Thailand sekarang di perintah oleh Kudeta. Walaupun negara berkenaan mendokong sistem demokrasi dan masih memiliki Raja. Kenapa boleh terjadi ya?
Sebab masyarakat politik di negara berkenaan tidak menghormati demokrasi dan Raja yang ada, mereka ingat bila sudah memiliki kuasa politik, maka segala galanya boleh dilaksanakan tanpa perlu mempedulikan hak orang lain terutamanya yang berhak dari konteks negara bangsa.
Sewajarnya lah pengamal politik terutamanya PR, mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Thailand. Jangan amalkan politik perkauman atau menduga kontrak sosial, mungkin pada satu hari kamu sebagai pengamal politik PR mampu meneutralkan kontrak sosial menerusi demokrasi tapi tidak pada Raja yang memegang kuasa tentera yakni mungkin Kudeta.
Faham mungkin apa yang saya maksudkan?
Ingat pergolakan politik tidak hanya disebabkan oleh agenda perkauman atau kontrak sosial yang sengaja diduga tapi juga disebabkan oleh banyak hal terutamanya perkara yang melibatkan hak pemilikan yang tidak menepati kontrak sosial. Ini juga mampu menjadi isu nasional yang terpaksa melibatkan pihak ketiga untuk mendapatkan penyelesaian.
Itu kita katakan, hargailah demokrasi dengan sebaiknya jangan sampai melibatkan pihak ketiga.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment