Saturday, September 27, 2014

Doris Jones Mengkeldaikan Kaum KDM STAR.!!!

Gambar ini telah di politikkan oleh individu yang bernama Doris Jones, si pemisah autonomi. Kononnya tanah penduduk tempatan telah rampas oleh pemerintah negeri yang tidak lebih dari pengganas. ???

Benar atau tidak kita tidak berapa pasti, sebab si Doris ni suka mempolitikkan perkara yang dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Main upload gambar jak, hatta anjing pun turut dipersalahkan.

Cuba kamu orang tengok, apa yang tertulis pada sepanduk seperti mana gambar. Kononnya penunjuk perasaan mempersoal janji, mana konon janji kerajaan rakyat didahulukan. Sedangkan si penunjuk perasaan adalah dari kelompok penyokong tegar pembangkang yang menafikan agenda gagasan 1Malaysia. Tapi menagih kesaksamaan hak melalui saluran politik. Adeh, macam orang mabuk jak.

Seharusnya kumpulan penunjuk perasaan berkenaan memihak  pemerintah tanpa berbelah bahagi dengan itu  persoalan yang di hadapi boleh diselesaikan melalui perundingan bersama, bersama Pemimpin pemimpin BN yang mereka dukung. Baru ada cerita, sekaligus melayakkan mereka mempersoal gagasan 1Malaysia yakni mendahului rakyat andai permintaan mereka tidak dituruti. Bukan macam sekarang, macam saja budak hingusan yang merengek di tengah jalan.

Secara logiknya daripada  Yb membela nasib penyokong pembangkang adalah lebih baik kalau tanah berkenaan diberikan kepada penyokong pemerintah. Ingat,  tanah warisan yang kononnya didakwa telah dirampas  adalah sebenarnya tanah yang belum mempunyai geran tanah, penunjuk perasaan berkenaan adalah sebenarnya penceroboh tanah. Adeh

Maka itulah agenda autonomi oleh Doris Jones mesti dinafikan dengan penuh ketegasan, terutamanya oleh kaum KDM.

Jangan menjadi alat politik kepada kumpulan tertentu. Ingat tuntutan autonomi mendapat tentangan dari majoriti masyarakat Sabah, sanggup "berperang" demi kedaulatan negeri Sabah.

Sekali lagi. Hakikatnya agenda autonomi tidak mendapat sambutan dari ramai masyarakat Sabah dan Sarawak. Hanya mereka yang bodoh saja sanggup menjadi Keldai politik kepada Doris Jones.

Sudah itu, hanya tahu melalak, macam budak hingusan, tidak berani berhadapan dengan perkara yang mahu konon di tuntut, tapi menetap jauh di Eropah. Kalau memang dia mempunyai ruang dan saluran di peringkat antarabangsa dalam usaha menuntut Sabah keluar dari Malaysia, kenapa tidak saja melaksanakannya. Kenapa perlu lagi konon membuat kenyataan kenyataan provokasi. Alahai

Ingat jangan jadi bodoh, separuh masa depan anda sebagai bangsa KDM ada pada kaum bangsa yang ada di negeri Sabah selain KDM. Kalau selamanya kamu orang sanggup menjadi alat maka lama kelamaan hak kamu orang sebagai orang asal akan menjadi hak kaum bangsa lain.


Posted via Blogaway Jals

3 comments:

Unknown said...

kembalikan hak sabah utk org sabah, bukan hak sabah utk Tanah Melayu, buka mata, tngok la ksusahn org di Sabah. mengapa Tanah Melayu di Utamakan kemajuan dr Sabah Sarawak? mana keadilan??

_SARAWAK JIWA RAGAKU_ said...

209Mengapa anda macam tidak percaya perkara ini sedang berlaku pada ketika ini? Kalau gambar itu beku dan bisu atau tidak boleh bersuara. Lihatlah kepada Videonya.Kejadian ini sedang berlaku kepada penduduk kampung Sinurai, Ulu Sugut, Ranau Sabah. Perkara ini mengikut cerita orang kampun disitu..Tanah yang mereka duduki lebih 40 tahun itu telah diteroka oleh satu kompeni dari malaya. Bila orang kampung cuba untuk mempertahankan Tanah mereka ini....ketua atau tauke kompeni itu telah memberi amaran kepada Polis untuk menembak sampai mati penduduk kampung yang berani cuba membuat kecoh. Tapi apa yang menyedihkan, tiada seorang pun yb atau menteri Sabah yang hadir untuk melihat apa yang berlaku kepada rakyatnya. Mengapa anda boleh mengatakan perkara ini boleh dibincangkan, sedangkan kalibat menteri yang bertanggungjawab di kawasan Ranau langsung tidak muncul tiba? Ok Link Video ada dibawak dan boleh rujuk
https://www.facebook.com/video.php?v=10152750988516940&video_source=pages_finch_thumbnail_video

https://www.facebook.com/video.php?v=10152752027021940&video_source=pages_finch_main_video

nangoi said...

nampaknya si penulis blog ini memnjilat ludah sendiri...

utk pengetahuan saudara, isu ini telah pun disiarkan di dlm akhbar semalam...adakah akhbar tersebut juga mempolitikkan isu ini? tidak bukan?? begitu jg dgn org di dlm gambar yg admin tuduh sebagai pembangkang dan cuba untuk mendramakan isu ini.. pihak2 ini cuma menyiarkan KEJADIAN SEBENAR demi membuka mata rakyat..

sebenarnya, isu ini dibawa oleh badan2 NGO sabah (terutamanya ranau) kerana YB2 barisan nasional seorang pun tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi...apatah lagi turun padang...di sini saya ingin bertanya kepada penulis...adakah badan2 NGO tidak boleh disertai oleh mereka yg terlibat dgn parti politik? sedangkan mereka yg bergelar YB asyik menghilang diri!!

tujuan isu ini disebarkan oleh DJ adalah untuk MEMBUKA MATA rakyat sabahan agar tidak terus tidur dgn janji2 kosong kerajaan..apa yg ditulis dlm blog ini seolah2 cuba menutup kejadian sebenar dgn menuding jari ke arah DJ...

quoted from your own writing:
"Ingat jangan jadi bodoh, separuh masa depan anda sebagai bangsa KDM ada pada kaum bangsa yang ada di negeri Sabah selain KDM. Kalau selamanya kamu orang sanggup menjadi alat maka lama kelamaan hak kamu orang sebagai orang asal akan menjadi hak kaum bangsa lain. "

that is why we reject MALAYA...selagi ada malaya selagi itulah KDM dilayan sbg 3rd class citizenship...selagi itu lah hak2 kami dikikis...