Kita berpolitik ni biarlah realistik, gerak kerja atau agenda tu biarlah relevan untuk diperjuangkan. Semestinya relevan dari hampir semua aspek terutamanya dari aspek tuntutan kemahuan masyarakat yang berbilang dari konteks agama dan kepentingan generasi mereka.
Jangan seperti parti STAR, mengajak masyarakat berfikiran pasif, mundur ke belakang meratapi perjanjian lampau yang tidak masuk akal untuk dipraktikkan dari konteks pemikiran masyarakat Sabah era ini.
Kita tidak hairan tu, katakanlah semua point di dalam perjanjian 20 perkara di praktikkan hinggalah ke era ini. Tidak mustahil ada ramai masyarakat Sabah yang memberontak agar perlaksanaan 20 perkara dikaji semula. Ini disebabkan oleh beberapa tuntutan yang bercanggah dengan perjanjian 20 perkara itu sendiri.
Seperti contoh perkara yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara.
Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi
sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang
terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.
Bermaksud agama Islam bukan agama rasmi "negara" Sabah. Dan perkara ini akan menjadi isu sensitif di kalangan masyarakat Sabah yang beragama Islam, seperti mana yang berlaku di selatan Filipina, masyarakat muslim memberontak untuk mendapatkan autonomi hanya kerana Negara Filipina sebuah negara Kristian.
Mungkin ada yang berpendapat, dan kelompok masyarakat yang akan memberontak seperti yang diandaikan itu adalah mereka masyarakat yang datang dari selatan Filipina dan negara jiran Indonesia dan bukannya orang asal yang sudah tentu beragama Kristian. Salah tu kalau pendapat yang disebut andai, datang dari pembaca yang menuntut autonomi, sebab harus di ingat pemimpin yang menuntut kemerdekaan Sabah ialah invidivu pemimpin yang beragama Islam, jadi tidak mustahil kalau orang asal yang beragama Islam akan mempersoalkannya sekaligus menuntut agar perlaksanaan 20 perkara dikaji semula.
Kamu orang faham mungkin dengan apa yang saya maksudkan. ???
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment