Tuesday, August 26, 2014

Sultan Menolak Dan Apa Yang Tersirat

Sultan Selangor menolak permohonan perletakan jawatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Sementara pengganti beliau belum ditemui.

Pada masa yang sama meminta agar setiap parti politik yang memerintah di negeri berkenaan menyenaraikan calon mereka bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Menarik juga keputusan baginda Sultan tu ya.

Dengan itu  pencalonan Wan Azizah sebagai calon tunggal telah bertukar kepada genap. Ini telah pasti.

Hello, tapi ini tidak bererti Sultan telah mencampuri urusan politik di negeri Selangor seperti yang di dakwa oleh Bloggers pro PR atau saja pemimpin PR itu sendiri. Saranan baginda  hanyalah usaha biasa mencari pemimpin yang layak di kalangan yang difikirkan layak, bukan apa. Sebabnya apapun keputusan baginda Sultan selepas ini, yang tetap menjadi Menteri Besar adalah dari kalangan pemimpin PR bukannya UMNO atau sesiapa saja.

Dalam pada itu, kalau kita nilai secara teliti, ada kemungkinannya keputusan baginda Sultan telah dipengaruhi oleh politik PAS.? Walaupun tidak secara langsung, tapi dengan mencalonkan dua individu sebagai calon ganti selain Wan Azizah telah sebenarnya mempengaruhi keputusan baginda Sultan. Mungkin dengan itulah baginda telah mendapat bayangan kalau PAS juga tidak berkenan dengan Wan Azizah. ;-)

Dan inilah masa dan ketikanya bagi penyokong PR mengetahui sejauh mana  pengaruh sebenar Anwar Ibrahim di dalam PR, khususnya terhadap PAS. Pada masa yang sama, mereka sebagai penyokong PR akan mengetahui sejauh mana common policy framework yang kononnya mendasari PR betul betul wujud dan berfungsi.

Ingat sebelum ini, Common policy framework lah yang di jadikan senjata oleh segelintir pemimpin PAS/PKR, bagi menutup kelemahan kerjasama yang terjalin antara PAS dan DAP. Hingga berjaya mempengaruhi penyokong PAS agar tetap setia bersama PAS, PKR dan DAP walaupun PAS berkerjasaama dengan parti yang menolak agenda hudud dan sewaktu dengannya.

Pokoknya, keputusan baginda Sultan ini adalah ujian terbesar PR dan mampu membongkar kecacatan yang selama ini disembunyikan hingga berjaya mempengaruhi masyarakat.


Posted via Blogaway Jals

No comments: