak mereka.
Dia ni pelik, bila pemimpin pemerintah mempersoal Sekolah Venakular, dia pula dengan tegas merujuk perlembagaan yang membenarkannya. Tapi pada masa yang sama tidak menghormati perlembagaan yang menyentuh kontrak sosial.
Isunya, selama mana Melayu PAS sanggup bersekongkol dengan DAP. Begitu juga dengan Melayu yang menyokong DAP. Pada masa yang sama, sampai bila pula UMNO di dokong oleh orang orang berfikiran sempit, hingga menyebabkan muda mudi memihak DAP.???
Kalau mahu mendapatkan jawapan dari kenyataan saya diatas berkisar akhirnya masyarakat Cina akan mengalah. Iya dipersilakan orang Melayu membuat pendekatan yang menyongsang kehendak mereka pada semua aspek yang diinginkan oleh kaum Cina khasnya penyokong DAP.
Posted via Blogaway Jals

