Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr
Dzulkefly Ahmad memberikan amaran “kiamat jika PAS bekerjasama dengan
Umno”.
Kenyataan yang sangat jelek dari individu yang datang dari parti yang memperjuangkan Islam. Alasannya UMNO memperjuangkan ketuanan Melayu.
Yang sebenarnya dimaksudkan dengan ketuanan di dalam UMNO ialah hak bangsa yang beragama Islam, Islam yang dianuti oleh bangsa Melayu yang diperjuangkan. Bukannya apa.
Negara Malaysia sebuah negara Islam tapi membenarkan bangsa lain menganuti agama yang mereka percayai. Bukan hanya membenarkan malah dibenarkan dengan bebas mendirikan rumah rumah ibadat mereka. Bukan kah ini yang di mahu oleh PAS dari konteks menafikan ketuanan yang disanggah oleh PAS.
Kita faham dan maklum, mempertahankan keturunan atau saja warisan atau bangsa yang melewati kesederhanaan adalah sebahagian daripada amalan jahiliah dimana sehingga sekarang masih ada yang mengamalkannya. Dan ini jelek, tapi di dalam UMNO, UMNO tidak mengamalkannya tapi itu pendekatan Wasatiyah.
Jadi kenapa pula kalau PAS bekerjasama dengan UMNO maka hari kiamat akan tiba.? Bukankah itu pemikiran yang keterlaluan tidak bersederhana, extrim jumud yang dikawal oleh nafsu semata-mata dan Islam tidak melarangnya.?
Klik link di bawah, artikel ini yang diri cuba cerahkan.
http://www.malaysiakini.com/news/273674
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment