Tuesday, May 6, 2014

Yang Dipersoal Bukan GST Tapi Ketirisan

Kamu orang mahu tahu kah apa sebenarnya yang dipersoal okeh politik pembangkang pasal perlaksanaan GST 6% tu ? Bukannya pasal sistem berkenaan berbanding SST sebelum ini, tapi apa yang dipanggil oleh mereka sebagai ketirisan kewangan/ pentadbiran. Kefahaman ini jugalah yang sebenarnya difahami oleh para penyokong PR secara keseluruhannya, sebab itu ada di kalangan mereka yang terlompat lompat macam monyet di tepi jalan.

Secara logiknya, memang mereka akan nampak bebal kalau mereka mempersoalkan sistem yang sebenarnya efisien malah di amalkan oleh banyak negara maju dan membangun di Asia Tenggara sepertinya Jepun dan Singapura dll.

Nah untuk menjawab persoalan remeh yang ditimbulkan oleh pihak berkenaan apa jawaban yang paling sesuai untuk mereka ? Ingat ini bukan soal sistem tapi ketirisan.

Jawaban yang paling sesuai untuk menyahut kedangkalan mereka ialah bahwa untuk mengurangkan ketirisan satu mekanisme lain perlu diperkenalkan bukannya menghalang perlaksanaan GST. Ini yang perlu di bincangkan oleh pihak berkenaan selepas itu selitkan dimana mana program yang melibatkan GST.


Posted via Blogaway

No comments: