Wednesday, August 20, 2014

Fitnah Pembangkang Terhadap Najib

Ekoran teguran oleh Dr M terhadap PM Najib Razak.

Teguran itu telah di ambil kesempatan oleh jentera politik maya pembangkang agar teguran berkenaan bertukar kepada cetusan kontroversi sekaligus menukar rasa hormat rakyat terhadap pemimpin terhakis.

Inilah kerja jijik pembangkang sejak dari dulu, apa lagi sejak kebelakangan ini tampaknya mereka kehabisan modal politik. Di tambah konflik yang berlaku di Selangor, betul betul telah meletakkan PR  sebagai parti yang tidak berkredibiliti.

Mereka sedar UMNO/BN semakin mendapat kepercayaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Maka itulah, apapun cara mereka akan gunakan, agar masyarakat ini menolak kepimpinan UMNO secara keseluruhannya.

Pages yang menggunakan/meletakkan nama Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak ini adalah akaun palsu milik pembangkang.

Inilah yang saya maksudkan selama ini, PR menggunakan taktik politik emosi kebencian terhadap penyokong parti pemerintah.


Posted via Blogaway Jals

No comments: