Tuesday, May 27, 2014

Operasi Pembersihan Wajar Diteruskan Walaupun Berkala

Segelintir pendatang yang masih tinggal

Berbalik pada Esscom, rentetan operasi Esscom terhadap kampung kampung tertentu yang berada di pinggiran laut tanah besar daerah Semporna perlu di teruskan walaupun berkala. (setiap suku tahun)

Operasi pembersihan yang  berlangsung baru baru ini tampak memberikan kesan positif walaupun mereka yang tertangkap terdiri dari kelompok yang agak budiman tinggal lagi mereka tidak memiliki keterangan diri yang sah. Sedang yang masih tinggal bebas lagi berstatus penjenayah masih berkeliaran bersama aktiviti jahat mereka sebagai pengedar syabu dan pencuri/sugarul. :)

Hanya mereka yang buta saja kok yang tidak menganggap mereka sebagai kelompok pendatang yang tidak mampu membawa ancaman kepada keselamatan negara. Sekaligus  mencetuskan insiden penculikan dan pencerobohan seperti mana yang berlaku baru baru ini hingga melibatkan warga asing.

Jangan saja kita sebagai pemerintah berbelanja besar dalam membeli pelbagai peralatan perang tapi pokok kepada kejahatan telah pun berada di dalam negeri yang hanya memerlukan sedikit penguatkuasaan untuk membanterasnya. :)

Usah sangat berharap kerjasama dari Ketua Kampung dan JKKK sebab  mereka  tidak akan memberikan kerjasama penuh, cukup jak sekadar syarat  biar tidak di pecat dari jawatan mereka.

Kita tidak nafikan kelengkapan untuk menjaga perbatasan negara amat di perlukan, apa lagi  kalau sebelum ini kita ada mendengar  banyak kritikan mengenai Esscom yang tidak memiliki kelengkapan yang mencukupi sedangkan Esscom telah dipertanggungjawabkan bahkan telah menerima jutaan dana, itu kalau menurut perkhabaran dari pihak yang kurang bertanggungjawab :)

Perlu di tahu  ancaman tetap ada hingga bila bila, apa lagi kalau pendekatan yang digunakan untuk mengawalnya tidak mengenai sasaran. Maka itulah susulan operasi pembersihan di kampung kampung yang telah dikenal pasti wajar diteruskan walaupun berkala.

Dengan melaksanakan operasi susulan ia mampu mengurangkan kadar jenayah juga mampu mengekang kehadiran pendatang baharu yang mampu menimbulkan pelbagai masalah jenayah.

Ingat masyarakat sedang memerhati ekoran beberapa insiden sebelum ini.


Posted via Blogaway

No comments: