Ketua Polis Negara menyatakan bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah pertubuhan haram sebab tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Oleh itu dilarang dari melakukan operasi mereka.
Walau bagaimanapun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai pemilik atau penaung PPS berkeras untuk tetap menggerakkan operasi pertubuhan berkenaan. Malah pada satu kenyataan, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, yang mereka tidak takut atau berundur mengikut telunjuk Ketua Polis Negara.
Tapi pada hari ini, pihak polis telah bertindak keatas PPS dengan menghalangnya untuk terus beroperasi. Tangkapan dibuat selepas PPS hadir di perbarisan kemerdekaan negeri sekitar 10.30am anggota PPS telah ditahan di balai polis Lebuh Pantai dan akan dibawah ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan mereka.
Nah sekarang, mari kita tengok, sejauh mana Lim Guan Eng, menjalankan prosidingnya. Sudah dikata dilarang jangan beroperasi sebab haram, malah menunjuk keras kepala.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment