Monday, September 29, 2014

NGO Pro BN Sabah Melebihi Kuasa Politik & Suara Masyarakat Ramai Sabah.???

Isu peralihan kepimpinan di negeri Sabah, begitu hangat hingga memaksa  NGO pro BN untuk terlibat.???

Pertemuan lapan Ketua Bahagian UMNO Sabah dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada 10hb Julai 2014 telah menimbulkan pelbagai polemik politik hingga memaksa NGO pro BN yakni NGO Pakatan Pro BN yang diketuai Zulkarnain Mahdar untuk campurtangan. Sebab kalau tidak masyarakat akan huru hara, tidak keruan.  Dan kalau tidak dikekang akan menyebabkan BN binasa. Wah begitu hebat NGO ini, pendapat politiknya melebihi kuasa politik yang dimiliki oleh Ketua Bahagian UMNO yang ada di seluruh negara, maklumlah NGO yang mewakili suara masyarakat Sabah secara keseluruhannya. Bermaksud status NGO berkenaan lebih tinggi daripada jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO di dalam organisasi UMNO. Malah, boleh saja lebih besar dari kuasa politik seorang Yb DUN yang menjaga kebajikan masyarakat.??? Wah wah wah

Sebenarnya senario ini, adalah senario yang sangat tidak sihat, hanya memupuk budaya membodek di dalam masyarakat. Sekaligus mencetuskan budaya Yes Bos, walaupun perkara itu sebenarnya salah yang merugikan masyarakat. Seperti mana pendapat Dr M.

Alsebab itulah sejak kebelakangan ini sering kita mendengar dari pelbagai lapisan masyarakat, bahwa gerakan NGO yang ada sekarang hanyalah gerakan dalam usaha mencari keuntungan  dari konteks pengaruh dan imbuhan. Kenapa tidak, kalau saja tampil dengan kenyataan kenyataan yang retorik. Kalau fenomena ini tidak dibendung akan menyumbang kepada kelemahan BN di masa masa yang akan datang khasnya di negeri Sabah.

NGO itu haruslah berfungsi sebagai wakil masyarakat yang menyuarakan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat itu sendiri untuk diberikan perhatian sekaligus diselesaikan oleh pemimpin yang berkenaan. Bukannya mencampuri urusan dalaman organisasi parti. Alahai

Ada dimana NGO pro BN yang menyuarakan persoalan tanah yang dihadapi oleh masyarakat di Tenom, Ranau dan tempat tempat tertentu di pantai timur Sabah, yang sudah sekian lama tidak bertemu dengan titik penyelesaian.? Nah hal seperti ini yang perlu di campuri bukannya dalaman parti atau saja pentadbiran yang mungkin pincang sebab itulah perlu dibetulkan bukan saja saja di betulkan untuk mencetuskan peralihan jawatan ketua menteri Sabah seperti yang cuba di pertahankan oleh NGO berkenaan.

Klik link artikel dibawah ini, artikel ini yang admin cuba cerahkan.

 NGO melebihi kuasa Ketua Bahagian UMNO


Posted via Blogaway Jals

No comments: