Tuesday, September 16, 2014

Shafie Apdal, Mesyuarat Bahagian Tanah Merah, Kelantan

Sambutan meriah yang diterima oleh Shafie Apdal

Pada hari ini 16hb September, Datuk Seri Shafie Apdal hadir di mesyuarat bahagian Tanah Merah, Kelantan.

Sempena kehadiran beliau, sambutan khas penuh meriah telah diadakan. Dan ini menunjukkan kepimpinan Shafie Apdal sangat diterima oleh ramai golongan masyarakat yang berada di peringkat akar umbi di seluruh negara, memandangkan negeri Kelantan adalah kubu kuat PAS.

Maka dengan ini semakin bertambahlah kerisauan  setengah pemimpin PAS bahwa politi PAS di Kelantan akan berhadapan saingan getir menjelangnya PRU14, sebab pada ketika itu kekuatan politik Nik Aziz sudah hilang atau berkurangan  yang selama ini menyumbang kepada kekuatan PAS di negeri Kelantan.

Pada PRU13 yang lepas sokongan masyarakat Kelantan yang duduk tetap di negeri berkenaan telah menurun dengan mendadak sebanyak 50%, dan  kemenangan yang di dapat oleh PAS pada PRU yang lepas adalah hasil undi masyarakat Kelantan yang duduk di luar dari Kelantan.

Secara tidak langsung dengan ini kekuatan politik yang ada pada Datuk Seri Shafie Apdal akan mempengaruhi jumlah undi di PRK Pengkalan Kubor, Kelantan.

Kredit Dr Nazmil dan Zamree.


Posted via Blogaway Jals

No comments: