Keputusan DUN Kajang di PRU13 |
Ini adalah keputusan pilihanraya ke 13 di DUN Kajang, calon PKR telah mendapat kemenangan dengan majoriti besar sebanyak 6,824 undi, dimana calon BN hanya mendapat 12,747 undi berbanding calon PKR sebanyak 19,571 undi. Itu cerita lama, sekarang ini yang kita mahu, sama ada PKR mampu mempertahankan kerusinya di DUN Kajang kita tunggu jawabannya di malam ini.
Ingat, andai BN mendapat kemenangan walaupun dengan majoriti yang tipis atau saja PKR yang mendapat kemenangan tapi dengan majoriti yang juga tipis ia adalah petanda besar kalau PKR semakin tidak relevan pada pendapat masyarakat urban dan mungkin akan pupus sebelum tibanya PRU ke 14. Tapi sebaliknya kepada politik pemerintah, UMNO/BN akan dilihat sebagai parti politik yang tetap relevan pada masyarakat urban. Atau senang cerita, asal saja majoriti PKR berkurangan, maka ia juga adalah sejenis kemenangan kepada BN :)
Tapi diandaikan PKR berjaya mempertahankan kerusinya di DUN Kajang dengan kemenangan yang besar, nah sudah tentu pasti ia adalah perkara yang tidak langsung menghairankan maklum Kajang terletak di negeri Selangor yang di perintah oleh PR, betul tidak ?
No comments:
Post a Comment