Thursday, November 15, 2012

Penyelewengan PAS



1) ISU MEMALI- Kezaliman Pimpinan PAS
Apabila Peristiwa Memali berlaku, Kepimpinan PAS Pusat telah menubuhkan Tabung Memali, dengan niat untuk membantu anak yatim dan balu-balu khusus untuk pendidikan mereka. Apabila tabung itu telah wujud, duit telah dikumpul berjuta-juta. Duit itu tidak diselenggarakan dengan adil.
Kepimpinan PAS zalim kerana menipu Ahli-ahli PAS untuk mengutip derma Tabung Memali.
Kepimpinan PAS zalim kerana tidak menguruskan kewangan yang diberikan oleh Parlimen.
Kepimpinan PAS Pusat langsung tidak pedulikan isu Tabung Memali ini.


2) ISU HUDUD- Penipuan Pimpinan PAS
Pada 18 Disember 2009, 3 orang pemimpin iaitu Presiden PAS, Haji Hadi, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menandatangani satu persafahaman dan antara yang dipersetujui apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang HUDUD dan Negara Islam.
Kepimpinan PAS jelas menipu ahli PAS kerana membuat sesuatu tanpa pengetahuan rakyat.
Kenapa Ahli PAS perlu bincang pasal Hudud kalau Presiden dah tandatangan takkan laksanakan Hudud?

Merujuk pada artikel di atas jelas PAS tidak berada atas landasannya seperti mana yang mereka dakwa bahawa PAS itu menegakkan Addin.

Penyokong PAS harus sedar PAS sebenarnya sedang di perkudakan oleh PKR dan DAP demi kelangsungan politik di masa depan. DAP sedar di mana kedudukan mereka bila misalnya PR memerintah negara ini, ya sudah pasti Presiden DAP akan menjadi TPM. Posisi TPM mampu bentuk satu kroni dalam pentadbiran negara, DAP akan melantik di kalangan mereka sebagai ketua ketua Jabatan, secara tidak langsung mereka sudah menguasai pentadbiran di peringkat akar umbi, bila sahaja ini berlaku maka mustahil untuk menidakkan mereka di masa mendatang, ketika itu Melayu berada di kedudukan mana ? Baru berdemo konon ingin kuasa di kembalikan pada mereka, sudah terlambat sebenarnya. Maka itu semua bangsa Melayu harus bersatu di bawah panji UMNO...... Bersatulah sebelum terlambat.

No comments: