Saturday, July 18, 2015

Kritikan Berbalik Terhadap Ansari Abdullah

Saudara ku Anak-Anak Sabah, keluarlah dari kepompong kemarahan dan kesedihan. Cukuplah kita dilamun kekecewaan selama 41 tahun.
Buatlah sesuatu walaupun kecil, tanamlah sebutir benih daripada anda terus menghinjak-hinjak bumi yang bertuah ini semata-mata kerana kekecewaan anda.
Tun Mustapha dan USNO dijatuhkan kerana mahu mengkaji semula kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dia dituduh mahu menjadi Sultan dan macam-macam lagi.
Dr Jeffrey Kutingan, ASP Rahman Ahmad, Sgt Damit Undikai dan lain-lain ditangkap berkaitan isu ini dalam era Mahathir.
Saya bangkitkan isu pulangan 40% daripada hasil kutipan Kerajaan Persekutuan diSabah pada Februari, 1999 bila saya keluar daripada UMNO. Jawapan Dato Mustapha Mohammad dalam media cetak diSabah adalah ianya hanya untuk 10 tahun.
Saya bangkitkan isu ini melalui PKR-BA dan PKR-PR dalam tahun 1999 sehingga 2013 dari Dewan Sivik Petaling Jaya sehingga Pensiangan. Buku Jingga kami canangkan keseluruh pelusuk Sabah.
Malangnya soal 'otonomi dan hak-hak istemewa' negeri Sabah telah digugurkan dari Manifesto PR yang dilancarkan pada 13.2.2013. Saya berhenti politik pada Mei, 2013 selepas menolak pencalunan diluar kawasan yang saya jaga selama 15 tahun kerana kecewa dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin PKR-PR.
Saya terus dihina oleh seteru politik saya hingga kehari ini kerana kata mereka darah saya bukan darah tulin Anak Sabah dan acap kali ditolak oleh rakyat.
Bila Dato Anifah Aman jemput saya untuk menjadi ahli panel 'FORUM PEMBENTUKAN MALAYSIA', saya terima pelawaan itu. Ianya bukan untuk ajenda politik kerana saya bukan lagi ahli mana-mana badan politik. Saya terima kerana saya Anak Sabah dan Ajenda itu adalah Ajenda Sabah.
FORUM itu juga dikutuk terutamanya oleh penyokong SSKM dan PR. Mereka katakan ianya cuma retorik yang akan membuang masa. Datuk Yong Teck Lee, Dr Jeffrey Kitingan, Sdra Zainal Ajamain, Sdra Lahirul Latigu, Tan Sri Majid Khan, Tan Sri Mohd Shafee Abdullah, Sdra Edmond Bon dan saya sendiri dilantik jadi ahli panelis bersama beberapa ahli akedamik kanan dan Pegawai Tinggi Kerajaan.
Bagi diri saya dua FORUM tersebut membuahkan dua hasil yang bersejarah. Pertama, ianya menggabungkan diatas satu pentas Anak-Anak Sabah dari pelbagai fahaman politik untuk satu ajenda. Yang kedua, ianya merupakan satu perbincangan yang julung kali dianjurkan oleh saorang Menteri Kerajaan Pusat didalam menara gading dihadapan ribuan mahasiswa UMS!
Sebelum ini kita dengar penafian hak dan kepentingan Sabah dibawah MA 1963 dan Laporan IGC oleh Menteri Negeri dan Pusat seperti Dato Shafee Apdal dan Dato Rahman Dahlan.
Dari FORUM pertama dalam bulan Mac 2015 kami bersama berbincang dalam JawatanKuasa Kerja. Selepas itu ianya diperhalusi dalam FORUM kedua dalam bulan Mei 2015.

Kami kemudianya menyiapkan MEMORANDUM BERSAMA dalam Ramadhan tahun ini. Malangnya Datuk Yong Teck Lee tidak dapat dihibungi pada awal minggu ini.
Pada Rabu 15.7.2015 jam 4 petang kami menyerahkan bersama MEMORANDUM BERSAMA tersebut kepada Perdana Menteri. Selepas mendengar kami, Dato Najib Razak berjanji untuk membentuk satu "Working Committee" dan membincangnya "orally in the next cabinet meeting".
Ini bererti PM menggangap ianya perkara yang penting dan harus dibincang dengan segera tanpa kertas kabinet. Ini bermakna secara tidak langsung, MEMORANDUM tersebut adalah KERTAS KABINET!
Penghormatan dan layanan apa lagi kita mahu? Kami tidak disumbat dalam penjara. Kami diberi peluang untuk menjelaskan kandungan MEMORANDUM. Kabinet Persekutuan akan membincangkanya.
Berilah Kerajaan peluang. Janganlah kita menghakimi mereka diluar prinsip 'Keadilan Sejagat'.
Pada Anak-Anak Sabah yang terus meroyan, merunggut, menghina dan memaki hamum dalam hari dan bulan yang mulia ini, berfikirlah sejenak, tepuk dada dan tanya diri anda:-
(a) apa yang anda sudah lakukan untuk mendapatkan semula hak dan kepentinggan Negeri Sabah yang hilang atau terhakis?
(b) apa kah yang anda akan lakukan bermula dari detik ini untuk mendapatkan kembali hak dan kepentinggan negeri Sabah?
Bangunlah. Keluarlah dari kepompong kecewaan dan kemarahan dan buatlah sesuatu. "Push Putrajaya, don't push your fellow Sabahans". Semoga Allah SWT memberkati Sabah dan semua Anak Sabah.

Sumber dari entri di akaun Facebook Tuan Ansari Abdullah.

Saya share pendapat Tuan Ansari Abdullah dengan pendapat yang berbalik. Sekaligus menuntut pendapat beliau :-

Saya tidak yakin atau tidak bersetuju pada pendapat setengah masyarakat bahwa penyebab kepada kemiskinan masyarakat Sabah kerana tuntunan royalti minyak yang tidak dipenuhi atau 20 perkara yang tidak dipenuhi tapi birokrasi jelek di peringkat negeri Sabah itu sendiri, senang cerita oleh sikap segelintir masyarakat Sabah yang punya kedudukan, "memijak" sesama sendiri. Himmm

Setiap tahun berbilion peruntukan disediakan oleh Federal tapi tidak pun dapat mengubah nasib masyarakat Sabah dalam erti kata yang sebenarnya. Hanya menguntungkan kumpulan masyarakat tertentu. Malah tidak keterlaluan kalau ia menyumbang kepada penganiayaan.

Pemimpin pemimpin dan pegawai pegawai tadbir di peringkat pentadbiran negeri Sabah harus lebih profesional. Ini yang penting, agar peluang yang diberikan boleh di kecapi oleh setiap diri masyarakat yang berminat dengan syarat yang cukup ringan.

Sebab kalau tidak, tuntutan yang seumpamanya hanyalah retorik. Maka itulah pelbagai persepsi jelek yang kita dengar sejak mula usaha ini dijayakan.

Ertinya jangan pula selepas ini, apa yang dipanggil perjuangan masyarakat Sabah berhenti disini, tapi harus lebih giat mempersoal ruang dan peluang yang disediakan oleh pentadbir.

Kesimpulannya carilah pemimpin tempatan BN yang lebih prihatin bagi menerajui masyarakat Sabah. Kalau tetap masyarakat dengan kemiskinan mereka.


No comments: