Monday, August 5, 2013

Pemimpin Muda Sabahan Ramai Yang Tidak Layak

Tiada satupun pemimpin pemimpin muda Sabahan UMNO  yang telah berjaya mengangkat anak muda  ke tahap tertinggi melainkan dia itu juga di kalangan kroni atau kerabatnya.

Bermaksud pemimpin pemimpin muda ini masih ketinggalan zaman dalam berpolitik, mereka minta masyarakat luar
menjulang tinggi tinggi mereka,  lepas itu mereka hanya perlu menunjukkan gigi sekali dengan tipu dayanya. Sedang dianya sudah di cium dari hujung kasutnya hingga ke hujung rambutnya dan masyarakat luar yang menjulangnya dulu tetap berkeadaan begitu.

Mungkin saja beginilah pemikiran pemimpin  yang bukan tulen seorang pemimpin,  cuma nasib saja yang memihak mereka pada ketika itu kenapa mereka menjadi konon pemimpin. Sabah hanya terkenal dengan keluasan tanahnya tapi sempit akal fikir muda mudinya. Kalau pun ada terus saja mahu menukar baju, sedang yang bermasalah bukan bajunya tapi badannya yang mungkin tidak sihat......... Jalin Luin :)

No comments: