Penyokong tegar BN ni kalau di akal fikirannya ada sentimen perkauman, adalah mereka itu pengkhianat sebenar yang ingin melihat BN berkubur.
Mereka beranggapan, keharmonian atau saja kelebihan yang mereka rasa sekarang tidak datang dari golongan masyarakat yang mereka perlekehkan, yakni bekas bekas pendatang. Tapi mengundi BN di mana mana PRU.
Tidak salah mengkritik membetulkan, tapi pastikan kritikan itu khusus ditujukan kepada mana mana kelompok individu yang berbuat jahat, bukan atas nama bangsa secara total.
Kalau memang tidak berkenan atau tidak terbuka, jangan memosting apa apa isu yang menyentuh politik, terutamanya isu menyentuh organisasi BN, nanti hanya BN ini akan dinilai sebagai jelek menolak kehadiran mereka atau saja tidak menghormati hak sebagai warganegara Malaysia.
Kalau mahu sangat bermain dengan sentimen perkauman iya lawan saja atas kapasiti diri, jangan libatkan organisasi UMNO/BN atau saja agensi kerajaan. Titik
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment