Thursday, August 28, 2014

Kemerdekaan Sabah Ke 51 Tahun.???

Kita tidak nafikan tu, kemerdekaan Sabah jatuh pada tahun 16hb September 1963, sedang Semenanjung pada 31hb Ogos 1957. Ini fakta yang jelas dan benar.

Tapi secara prinsipnya, Sabah tidak akan merdeka tanpa ada proses awal dari Semenanjung pada ketika itu yang menuntut kemerdekaan. Rentetan proses tuntut kemerdekaan itulah, maka pemimpin pemimpin Sabah turut terfikir untuk sama menuntut kemerdekaan Sabah. Dalam hal ini jangan ada yang menafikannya ya! sebab ia adalah perkara yang jelas dan benar.

Bermakna sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tarikh 31hb Ogos adalah tarikh kemerdekaan sebenar negara yang dipanggil gagasan Malaysia yang wajar dijadikan tarikh keramat negara. Cuba bayangkan kalau Sabah, Sarawak dan Semenanjung menyambut hari kemerdekaan secara berasingan tidakkah ia kelihatan janggal dan menyusahkan. Masyarakat ini nanti hanya sibuk dengan sambutan tiga tarikh kemerdekaan setiap tahun yang diraikan secara nasional tanpa perlu memikirkankan hal hal lain selain keriangan yang sepatutnya dijadikan titik tolak kepada persamaan dalam memastikan negeri ini berada di persada antarabangsa yang gemilang.

Apa yang penting ialah dapatan dari sambutan tarikh kemerdekaan yang diraikan. Bukannya meratapi tarikh sejarah yang sudah lepas.

Ada banyak negara di dunia ini yang terdiri dari beberapa “wilayah", tanpa ada percanggahan tarikh kemerdekaan di setiap “wilayah“, tapi tidaklah mereka maju seperti mana Malaysia.

Sejarah lalu adalah lakaran lepas, hanya berfaedah kalau ia dilihat dari sudut positif dari konteks negara bangsa Malaysia. Mengheret persoalan sejarah untuk kepentingan politik semata-mata dalam suasana yang harmoni adalah kerja jahat lagi sia sia. Mengajak masyarakat mundur ke belakang hanya kerana sejarah yang pada pendapat mereka yang berkenaan konon telah manipulasi. Di manipulasi untuk apa.?

Jangan sandarkan kemunduran yang dirasai pada catatan sejarah yang tidak berkaitan seperti halnya tarikh kemerdekaan, tapi sengaja diangkat untuk di polemikkan. Kerja bodoh namanya tu.

Tarikh kemerdekaan yang lepas tidak mengubah nasib satu satu masyarakat/bangsa melainkan mereka fokus pada halangan atau terlibat dengan kemajuan perdana yang ada di hadapan mereka.

Kalau saja seseorang yang berbangsa negro di Amerika tetap melihat sejarah perhambaan sebagai sebab kepada kemunduran mereka di bumi Amerika, nescaya tidak ada kemajuan yang mereka boleh raikan sampai bila pun.  Percayakan saya.

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57.

Di sinilah cinta bermula.

Sila klik link artikel di bawah, artikel ini yang saya bidas untuk dibetulkan.

 Sabah merdeka?  


Posted via Blogaway Jals

No comments: