Antara penyebab besar kepada berlakunya gejala sosial di daerah Semporna adalah dek kehadiran pendatang haram yang langsung tidak memiliki sebarang keterangan diri dan tinggal di persisiran darat tanah besar Daerah Semporna, bermula dari Kampung Simunul, Kampung Air, Kampung Bangau Bangau dan yang terakhir Kampung Panji.
Dimana ESSCOM dari konteks ini. Apa langkah keselamatan yang Esscom telah ambil dari mengekang ancaman dari pihak luar sedang yang sebenarnya ancaman dari pihak yang berkenaan ada di tanah besar ?
Ada pelbagai bentuk wajah merisaukan yang dimiliki oleh pendatang ini, pastinya terdiri dari pelaku jenayah tegar yang berpindah randah dari satu kampung ke satu kampung yang meliputi laut, darat dan pulau dengan tujuan agar sulit untuk dikesan oleh pihak Polis. Peliknya sebahagian besar dari mereka mendapat perlindungan dari Ketua Ketua Kampung dan JKKK, kenapa tidak kalau sebenarnya kehadiran mereka berada dalam pengetahuan ketua berkenaan tapi sengaja tidak bertindak dengan sewajarnya termasuklah melaporkannya kepengetahuan pemimpin dengan itu tindakan yang selanjutnya boleh di ambil.
Kebobrokan ini juga kita boleh kaitkan dengan individu yang telah dilantik sebagai Ketua Ketua Masyarakat di setengah setengah kampung bahwa mereka itu yang sebenarnya tidak layak memegang jawatan berkenaan berdasarkan sejarah mereka dan hubungan mereka dengan kelompok individu yang biasa melakukan kejahatan. Bermaksud mereka sebenarnya terlibat dalam menyembunyikan kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah yang mereka kenali, sebab itulah kejahatan kian bersarang di daerah ini. Jadinya Ketua Ketua masyarakat seperti ini perlu di soal siasat dan kalau di dapati ada hubungan maka wajarlah mereka dilucutkan dari memegang jawatan berkenaan sekaligus di bawah ke muka pengadilan.
Kalau selepas ini ada operasi besar besaran dari pihak yang berwajib bagi tujuan menangkap sekaligus menghalau kelompok berkenaan ke negara asal mereka maka Ketua Ketua Masyarakat yakni Ketua Ketua Kampung dan JKKK juga perlu di pertanggungjawabkan agar perkara yang sama tidak berulang. Memberikan kata dua atau saja amaran kepada mereka agar tidak melindungi untuk mendapatkan habuan adalah langkah yang wajar dan wajib mereka dipatuhi tanpa ada kompromi.
Dokumen pengenalan diri sebagai bajau laut yang di miliki oleh pendatang total berkenaan sebenarnya hasil kerja Ketua Ketua Kampung dan JKKK dengan mengenakan beberapa bayaran, walaupun dokumen itu tidak sah di sisi undang undang dan dokumen yang saya maksudkan ialah surat/dokumen lepa lepa. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh ADO Pentadbiran Daerah Semporna, selepas beliau mengambil tindakan ke atas ketua masyarakat yang terbabit. Dan memberi keterangan diri palsu tidak hanya berlaku pada seorang ketua kampung tapi juga oleh Ketua Ketua masyarakat yang lain.
Harus bertindak dengan kadar segera agar segala kebobrokan yang didorong oleh kelompok pendatang total itu tidak semakin serius hingga mampu mengancam keselamatan masyarakat.
Ada beberapa pendekatan yang boleh di gunapakai bagi membendung kebobrokan ini, sama ada melancarkan operasi secara besar besaran terus ke kampung kampung di kenal pasti atau membuat tangkapan setiap hari di semua tempat termasuklah di pekan Semporna dengan skala yang kecil tapi kerap agar tidak meninggal kesan sampingan negatif terhadap keselamatan komuniti komuniti kampung khasnya. Memberikan mereka keterangan diri agar pergerakan mereka boleh di pantau selain boleh memberikan pulangan kepada negara menerusi bayaran levy boleh di perkenalkan tapi harus melalui proses pengenalan pastian yang ketat, mereka yang pernah melakukan jenayah dinafikan dari memiliki dokumen ini, walaupun ia mempunyai kaitan keluarga dengan masyarakat tempatan.
Usai pembersihan di lakukan, robohkan pula rumah rumah mereka agar tidak lagi datang ke kampung berkenaan sebagai pemastautin haram. Selepas itu letakkan pondok keselamatan yang dikawal selia oleh RELA dengan kerjasama pihak Polis. Dengan itu segala kebobrokan yang selama ini menjadi masalah kepada masyarakat akan berkurangan terutamanya ancaman yang datang dari penjenayah sekaligus mampu menghapuskan gejala pengedaran dadah secara total.
Posted via Blogaway
1 comment:
Esscom harus merangka 1 pelan pembersihan kampung2 pti ini.Ianya antara faktor sukarnya jenayah rompak senjatapi dan penculikkan dicegah.Kampung2 ini dipercayai juga sebagai transit kepada penjenayah2 ini sebelum bertindak dan mendapat info berkenaan kawasan sasaran mereka.Ketua2 kampung yang dilantik juga harus dipersalahkan kerana tidak memainkan peranan dengan hadirnya pti2 dikampung mereka.Ketua kampung yang tidak memainkan peranan ini haruslah dilucutkan jawatannya.
Post a Comment