Tuesday, July 21, 2015

Ketua Kampung Dan JKKK PTI, Ketua Menteri Sabah Harus Dipertanggungjawabkan

Timbalan Pengarah Perisikan ESSCom ACP Hashim Justin baru-baru ini mengulangi gesaan nya agar kerajaan negeri mewajibkan semua ketua kampung dan pengerusi JKKK di ESSZone menyediakan profil komposisi penduduk, termasuk bilangan sebenar PATI di kampung mereka.

Beliau turut berharap agar kerajaan negeri yang bertanggungjawab melantik ketua kampung dan pengerusi JKKK supaya dapat melakukan penapisan semula yang rapi bagi memastikan tidak ada dalam kalangan mereka yang bersekongkol atau melindungi PATI untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi.

Gesahan ini dibuat ekoran insiden melibatkan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dipantai timur yang tidak melaporkan kehadiran  pendatang tanpa izin  (PATI)  di kawasan  mereka meskipun berkali-kali diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Mala ada dikalangan mereka yang dikatakan menerima ‘wang kopi’ daripada PATI sebagai balasan dibenarkan membina rumah setinggan di kawasan kampung mereka.
Ini lah dikatakan umpama harapkan pagar, pagar makan padi.

Ketua kampung dan pengerusi JKKK yang menjadi benteng utama di peringkat akar umbi semestinya tahu siapa orang baharu atau asing di kampung mereka kerana kegagalan tersebut akan menggadaikan kedaulatan negara.

ESSCom syaki PATI yang dilindungi itu menjadi tali barut yang boleh memudahkan penjenayah rentas sempadan dan melakukan aktiviti penculikan seperti yang berlaku dizone pantai timur sebelum ini.

Pihak ESSCom juga  telah mengadakan banyak pertemuan dengan komuniti ESSZone, termasuk ketua kampung dan pengerusi JKKK bagi menerangkan peranan mereka untuk melaporkan kehadiran PATI di kawasan masing-masing.

Namun apabila operasi bersepadu yang diselaraskan ESSCom dilaksanakan di kawasan mereka, ramai PATI ditangkap kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Premis, di mana PATI ini ditangkap pula terletak tidak jauh dari rumah ketua kampung atau pengerusi JKKK dikawasan tersebut.

Kes ini berlaku di pantai timur yang dikawal pehak ESSCom, bagaimana pula keadaan nya di kawasan pantai barat utara, selatan dan juga di pedalaman yang dikatakan aktiviti PATI masih berluasa sehingga ada yang telah beranak piak tanpa kawalan.

Dalam hal ini,  pehak Jabatan Ketua Menteri sepatutnya jangan lepas tangan dan hanya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada ESSCom.

Melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Sabah dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Rakyat(UPKR), kerajaan negeri perlu  merumuskan strategi sendiri dalam usaha mengatasai masalah yang merungsingkan rakyat Sabah selama ini.

Sumber Suara Bebas Tuaran.

Ini benar dan menarik. Alsebab itu jugalah gejala sosial semakin mengancam.

Dan saya yakin, dakwaan terbaru oleh Esscom ini hasil pertelingkahan saya dengan mereka, sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

Begini ceritanya, satu keluarga asli tempatan cuba mendirikan balik kedai runcit sekaligus di jadikan tempat tinggal yang sangat sementara. Tapi dinafikan oleh kononnya Ketua Kampung PTI, lalu mengadu pada DO Semporna.

Akibatnya, Esscom dan agensi tempatan tertentu datang bagi merobohkan rangka kedai runcit berkenaan. Tanpa sikit pun ada balas kasihan. Sudahlah keluarga berkenaan tidak pun mendapat agihan khemah sebagai tempat berlindung di layan pula macam mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah. Sangat mengecewakan. Kurang ajar, haram jadah. Macam Attitude komuniti pendatang (tidak semua tapi ada).

Untuk makluman sehingga sekarang, rangka kayu yang dirobohkan telah di rampas tapi masih belum di kembalikan. Peliknya bila salah seorang ahli keluarga mangsa datang menghadap DO Semporna bagi mendapatkan balik kayu yang di rampas dimintakan pula bayaran, bagi membayar kononnya kos operasi. Himmm, betul tidak logik.

Peliknya gejala sosial terutamanya syabu tidak pula diberikan perhatian yang  serius. Bukan mereka tidak tahu termasuklah Tuan DO.

Malah individu yang menggelarkan dirinya sebagai "Ketua Kampung" senang senang menambah keluasan rumahnya tanpa sikit pun mendapat bantahan dari DO. Apa ini.?

Tidak juga saya menolak, Ketua Kampung dan JKKK berkenaan memang menyimpan PTI jahat sama ada secara sengaja atau tidak. Apa yang penting mereka mendapat layanan  yang kononnya baik dari Yb DUN. Peliknya, mentaliti penjajah.

Itulah akibatnya bila melantik dari kalangan mereka yang tidak jelas  sebagai Ketua Kampung, JKKK dan  jawatan dalam agensi kerajaan. Menyebabkan masyarakat huru hara.

Selain lantikan dibuat oleh orang politik yakni Yb DUN, kebanyakan mereka di sokong penuh oleh pegawai pegawai kerajaan sepertinya terutamanya DO yang jenis tidak bertanggungjawab.

Pokoknya ini sebahagian besar hasil kerja pentadbiran negeri yang ada di tangan Yb DUN. Ingin melihat perpecahan demi kononnya sokongan politik. Walhal sebaliknya, tanpa masyarakat tempatan mereka tidak akan menjadi Yb.

Akhirnya saya pun tidak faham, bagaimana mereka membuat penilaian atau membalas balik sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat. Himmm

Hanya masyarakat Sabah bodoh yang tetap menghormati pentadbiran jelek seperti ini. Sudahlah hanya kumpulan Yb dan Pegawai Kerajaan yang berkenaan yang hanya mendapat untung di tambah pula dengan layanan yang cukup kurang ajar.

Mohon pencerahan, terutamanya dari pentadbiran Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Pegawai Pegawai bebal yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, kebobrokan seperti ini telah banyak saya dedahkan dengan harapan akan mendapat perhatian dari pihak yang dipertanggungjawabkan. Sebelum lagi insiden culik menculik berlaku di daerah Semporna khasnya, umumnya negeri Sabah.


No comments: