Wednesday, November 14, 2012

Kenyataan Nurul Izzah Membawa Padah

"Rakyat tidak harus di paksa menganut sesuatu agama dan ini juga harus terpakai kepada orang melayu" kenyataan Nurul Izzah, ini yang menjadi isu, ia tidak seharusnya keluar dari mulut seseorang yang beragama Islam. Memang benar tiada paksaan dalam beragama tapi janganlah pecahkan belahkan anutan agama seseorang, apalagi dia itu berbangsa melayu.

Dia ada menghubungi Dr Maza bertujuan untuk meminta perlindungan tapi berita yang dikhabarkan tidak tepat seperti yang dia ucapkan, sebab itu juga Dr Maza mendapat kritikan dari ramai pihak, bila sahaja beliau memposting perkara yang merujuk pada panggilan Nurul Izzah.

Pun begitu Dr Maza ada membuat kenyataan u turn bagi membetulkan kenyataannya yang mana seolah olah beliau menyokong Nurul Izzah, yakni kebebasan beragama itu juga melibatkan bangsa Melayu.

Peliknya sehingga sekarang ini tiada satupun kenyataan resmi dari mana mana pemimpin PR/PAS yang menyokong kenyataan si Nurul Izzah tu. Bermaksud memang pun si Nurul Izzah bersalah tapi kenapa penyokong penyokong bawahan PR/PAS tidak mengakui kesalahan tersebut ? Tak kan pemimpin atasan PR/PAS lebih bijak dari yang di bawah :).

No comments: