Tuesday, March 11, 2014

Panggilan Telefon Ke Pesawat MH370, Misteri

Menurut kenyataan pada artikel di portal tertentu, ada ahli keluarga penumpang yang berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang di dalam pesawat MH370, yang sekarang sedang hilang dan belum lagi di temui. Misteri ini juga di laporkan oleh portal Washington Post, sebagai ada berlaku dan benar.

Berita kehilangan MH370 semakin misteri, terutamanya apa bila ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan mendakwa, mereka boleh menghubungi ahli keluarga  yang berada di dalam pesawat MH370. Agak menimbulkan tanda tanya yang sangat sangat besar.

Menurut seorang pakar pesawat dibahagikan penyelenggaraan. Talian telefon boleh berfungsi di dalam pesawat yang sedang terbang tinggi tapi pula bergantung pada kelengkapan pesawat. (Jadinya harus ada kenyataan dari Syarikat Boeng andai mereka ada menyediakan kemudahan yang di maksudkan pada MH370).

Kita boleh juga mentafsirkan begini, mungkin saja syarikat penyedia rangkaia telekomunikasi ada melakukan kesilapan teknikal. Ia pernah berlaku kepada saya, saya membuat panggilan telefon pada seorang kawan, tapi dia tidak mengangkatnya, saya beranggapan dia sengaja berbuat demikian. Apabila kami bersemuka, saya tanya kenapa dia tidak mengangkat panggilan diri. Mati mati dia menyangkal bahwa saya tidak membuat sebarang panggilan telefon. Wal hal saya dengar dengan jelas telefonnya sedang berdering di dalam talian.

Kurang dari itu, pernah saya tersalah call, sedang no yang saya dail adalah nombor yang sama. Call sekali lagi baru tepat pada individu yang saya maksudkan.

Atau kemungkinan besarnya telefon bimbit dari kalangan penumpang telah tercicir, ketika mereka berhadapan dengan situasi yang tidak diingini ?

Apa yang kamu orang boleh polemikkan disini ?

#PRAYERFORMH370

No comments: