Saya cukup mual dengan pesanan, jangan membuat spekulasi pasal MH370. Ini pemikiran masyarakat yang tidak matang. Macam saja mengajak masyarakat berfikiran pasif. Biarkan masyarakat dengan persepsi mereka, apa yang perlu di lakukan ialah sarankan agar masyarakat merujuk pada media perdana sebab di sinilah kebenaran berita berada. Pada masa yang sama serlahkan kemampuan agensi terbabit, sekaligus pastikan pada akhirnya spekulasi yang berniat jahat dari mana mana pihak tertunduk malu kerana bebalnya.
Jangan asyik menyalahkan masyarakat, sebab kalau selama ini pemerintah mendapat tempat secara keseluruhannya tidak mungkin PR boleh menguasai mana mana DUN atau Parlimen. Maksud saya, BN pada mulanya hampir tidak di peduli tapi selepas pemimpin pemimpin tertinggi BN cuba mengamalkan keterbukaan dalam pentadbiran dengan melakukan transformasi dalaman, akhirnya BN bangkit semula. Seharusnya pemerintah menandingi kemampuan berfikir masyarakat bukan malah menghalangnya.
Tengok saja sebelum ini, rata rata pakar pakar pesawat dan keselamatan, berpendapat tidak mungkin ada unsur unsur pengganas dalam kehilangan MH370, tapi akhirnya ia menjadi titik mula kepada pencarian pesawat MH370
#jalinanpolitik
No comments:
Post a Comment