Saturday, July 11, 2015

Berhenti Mempertikai Pasukan Penyiasat 1MDB, Shafie Apdal

Pihak pembangkang diminta berhenti mempertikaikan kewibawaan siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara penting yang harus ditumpukan ketika ini adalah memberi kepercayaan kepada pasukan tersebut agar kebenaran dapat didedahkan kepada rakyat umum.

"Yang paling penting, kita berikan kepada mereka untuk tentukan (siasatan), kerana kita sedar kita harus berpegang kepada konsep 'the law must prevail and nobody is above the law, (undang-undang mesti ditegakkan dan tiada siapa mengatasi undang-undang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pengisytiharan agihan keuntungan interim pertama peserta Felcra Berhad tahun ini, di Mersing lewat hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diminta mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan kredibiliti anggota badan penyiasat itu menerusi laporan sebuah portal berita.

Menurut portal itu, pembangkang menyifatkan anggota pasukan petugas itu sebagai hanya 'pegawai bawahan' kepada 'ketua' mereka yang kini sedang disiasat.

Pasukan Petugas Khas itu yang diluluskan Parlimen, diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan dibantu  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim; dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Pada majlis itu, seramai 65,111 peserta Felcra seluruh negara menerima 'duit raya' sebanyak RM67.23 juta apabila agensi tersebut bersetuju mengisytiharkan dividen interim pertamanya tahun ini, bersesuaian dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mohd Shafie berkata, dividen itu sebahagian hasil keuntungan bersih ladang kelapa sawit dan getah Felcra berjumlah RM85.26 juta, dari Januari hingga Mei.

Beliau berkata, dividen akan dibayar selewat-lewatnya Rabu ini bagi membolehkan peserta membuat persiapan Aidilfitri.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Ramlee Abu Bakar. –

Sumber Malaysia Insider @Bernama, 11 Julai, 2015

Apa lagi pihak PAC telah pun membuat kenyataan mereka akan memanggil Jho Low untuk di soal siasat.

Dan ini yang kita mahukan sebelum skandal 1MDB betul betul masak. Alhamdulillah

Sekarang kita tunggu apa keputusan PAC, kita menaruh kepercayaan yang penuh. Apa pun keputusannya ia adalah hasil daripada penyiasatan yang tidak berbelah bahagi.


No comments: