Kalau pun nampak ada kelemahan seolah olah kerajaan terlibat dengan insiden MH370 ia hanyalah kesilapan ketika menjawab soalan bertubi tubi dari pihak media barat yang sengaja mencari salah pemerintah atau tidak ada soalan berkaitan yang ditimbulkan semasa sidang media berlangsung. Wal hal memang pun pada hakikatnya sama sekali kerajaan langsung tidak terlibat.
Seperti contoh :- Kenapa pesawat MH370 tidak di pintas sedangkan radar TLDM telah mengesan MH370, sewaktu pesawat berkenaan berpusing balik ? (betul tak) Tapi bila jawaban pada persoalan ini dikeluarkan barulah timbul banyak andaian, sedangkan pemerintah telah mengambil keputusan terlebih awal dengan mengalih kawasan pencarian ke Laut Cina Selatan sebab merujuk pada penemuan oleh TUDM. Ekoran tidak ada pihak yang boleh membuat keputusan pada ketika itu untuk menembak pesawat yang dikesan oleh TUDM (seperti mana pendapat segelintir individu).
Jadinya mengalih tempat mencari dan menyelamat adalah cara terbaik daripada melepaskan tembakan yang sudah tentu pasti akan mengundang lebih banyak persoalan. Nah pada persoalan inilah ada ramai kelompok indivdu yang berpolemik, betul tidak ? sampai ada dari kalangan pemimpin PR yang mahu menjadi komander :)
No comments:
Post a Comment