Tuesday, July 21, 2015

Lim Kok Wing Meletakkan Jawatan Sebagai Penyelaras Kempen PM Najib Razak


KUALA LUMPUR: Tan Sri Lim Kok Wing dilaporkan meletak jawatan sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini.

Beliau dilaporkan melepaskan jawatannya awal bulan ini selepas sebulan lebih memegang jawatan tersebut.

Menurut laporan TMI yang memetik sumber, penjawatan Lim berakhir awal Julai selepas beliau mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Menurut TMI lagi, Lim, 69 tahun, telah dilantik memegang jawatan tersebut pada 22 Mei lalu, menyertai beberapa lagi tokoh lain sebagai penasihat Najib termasuk Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perlantikan Lim itu dipercayai bagi membantu melonjak imej Najib.

Beliau yang juga seorang pakar pengiklanan dan pendidik, sebelum ini turut dikreditkan untuk kempen seperti kempen anti-merokok 'Tak Nak' dan program 'Satu Hati, Satu Negara'.

Beliau juga merupakan presiden dan pengasas sebuah universiti swasta tempatan terkemuka, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang terletak di Cyberjaya.

Lim juga diisytihar sebagai CEO BrandLaureate Terbaik edisi 2009-2010 sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan jenama syarikatnya.

Sumber Astronomi.

Kita tidak pasti atas alasan apa Tan Sri Lim Kok Wing melepaskan jawatannya. Di saat PM Najib Razak berhadapan skandal krisis 1MDB atau krisis kepercayaan daripada rakyat.

Sepatutnya tidak berlaku, malah sebagai pemikir yang hebat. Harus beliau kekal sekaligus terlibat bagi memikirkan jalan keluar dari krisis ini.

Mungkin kah, kepercayaan Tan Sri Lim Kok Wing telah hilang terhadap PM Najib Razak, ialah sehingga kini tidak ada jawapan yang mampu membersihkan namanya dari tuduhan yang di dedahkan oleh portal Sarawak Report dan WSJ.?

Sebagai individu yang hebat, sudah tentu kriteria keintegritian dan kebijaksanaan menjadi prasyarat utama sebelum Tan Sri Lim Kok Wing akur untuk menjadi pengikut kepada mana mana pemimpin.

Atau sememangnya Tan Sri Lim Kok Wing ingin berehat tidak pun berkaitan dengan soal, apa yang dipanggil prinsip.?


No comments: