Semalam mendapat komen pasal perlaksanaan GST. Pada pendapat pihak yang berkenaan kadar 6% telah melanggar syariat Islam sepatutnya hanya 2.5% berdasarkan kadar zakat. Dan banyak lagi faktor yang mereka berikan.
Tapi saya menolak, sebab setahu saya tidak ada negara di dunia ini yang mengenakan cukai serendah itu, lain kalau negara berkenaan terasing dengan dunia luar selepas itu hanya di huni oleh satu bangsa yang tidak memikirkankan dunia. Bukan pula bererti kita menolak syariat Islam, kita hanya berpendapat ia sudah tidak relevan ekoran perubahan zaman yang sebenarnya telah di kuasai oleh aktor sekular.
Pernah saya katakan, politik era ini adalah industri mahu tidak mahu polisi ekonomi satu satu negara telah sebenarnya di pegang oleh aktor aktor ekonomi yang berada di persada antarabangsa, mereka ini yang menentukan maju mundurnya satu satu negara dari konteks duniawi.
Kadang kadang saja syariat yang ada di dalam agama digunakan untuk melemahkan lawan walaupun tidak boleh di praktikan. Buktinya mereka sendiri, tidak akan mampu melaksanakannya.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment