Tuesday, September 30, 2014

Tanah, Menyumbang Kepada Tuntutan Autonomi

Pada dasarnya tuntutan autonomi adalah agenda sempit yang tidak membangun masyarakat Sabah. Tapi tidak boleh dipandang sepi, ia harus dilihat dari skop yang lebih tepat agar  tidak berterusan menjadi polemik dikalangan masyarakat.

Isunya. Kenapa SSKM atau autonomi tercetus.?

Sebenarnya tidak semata-mata kerana apa  yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara yang kononnya perlu dikaji tapi disebabkan oleh beberapa isu semasa yang telah menghimpit masyarakat yang berkenaan. Ini  disebabkan oleh  pentadbiran yang kurang berkesan atau tidak cekap oleh kerajaan negeri.?

Banyak isu berbangkit yang telah mencetuskan, tapi yang paling mendorong ialah isu tanah yang sekian lama tidak selesai. Perlu juga di tahu, isu tanah tidak hanya melibatkan masyarakat KDM di pantai barat tapi juga masyarakat selain KDM yang ada di pantai timur Sabah. Nampak besar kan dia punya kesan, sebab telah menggabungkan dua kaum bangsa yang terbesar di Negeri Sabah.???

Bukan pula bererti kalau nanti diselesaikan  maka tanah yang dituntut akan kesemuanya menjadi milik mereka. Mungkin tidak, ada banyak jalan penyelesaian boleh digunapakai, janji isu tanah dapat diselesaikan.

Faktor lain yang menyumbang kepada tercetusnya tuntutan autonomi sepertinya  ic projek dan meminta agar 20 perkara dikaji semula/Borneonisasi , adalah faktor yang agak mendorong tapi tidak menggugat kekuatan pemerintah dari konteks politik dan masyarakat Sabah secara keseluruhannya. Sebab pro dan kontranya, ada disana.

Pun begitu terutamanya kaum KDM yang terpalit jangan mahu di perbodoh oleh pihak tertentu, semakin kamu orang mahu di perbodoh semakin itu hak kamu orang akan hilang perlahan lahan, tanpa kamu orang sedari. Sebab ingat didalam demokrasi, undi adalah segala galanya. Bererti kalau bangsa lain boleh menggantikan undi kamu orang, maka mereka mendapat peduli, kamu pula yang akan rugi. Oleh itu bersekutu menyokong BN dalam masa yang sama menyuarakan masalah yang kamu hadapi ke tingkat tertinggi.


Posted via Blogaway Jals

No comments: