Apa maksudnya kenyataan yang bertujuan mendesak, supaya cengkaman Federal terhadap negeri Sabah di kurangkan. Terutamanya dalam hal penganugerahan projek/pembangunan dan lain lain.
Gesaan di atas dibuat oleh Datuk Salleh Said.
Sejujurnya kita kurang bersetuju dengan cadangan di atas. Kecuali lah ada mekanisme yang berkesan, jelas dan boleh dipercayai. Pun begitu jujur saya katakan, macam susah untuk berlaku.
Sebabnya struktur masyarakat Sabah sudah "berevolusi" macam ada kasta yang sengaja ditentukan oleh bangsawan jadian. Kumpulan jadian inilah yang pada kebiasaannya sering mendapat banyak kelebihan walaupun terpaksa menafikan hak orang lain.
Federal mesti diberikan kepercayaan atau kekuatan eksekutif, supaya mereka boleh menjadi penimbang tara kepada persoalan yang dihadapi oleh masyarakat atau pergolakan politik di negeri ini.
Pada masa yang sama biarlah pula selepas ini pegawai pegawai dari Federal lebih terbuka di dalam memberikan ruang dan peluang pada masyarakat biasa Sabah. Jangan hanya melihat pada pengaruh seseorang barulah diberikan perhatian walaupun sebenarnya tidak berkelayakan. Malah sepatutnya perhatian berkenaan diberikan kepada masyarakat biasa yang tidak berkelayakan tapi bersungguh di dalam mendapatkannya.
Menurut pakar politik antara faktor yang menjayakan sistem persekutuan atau Federal ialah kerana adanya kepentingan ekonomi di antara Federal dan wilayah. Selain faktor lain sepertinya keselamatan dan kepentingan masyarakat yang berbilang kaum.
Buat masa ini kita menolak cadangan di atas yang disyorkan oleh Datuk Salleh Said.
Saturday, February 28, 2015
Menolak Cadangan Salleh Said, Pasal Cengkaman Federal.
Nga Kor Ming, Mengheret Agong.
Nga Kor Ming yang juga pemimpin DAP. Sibuk mempersoal surat jemputan Anwar Ibrahim ke pembukaan sidang Parlimen penggal ketiga yang akan di adakan pada 09hb Mach 2015.
Menurut kelentong DAP. UMNO yang sengaja menghalang Anwar daripada hadir. Supaya dengan itu selamanya penyokong PR tidak berpuashati dengan UMNO. (Kenyataan DAP yang berniat jahat)
Pada masa yang sama, sama ada DAP menyedarinya atau tidak. DAP sedang mengheret Institusi Raja ke lapangan politik, memandangkan surat jemputan berkenaan datang daripada Institusi Raja.
Sedang hakikatnya surat yang diterima oleh Anwar adalah berupa surat jemputan biasa pada semua ahli Parlimen, bagi memenuhi prosedur. Tapi tidak bermaksud setiap ahli parlimen yang dikenakan jemputan atau Anwar diwajibkan hadir.
Bukan seperti surat jemputan angkat sumpah sebagai ahli parlimen, yang mengwajibkan kehadiran. Harus di faham.
Jangan saja asyik menuding pada politik UMNO, lihat pada diri sendiri sebagai pemimpin dan penyokong pembangkang. Siapa yang rugi kalau Anwar tidak dapat hadir di sidang Parlimen bagi menyuarakan kehendak penyokong mereka.? bukan kah penyokong totok PR itu sendiri.
Jadi apa yang perlu dilakukan. Tetap mempertahankan Anwar walaupun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen atau saja Ketua pembangkang.? Jangan negatif hanya kerana politik, lihat balik atas tujuan apa kalian mendokong parti parti politik.
Penyokong PR juga harus tahu Jabatan Parlimen dan Jabatan Penjara adalah dua entiti yang berbeza. Masing masing dengan bidang kuasa mereka. Saling ada peraturan yang perlu di patuhi sebelum meluluskan sebarang permintaan.
Friday, February 27, 2015
CyberTrooper Pro BN Sabah Mengaibkan Naib Presiden UMNO.
Menyerang peribadi pemimpin adalah tindakan yang tidak wajar. Apa lagi kalau ia bertujuan untuk mengaibkan.
Seperti yang dilakukan oleh politik BN di negeri SABAH. Kenyataan politik yang bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tidak mendapat halangan malah dialu alukan. Walaupun pada akhirnya akan merosakkan prestasi BN. Apa lagi kalau individu itu seorang pemimpin tertinggi, Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Shafie Apdal. Yang amat berpengaruh pada kalangan masyarakat Sabah, tidak mengira jenis bangsa. Pokoknya kata mereka Shafie Apdal.
Tapi cuba baca gambar yang tersisip diatas yang di canang oleh CyberTrooper pro BN Sabah. Mereka mengkritik pedas Naib Presiden UMNO Malaysia, walaupun mereka sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka faham. Sama seperti penyokong totok PR, tiada beza 2 kali 5.
Secara sengaja sebenarnya si Putra Indra ni dipasang oleh belaci belaci yang ada di sekeliling KM Musa .
Mereka kurang kisah dengan kesan negatifnya sebab beranggapan apa pun yang mereka buat, masyarakat Sabah tetap memihak BN. Itu adalah pendapat yang sangat salah. Mereka ingat semua masyarakat Sabah ni ahli BN dan bebal macam mereka. He
Yang masyarakat Sabah mahu ialah isu yang boleh menguntungkan mereka. Ah ini yang mereka mau, sebagai penyokong tegar BN. Bukannya mengaibkan peribadi mana mana pemimpin, apa lagi pemimpin BN Sabah. Himmm
Sepatutnya mereka mencontohi kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, membicarakan apa yang dikehendaki oleh masyarakatnya. Nah apa hasilnya.? Kan dekat di hati rakyat.
Tapi sebaliknya, mereka berusaha menyerlahkan "kekuatan" mereka supaya tidak layak di angkat sebagai pemimpin.
Sebab kata Jalin, mereka yang tidak boleh menerima keterbukaan di dalam sistem demokrasi, mereka itulah yang paling tidak layak diberikan kekuatan. Seolah olah kuku besi.
Ialah cuba nilai kenyataan ini. Tidak boleh masyarakat mempersoal kelemahan tadbir negeri Sabah yang di ketuai oleh Ketua Menteri. Terus mereka di herdik. Seolah olah Musa itu sejenis Tuhan. Walhal tanpa masyarakat, tidak mungkin Musa menjadi Ketua Menteri Sabah.?
(Terpaksa saya kata bebal walaupun sebenarnya salah)
Ertinya kelas tadbir politik BN Sabah adalah berkelas bawahan lagi jelek, amat memalukan.?
Zaid Ibrahim dan Tadbir Politik BN Sabah, Jeleknya sama.
Pendapat separa bijak Zahid Ibrahim, menyarankan agar PM Najib Razak menukar pakaian kerjanya kepada Sarban dan Baju Arab.
Menyerang peribadi pemimpin adalah tindakan yang tidak wajar. Apa lagi kalau ia bertujuan untuk mengaibkan.
Tidak ada beza dengan corak tadbir politik BN di negeri SABAH. Kenyataan yang bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tidak mendapat halangan malah dialu alukan. Walaupun pada akhirnya akan merosakkan prestasi BN. Apa lagi kalau individu itu seorang pemimpin tertinggi.
Baca saja gambar yang tersisip diatas yang di canang oleh CyberTrooper pro BN Sabah. Mengkritik pedas Naib Presiden UMNO Malaysia, walaupun mereka sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka faham. Sama seperti penyokong totok PR, tiada beza.
Ertinya kelas tadbir politik BN Sabah berstatus kelas bawahan yang jelek.
Seruan Autonomi Sabah dan Sarawak Juga Agenda PR.?
Pembangkang sedar masyarakat Sabah dan Sarawak adalah penyokong totok BN. Apapun agenda masa depan yang mereka cuba terapkan pada masyarakat itu ini. Tidak ia mendapat kepercayaan.
Oleh itulah terpaksa mereka menggunakan taktik kotor alah SSKM. Mengajak masyarakat Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Hanya dengan agenda ini ia mampu membangkitkan semangat kekitaan.
Sebab itulah ada akaun khas untuk tujuan itu. Setiap satunya mewakili Sabah dan Sarawak. Yakni Sabah Nation dan Republik Of Sarawak. Itu yang saya tahu, yang saya tidak tahu mungkin bersepah.
Yang agak menghairankan admin. Setiap kali Borneo Nation membuat tweet dia turut tunjukkan kedudukannya, seolah olah dia berada di negeri Kelantan. Sedang seruannya mengajak kepada kemerdekaan Sabah.
Sebaiknya gerakan sesat ini jangan diambil ringan. Peace no war.
Thursday, February 26, 2015
Semakin Lemah Politik Musa.
Semakin lemah ini politik BN Sabah. Habis pemimpin pemimpin BN kena buang kalau begini. Hanya kerana membuat kenyataan yang sedikit bertentangan walhal pada isu yang remeh.
Kalau pun tidak bersetuju dengan teguran oleh pemimpin yang terpalit apa lagi dia juga pemimpin BN, jadi tidak usahlah menegurnya secara terbuka. Mereka juga punya maruah sebagai wakil masyarakat yang telah diberikan mandat.
Di tambah perkara yang mereka persoalkan, tidaklah nanti merosakkan BN. Maklum Sabah negeri simpanan tetap.
Tapi sebaliknya teguran berkenaan adalah untuk membetulkan apa yang patut demi kelangsungan BN.
Entah entah pentadbiran BN Sabah ni, ada unsur unsur Anwarisma tanpa mereka sedari. Bersikap tegas tidak tentu pasal tanpa memikirkan faktor yang telah menyebabkan beberapa kawasan menjadi milik pembangkang. Harus mengambil iktibar bukan malah membatukan sikap.
Sebelum ini Datuk Jumat, sekarang ini wakil rakyat Putatan Marcus Mojigohw yang akan dikenakan tindakan tatatertib. Semakin hari semakin jelek ini BN dibawah pentadbiran Musa. Macam pula pemerintahan kuku besi. Tidak relevan sudah kok, alahai.
Untuk makluman, pemimpin dari Putatan ini pernah membela PERKASA sebab di tuduh cuba untuk membakar Bible.
Teruskan membaca artikel yang saya salin dari portal FMT. Artikel ini yang saya maksudkan. :-
KOTA KINABALU: Wakil rakyat Putatan dan Naib Presiden Upko, Marcus Mojigoh bersedia terjun dari jambatan atau bangunan daripada menyertai pembangkang jika terus diberi tekanan atau gangguan oleh Barisan Nasional atas kenyataanya baru-baru ini tentang dasar kerajaan,
Marcus berkata menyertai parti pembangkang jauh lebih bahaya daripada Barisan Nasional, tetapi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak selesa dengan apa yang dikatakan, Marcus memberi amaran dalam nada sindir bahawa dia akan menunggu surat untuk terjun dari jambatan. “Semakin mereka kacau saya, semakin saya akan buat kecoh. Jangan main-main dengan saya. Jika mereka mengacau saya, saya juga boleh membuat kacau,” tambah beliau.
Beliau membayangkan BN parti yang penuh dengan buaya tetapi masih boleh berhadapan dengannya manakala, buaya-buaya dalam pembangkang jauh lebih berbahaya dan boleh menelan saya. Marcus berkata demikian selepas menyertai sambutan Tahun Baru Cina Unit Kebajikan UTC pada hari Rabu.
Marcus mengulas kenyataan Adun Petagas yang juga Timbalan Ketua Menteri, Yahya Hussin, bahawa beliau patut menyertai pembangkang kerana “mempersoalkan dasar kerajaan”.
Beliau juga menyentuh tentang debat di laman media sosial, Facebook, tentang sama ada beliau akan melompat dari periuk (BN) ke dalam api (Pakatan Rakyat) atau sebalinya.
Beliau menambah bahawa apa yang dikatakan oleh beliau dalam mengkritik BN adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kaitan dengan parti beliau Upko. “Mereka boleh memberikan surat tunjuk sebab kepada saya kerana pandangan saya? Adakah mereka berani? Mereka tahu siapa saya. Saya tidak peduli sama ada mereka suka saya atau tidak. Saya dipilih oleh rakyat,” kata beliau.
Menyentuh tentang teras hujahnya tentang konsep BN, beliau menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang berprinsip walaupun ada sesetengah orang yang tidak bersependapat. “Jika sesuatu perkara itu mengganggu pemikiran saya, saya akan mempersoalkannya,” jelas beliau ketika mengenangkan ketidakpuasan beliau dengan BN.
Beliau memetik isu Wakil Rakyat Seputeh, Teresa Kok yang dilarang daripada memasuki Sabah sebagai contoh situasi yang “mengganggu pemikirannya dan bertentangan dengan prinsipnya”.
“Pelarangan individu dan ahli politik daripada Sabah dan/atau memenjarakan mereka telah lapuk dan tidak lagi diterima pada masa kini.
“Itu adalah politik zaman lalu. Orang muda tidak suka permainan politik sedemikian. Mereka mahu meluahkan, mendengar dan membaca tentang apa yang sedang berlaku. Mereka berminat dalam media sosial,” kata Marcus.
“Jadi, kita mesti mengikut rentak orang muda. Kita membiarkan Teresa Kok untuk datang ke sini. Ia terpulang kepada rakyat sama ada untuk menerima atau tidak apa yang dikatakan oleh beliau.”
Kerana bercakap bagi pihak Wakil Rakyat dari pihak pembangkang, tindakan beliau dipersoalkan daripada pelbagai pihak dalam BN, kata Marcus.
Marcus akan mempertahankan Sabah jika Kok “membuat masalah”.
“Saya tanya anda . . . Adakah Teresa Kok begitu berbahaya? Adakah anda takut beliau datang ke Sabah? Jika anda takut maka saya betul. Ia bermaksud anda takut akan Teresa Kok! Tetapi jika anda tidak takut, kenapa larang beliau?” soal beliau. “Adakah kita sangat lemah hingga takut dengan Teresa Kok? Tidak, saya tidak berasa sedemikian!”
“Kami lebih baik daripada Teresa Kok.” Marcus berkata bahawa sebagai Wakil Rakyat, beliau akan menjadi orang pertama yang akan mempertahankan Sabah jika Kok “membuat masalah”.
Beliau memberikan satu lagi contoh iaitu penukaran agama seorang pelajar prempuan Kristian di bawah umur di SMK Kinarut, dekat Kota Kinabalu. “Ini bukanlah kes yang pertama di sekolah-sekolah dan di kampung-kampung,” kata beliau.
Wednesday, February 25, 2015
Pelajar Malaysia Di Luar Negara Menuntut 3 Perkara, Bebaskan Anwar.
Ekoran hukuman penjara Anwar. Kedutaan dari negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, Jerman, Switzerland, termasuklah pelajar pelajar Malaysia di luar negara membuat tiga tuntutan.
Pertama, bebaskan Anwar Ibrahim dari penjara. Dua, betulkan sistem kehakiman. Tiga, isu penyalahgunaan kuasa oleh ketua eksekutif pemerintah telah melanggar hak asasi manusia. Maka itu hak asasi manusia harus di hormati.
Pokoknya mereka konon mempersoal sistem kehakiman dan pentadbiran negara yang perlu melalui proses penambahbaikan. Hanya kerana Anwar.
Kawan kawan tahu kah, dari sudut mana mereka melihat Anwar sebagai kononnya di aniaya sebab itulah mereka membuat tuntutan yang mengarut. Nah seperti di bawah :-
MORAL YAKNI NAFSU SEMULAJADI ADALAH HAK INDIVIDU. OLEH ITU SISTEM KEHAKIMAN HARUS MENGAMBIL KIRA HAK ASASI MANUSIA SEBELUM MENJATUHKAN HUKUMAN.
(Perbuatan seks luar tabii bukannya satu kesalahan jenayah)
Mereka yang membuat tuntutan mungkin lupa, Malaysia adalah negara Islam. Tidak akan menghalalkan seks luar tabii yakni liwat. Tidak terkecuali negara Amerika sendiri ada 14 negeri di negara berkenaan yang mengekalkan undang undang sodomi siapa yang melakukannya akan di hukum antaranya Alabama, Florida, Idaho, Kansas, Louisiana, Michigan, Mississippi, Missouri, North Carolina, Oklahoma, South Carolina, Texas, Utah, dan Virginia.
Jadi sepatutnya tidak timbul tiga tuntutan diatas. Mengarut.
Ingatan pada penyokong PKR. Yang dipersoalkan bukannya ketidakadilan sistem kehakiman itu sendiri. Oleh itu jangan terguling guling. Adeh
Apa masalahnya Dengan Gelaran Harimau Malaysia.?
Apa masalahnya kalau gelaran pasukan bola sepak negara di tukar daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.?
Mungkin selepas ini pemain Harimau Malaysia akan lebih mantap. Mampu bersaing di peringkat antarabangsa, malah layak ke Piala Dunia. Sebab pasukan kebangsaan sudah di isi dengan roh perjuangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum bangsa serta agama. Siapa yang tahu.?
Berbanding sekarang, prestasi pemain tidak menentu. Kemenangan yang di rai hasil dari kecuaian lawan semata-mata, bukan dek kerana kesungguhan demi namanya negara bangsa. Tidak dinafikan nampak ganas bila berada di atas padang tapi kesungguhan yang kita nampak tidak datang dari dalam. Mudah lemah dan kecewa, mungkin doa rakyat Malaysia pada ketika itu tidak bersatu masih ada sentimen kekitaan. Sebab kata mereka itu yang bermain adalah pasukan dari Semenanjung/Malaya. Bukannya pasukan kebangsaan.
Dalam masa yang sama ia boleh mendatangkan untung kepada politik BN. Kan sukan boleh menyatu padukan masyarakat yang berpecah, sengketa boleh dilupakan. Lama kelamaan akan ia membawa kepada keharmonian, saling hormat menghormati walaupun berlainan parti.
Masyarakat pula jangan lah terlalu berpolitik hanya kerana nama binatang. Sedang Harimau itu sendiri dia tidak tahu kalau namanya ialah Harimau dari Malaya. Kita manusia yang berakal yang menentukannya.
Jangan kalut, jangan lidut. Saya percaya andai PR yang menjadi pemerintah negara, pasti mereka akan menukar gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Pada waktu mereka sengal tinggal mengangguk. Terlalu lah sengalnya.
Kesimpulannya kita bersetuju dengan pendekatan terbaru yang diperkenalkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Tuan KJ. Tahniah, ;-)
Menukar gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.
Pesawat MH370 Berada Di Rusia.
KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 12 kru dipercayai dirampas atas arahan Presiden Russia, Vladimir Putin dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan, kata seorang pakar.
Selepas memalsukan data sistem pandu arah MH370 supaya ia dilihat seakan-akan menuju ke selatan Lautan Hindi, kumpulan perampas akhirnya mendaratkan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu di Kazakhstan.
Penulis sains rakyat Amerika Syarikat (AS), Jeff Wise, yang juga terbabit dalam liputan siaran televisyen CNN mengenai MH370 sebelum ini berkata, data 'ping' atau isyarat berbalas antara pesawat dan satelit Inmarsat itu selama ini 'dipalsukan'.
Beliau berkata, data dirakam satelit telekomunikasi milik syarikat British itu hanya untuk mengalih tumpuan orang ramai dan misi pencarian, bagi memberi laluan plot rampasan yang diarahkan Putin berjalan lancar.
Menilai keseluruhan 'drama' di sebalik misteri kehilangan MH370, Wise menyuarakan keyakinan bahawa pesawat itu sebaliknya berada di Baikonur Cosmodrome, iaitu tapak pelancaran roket terbesar di dunia yang terletak kira-kira 200 kilometer di timur Laut Aral, Kazakhstan.
"Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu berada di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi.
"Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin untuk 'mencuri' sebuah pesawat sarat dengan penumpang.
"Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Russia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu," katanya seperti dilaporkan portal berita Daily Mail, semalam.
Mengulas lanjut, Wise menjangkakan tindakan Putin adalah semata-mata untuk menunjukkan 'taring' Russia, khususnya merancang serangan balas terhadap negara Barat pada bila-bila masa.
Rampasan yang didakwa didalangi Russia itu, katanya, antara lain reaksi balas Putin terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap negara Soviet pada 7 Mac tahun lalu iaitu sehari sebelum MH370 dilaporkan hilang.
"Ada pelbagai kemungkinan termasuk pesawat ini akan dipenuhi dengan muatan bahan letupan satu hari nanti untuk dilancarkan terhadap musuh Russia sebagai serangan balas.
"Mungkin juga ada individu di dalam pesawat itu yang mempunyai kepentingan kepada Russia," katanya.
- Mail Online
Sebelum ini perkhabaran menurut sumber tertentu. Pesawat menuju ke Antartika dengan membuat lencongan beberapa. Lencongan lencongan itulah yang tidak dapat dikesan hingga ada yang menyangka pesawat MH370 berada di Australia, Lautan Hindi. Yang buat pengesahan ini ialah kerajaan Australia.
Tapi rupanya berada di Australia.?
Tiga Tapak Perkampungan Di Daerah Semporna Milik Syarikat Swasta.?
Cerita bab tanah di Sabah ini sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat marhaen. Seolah olah sebahagian daripada fitrah tanpa persoalan tanah ertinya mereka bukan orang Sabah.?
Sebelum ini isu tuntutan tanah hangat di pantai barat. Bukan alang alang melibatkan keluasan yang besar dan jumlah penduduk yang ramai. Tidak dinafikan, ada juga yang telah mendapat perhatian sekaligus penyelesaian selepas bergelut malah ada di antara mereka yang menganjurkan tunjuk perasaan.
Terbaru dalam pengetahuan admin selepas menerima maklumat rasmi dari pemimpin politik, ialah tapak perkampungan di daerah Semporna.
Terdiri dari tiga buah Kampung Senang Hati, Sungai Nasib dan Lihak-Lihak.
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hutan telah mengisytiharkan konon tapak perkampungan berkenaan adalah merupakan hutan simpan yang tidak boleh diceroboh.Tapi pada masa yang sama telah menganugerahkannya kepada orang perseorangan, Syarikat Pua Brothers. Hasilnya, 30 buah rumah telah di robohkan.
Kriteria yang wajar diberikan pertimbangan oleh pentadbiran negeri sebelum membuat keputusan yang agak drastik apa lagi melibatkan masa depan masyarakat ialah siapa yang terlebih dahulu meneroka tanah berkenaan berbanding pemohon baharu, siapa yang membenarkannya, tahun berapa ia diteroka untuk dijadikan tapak perkampungan.
Menurut sumber berdasarkan bukti kukuh, tiga kampung berkenaan telah di teroka sejak lagi tahun 1959 dan telah diwartakan secara rasmi sebagai perkampungan pada tahun 1960 oleh Tun Sakaran Dandai.
Mungkin yang dimaksudkan dengan zone larangan hutan simpan ialah, hanya larangan pada masyarakat marhaen tapi tidak pada Syarikat Swasta yang menguntungkan individu yang ada di dalam pentadbiran negeri atau penguatkuasa.?
Harus kemelut ini di selesaikan, cari alternatif yang memenangkan kedua belah pihak. Ingat dalam kerja apapun, Tuhan ada disana.
Masyarakat ialah sejenis manusia bukannya sejenis binatang peliharaan. Suka suka saja tuannya mengeluarkan arahan.
Gambar yang tersisip diatas adalah bukti kukuh, siapa sebenarnya yang lebih layak menduduki tapak yang menjadi pertikaian:-
1. Gambar di ambil sekitar 1959-1960. Membuktikan tapak perkampungan yang menjadi pertikaian telah di teroka lama sejak berdekad yang lalu.
2. Bukti tapak perkampungan yang diisytiharkan zone larangan tapi rupanya milik syarikat Swasta.
Pentadbiran apa ini.?
Tuesday, February 24, 2015
Sebenarnya Pesawat MH370 Berada Di Antartika
BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.
Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.
Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.
Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.
Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.
Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.
"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.
"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk
Sumber Sinar.
Gejala Sosial Masyarakat Yang Kurang Terkawal
Mana mana juga negara di dunia, kalau sudah masyarakatnya tidak kisah dengan gejala sosial yang ada di tengah tengah masyarakat. Maka negara itu pada akhirnya akan hancur. Bermula dari pengedaran dadah menyebabkan ramai masyarakat yang terpalit tapi didiamkan. Selepas itu tercetuslah pelbagai kegiatan jenayah yang tidak terkawal.
Ini juga ekoran beberapa program program untuk golongan belia remaja, tapi tidak memberikan kesan. Macam habis wayang tinggal panggung.
Ialah macam mana mampu membawa kesan kalau golongan sasar yang sepatutnya terlibat tapi pula tercicir sama ada dek kerana diri itu atau sengaja di sisihkan. Hello, kalau memang mereka berakal tidak lah mereka tersisih angkara kekurangan diri. Tapi apapun alasannya ia masih berada dalam tanggungjawab pemerintah khasnya agensi yang terlibat.? Jangan hanya bila PRU, undi perompak pun ada harga.
Pokoknya gejala sosial yang ada sekarang tidak boleh serah bulat bulat pada pihak polis. Masyarakat secara total harus terlibat.
Kesimpulannya kan pada kali ini masyarakat terutamanya Melayu dan Bumiputera harus bersekutu menyokong BN. Lepas itu laksanakan program pencegahan yang betul betul berkesan.
Terima hakikat ada banyak perkara di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan dengan ilmu semata-mata. Pendekatan yang lebih agresif harus difikirkan.
Seperti halnya di Selatan Philipine, dengar khabar mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah akan di tembak mati oleh pemerintah atau masyarakat dengan kebenaran pemerintah.
Dua kejadian tragis yang berlaku pada masyarakat.
1. Perang antara gengster di Klang
2. Seorang pelajar UMS yang praktikal di Pejabat Daerah Keningau mati di kelar di dalam tandas pejabat.
Kedudukan Sebenar Kampung Air Di Daerah Beluran
Sebelum ini ada admin menulis pasal tapak perkampungan di daerah Beluran yang seolahnya telah di rampas oleh orang perseorangan.
Ini kerana, menurut sumber perkampungan berkenaan yang dikenali sebagai Kampung Air telah di duduki lama sekitar tahun 1965 berbanding tarikh pemohon tanah tapak sekitar tahun 1986 yang akhirnya menjadi pemilik kepada tapak Kampung Air yang sekarang menjadi pertikaian.
Walaubagaimanapun selepas beberapa jam artikel berkenaan admin paparkan sekaligus admin kongsikan. Ada individu yang menghubungi admin dengan tujuan untuk membetulkan berdasarkan maklumat yang dia terima daripada Pengarah Tanah Sabah. Seperti mana gambar yang tersisip.
Apa pun ceritanya selepas ini, amat wajar lagi ditagih pada pentadbiran negeri Sabah supaya mencari tapak ganti untuk dijadikan perkampungan komuniti Kampung Air yang terpaksa berpindah.
Artikel yang admin maksudkan sebelum ini.
Tapak Kampung Di Beluran Milik Individu
Anwar Mengemukakan Permohonan Ampun DiRaja.
Akhirnya Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan ampun di Raja supaya terlepas atau bebas dari hukuman penjara lima tahun. Sekaligus mengekalkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh.
Walaubagaimanapun menurut Nurul Izzah itu tidak bermakna Anwar Ibrahim mengakui kesalahannya tapi dibenarkan seperti yang termaktub di perlembagaan pada perkara 42.
Hari ini adalah hari terakhir, selepas tempoh 14 hari yang diberikan di dalam perlembagaan. Andai Anwar gagal mengemukakan rayuan pengampunan maka secara automatik semua jawatan yang di sandang akan terlucut. Ertinya juga peluang Anwar untuk bebas akan tertutup gelap macam orang buta.
Menurut sumber, hari ini Nurul Izzah ada menghadap Tuan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengemukakan permohonan sekaligus kelulusan surat pengampunan di Raja.
Sebelum dibawa menghadap yang Dipertuan Agung bagi mendapatkan perkenan.
Sebelum ini ada kita mendengar pendapat penyokong PKR. Kata mereka Anwar Ibrahim tidak akan mengemukakan permohonan ampun, sebab dengan berbuat demikian seolah olah Anwar Ibrahim mengakui yang dia sungguh melakukan liwat.
Dalam masa yang sama, apapun alasan Nurul Izzah atas permohonan ampun Diraja, sama dia sedari atau tidak sebenarnya PKR mengakui sistem kehakiman yang mendukung perlembagaan, yang sebelum ini dinafikan oleh mereka.
Monday, February 23, 2015
Dores Jones Dan Pengikutnya Wajar Di Ingatkan Secara Tegas
Dores Jones ni sebenarnya cuba mencipta sejarah, sejarah pertumpahan darah di negeri Sabah. Melebihi apa yang berlaku di Lahad Datu dua tahun lepas.
Tidak berani tampil tapi berlagak pejuang atas nama orang Sabah. Isunya siapa orang Sabah yang dimaksudkan tu. Sabah ini dihuni oleh pelbagai jenis kaum bangsa yang berhak menentukan masa depan negeri Sabah, yang mana satu.?
Mereka terdiri dari Bajau, Suluk, Bugis dll malah sebahagian besar KDM tidak bersetuju dengan agenda SSKM yang cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Selain gerakan keluar, agensi SSKM juga seolah olah menafikan kewarganegaraan bangsa selain KDM SSKM di bumi Sabah. Faktor ini menambah mangkin penolakan terhadap agenda SSKM.
Sekarang gerakan sengal SSKM rancak memancing masyarakat baik di ruang maya atau di dunia nyata. Baru baru ini seramai 10 individu telah di cekup sebab menyebarkan petisyen di Tuaran dan Lahad Datu. Lucunya ketika mereka memancing masyarakat yang mereka jadikan umpan ialah perjanjian 20 perkara, sebab kononnya tidak dipatuhi. Di hujung cerita, mereka mengajak masyarakat keluar dari Malaysia. Sedang dalam perjanjian 20 itu sendiri tidak pun membenarkannya.?
Walaubagaimanapun kumpulan tahanan yang menghasut dibebaskan selepas mendapat jaminan polis.
Kita tegaskan agenda SSKM tidak akan kemana. Diandaikan pun SSKM mendapat sokongan dari masyarakat Barat yang ingin melihat kemusnahan Malaysia. Tapi secara realitinya majoriti masyarakat Sabah tidak bersetuju. Telah terbukti melalui mana mana keputusan PRU tidak pernah parti pembangkang yang bertanding tapi mengangkat agenda perjanjian 20 perkara sebagai manifesto mendapat perhatian, jauh sekali kemenangan. Nah apa lagi agenda agenda autonomi.?
Jumlah penduduk Sabah sehingga 2010 ialah berjumlah 2,316,963 orang. Seperti mana pecahann di bawah :- lepas itu mari kita buat kira kira bodoh, keberangkalian sokongan masyarakat Sabah terhadap SSKM berdasarkan kuantiti.
MELAYU> 184,197
KADAZANDUSUN> 568,575
BAJAU> 450,279
MURUT> 102,393
BUMIPUTRA LAIN> 659,865
CINA> 295,674
INDIA> 7,453
LAIN-LAIN> 48,527
Kita anggaplah semua KDM dan Cina memihak SSKM yang berjumlah 864,249 orang. Bagaimana pula dengan lain lain kaum selain KDM dan Cina yang berjumlah 1,452,714 orang, yang besar kemungkinannya menolak agenda autonomi oleh SSKM.?
Ingat nilai petisyen ditentukan berdasarkan jumlah yang bersetuju terhadap satu satu agenda. Bukannya cerita di kedai kopi yang kedengarannya ganas.
Atau tetap membuat tuntutan walaupun akan mencetuskan perang saudara.? Adeh. Fikir panjang panjang.
Lain itu cuba fikirkan, agaknya berapa tahun yang diperlukan oleh kumpulan pengangan autonomi bagi mendapatkan sokongan daripada masyarakat Sabah, pada waktu yang sama apa agaknya yang akan berlaku pada KDM SSKM dari konteks sosioekonomi? Selamanya sibuk tapi habuk pun tidak ada. Kekayaan yang dipersoalkan, selamanya diambil kesempatan oleh orang lain.
Fikir dan renungkan. Lupakan agenda SSKM sengal ni. Selain perjuangan sempit yang tidak kemana. Mereka yang terlibat juga sebenarnya sedang menempah bilik penjara.
Sunday, February 22, 2015
Mohd Sabu Dan Mohd Hatta Ramli Ancaman Terbesar PAS.
Kesabaran PAS berakhir terhadap PASMA, gerakan berhaluan kiri PAS, yang berusaha menghancurkan organisasi itu dari dalam. Itu menurut pemerhatian pemimpin klasik PAS itu sendiri.
Secara terbuka Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli di hentam sebagai dalang atau ancaman terbesar kepada proper PAS, oleh wakil Dewan Ulama PAS Kedah, Fauzi Hussin Juga mendesak agar dua pemimpin PAS di atas dibuang daripada PAS. Seperti mana membuang penyakit kronik yang ada kalanya perlu di potong mengelakkan dari terus merebak. Umpama mengawal penyakit kencing manis. Wah dahsyat.
Kenyataan dibuat susulan kenyataan seorang pemimpin PAS, Datuk Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor pada majlis yang sama. Dimana beliau mencadangkan agar individu yang terlibat di dalam usaha menghancurkan PAS atau mengkritik pedas Presiden PAS supaya diperangi.
Benar sekali PAS sedang berada di ambang perpecahan total. Hanya kerana PAS tidak lagi boleh di terima oleh golongan muda PAS yang berpendidikan sekaligus mahu melihat kelangsungan PAS.
Kita melihat tindakan PASMA mencampuri urusan dalaman PAS hanyalah usaha kecil bagi memperkasakan PAS. Ekoran PAS yang tidak lagi mampu mendominasi DAP. Walaupun pelbagai usaha cuba digunakan, termasuklah memperkenalkan Tahalluf Siyasiyy.
Akui, DAP terlalu bijak untuk PAS. Perjuangan PAS untuk mendekati DAP umpama seorang pendakwah yang berusaha mengislamkan seseorang sedang individu itu sangat membenci Islam. Tapi boleh saja tugas berkenaan diambil alih oleh anak muda PASMA, siapa tahu mereka mampu melakukannya. Tapi sayang di nafikan tanpa terlebih dahulu diberikan peluang.
Tidak ada beza tu, agenda PASMA dengan istilah yang ada di dalam UMNO iaitu meremajakan UMNO.
Carta Peta Posisi Stereng Kereta.
Yang bertanda merah adalah negara negara dimana stereng keretanya terletak di sebelah kiri. Manakala yang berwarna biru, di sebelah kanan. Seperti mana Malaysia.
Sekian terima kasih. ;-)
Sivarasah, Peguam Pembangkang Cukup Hipokrit
Walaupun kita kurang bersetuju dengan penganjuran ceramah yang disampaikan oleh Tuan Peguam Shafee Abdullah kepada umum pasal kes liwat Anwar selepas perbicaraan tapi tidak semestinya ia salah, apa yang disampaikan adalah hal yang benar. Semuanya benar berdasarkan perbicaraan yang berjalan selama itu.
Reaksi peguam pembangkang Sivarasah Rasia yang mempertikaikan tindakan Tuan Shafee Abdullah adalah reaksi yang cukup hipokrit.
Bagaimana dengan pembangkang mencanang isu yang belum pun ditentukan oleh Mahkamah sama ada benar atau tidak. Sepertinya kes Altantuya sejak dari mula berada di dalam pengetahuan pembangkang siang malam pembangkang mencanang kononnya PM Najib Razak ada terlibat. Tapi akhirnya terbukti apa yang di canang selama ini adalah fitnah semata-mata.
Tidak kah itu namanya memfitnah dan ia dihalalkan oleh peguam peguam pembangkang hanya kerana ia datang dari kumpulan pembangkang.?
Ketika ini peguam pembangkang menunggu keputusan Anwar sama ada Shafee perlu dikenakan tindakan undang undang atau tidak.
Hal yang pelik kan. Mereka buat boleh, kita buat tidak boleh.
Saturday, February 21, 2015
Tapak Kampung Di Beluran Milik Individu
Di Sabah hanya mereka yang rapat dengan pentadbiran negeri yang boleh mencari makan, mencari kelebihan jauh sekali. Walaupun masyarakat itu penyokong tegar kepada parti pemerintah.
Tanah di rembat sana sini, mengenepikan hak masyarakat umum Sabah yang sebenarnya lebih layak mengikut haraki kaum bangsa serta kewujudan mereka di bumi Sabah. Berbanding mereka yang hadir sebagai orang politik. Entah daripada mana.
Sebab itulah satu tapak perkampungan di daerah Beluran yang dikenal sebagai Kampung Air, walaupun telah lama di huni, boleh lagi dipohon menjadi hak milik orang perseorangan.
Orang kampung di halau macam anjing. Hilang arah tidak tahu berteduh di mana selepas itu. Kurang itu tidak mereka disediakan tapak pemindahan walaupun duduk di dalam hutan lalu terasing dari arus kemajuan perdana.
Menurut Yb MP Beluran Datuk Roland Kiande, tapak perkampungan yang bakal di kosongkan itu telah lama di huni oleh komuniti kampung sejak lagi tahun 1965 yang terdiri dari masyarakat Tidung yang berjumlah sekitar 1500 orang.
Tapi pada tahun 1986 jawatankuasa tanah Daerah Beluran yang terdiri dari Pegawai Daerah dan Penolong Pemungut Hasil telah meluluskan permohonan tanah yang terletak di tapak perkampungan berkenaan kepada seorang individu.
Konflik ini harus di selesaikan, paling kurang cari tapak perkampungan yang baharu. Tapi memenuhi sosioekonomi komuniti kampung.
Kejadian yang tragis. Hakikatnya kan di Sabah ni tidak ada istilah setinggan apa lagi di luar bandar. Hanya mereka yang lupa kehidupan awal mereka yang akan berlagak sebagai orang bandar. Sedangkan admin ni. Adeh
Ahli UMNO, Patuhi Syarat Untuk Menang
Ahli UMNO sedar kemenangan adalah matlamat. Mereka juga sedar untuk sampai ke destinasi hanya perlu seorang nahkoda. Dalam masa itu anak kapal harus membuang hasad dengki supaya tugas dapat dikerjakan dengan berkesan yang akhirnya membawa ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Tapi nampaknya syarat yang diperlukan kurang dipatuhi. Attitude jelek klasik tetap bersama UMNO pada masa yang sama mendambakan kemenangan.
Walhal pemikiran masyarakat sudah berevolusi. Sebab itulah ada dikalangan masyarakat yang sedar akan kelemahan PR tapi mereka tetap mendokongnya. Hanya kerana ingin mengajar UMNO.
Kita ahli parti harus berubah, berubah bukan hanya pada kelompok sasar tapi sesama ahli parti. Anggap masyarakat di luar sana sangat bijak begitu juga dengan ahli di tangan mereka ada peluru yang mampu menumbangkan kita.
Mohon pencerahan.?
PAS Istihar Perang Terhadap PASMA
Hari ini Dewan Ulama PAS mengisytiharkan perang terhadap PASMA.
Sebab pendapat mereka, PASMA adalah gerakan yang berusaha menghancurkan PAS dari dalam. Lihat saja kritikan pedas terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Tidak ada lagi rasa hormat terhadap pemimpin.
Tapi boleh kah PAS berbuat demikian.? ialah tidak semua penyokong PAS, di dorong oleh faktor kredibiliti individu yang ada di dalam PAS yang dianggap Ulama. Ada juga disebabkan oleh faktor pilihan terakhir selepas BN atau PKR. Ertinya kalau PAS tidak lagi mendokong kehendak generasi muda PAS, apa yang ditunggu di dalam PAS selain agenda hudud yang tidak menjadi.?
Dan kalau benar apa yang diluahkan oleh pemimpin PAS yakni Datuk Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.
Telah menunjukkan kepada kita sebenarnya PAS tidak mewakili kehendak generasi muda yang memiliki pemikiran moden, yang ingin melihat kelangsungan Islam dengan cara yang lebih berkesan tapi bertanggungjawab.
PAS gagal mendominasi DAP buktinya sehingga sekarang DAP tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Jadi, ada dimana relevannya PAS perlu terus diberikan sokongan oleh terutamanya oleh anak muda.?
Perjuangan PASMA pada pendapat saya agak relevan terutamanya pada pengundi muda PAS. Hanya PASMA yang mampu menggugat pendirian DAP terhadap hudud.
Di Semenanjung Mahu Sultan Di Hapuskan Begitu Juga Dengan Di Sabah Mahu Keluar.?
Bukan soal cerita lama atau baru. Tapi niat untuk menghancurkan sesuatu sudah ada. Ini patut di polemikkan sehinggalah ada respon dari PKR untuk menarik balik atas apa yang mereka mahu lakukan.?
Pemimpin PKR daripada Kedah mahu institut Raja di negara ini dihapuskan. Sebab pasti pada pendapat mereka ia hanyalah mengekang kebebasan di dalam sistem demokrasi.
Begitu juga dengan segelintir masyarakat Sabah yang mahu Sabah keluar dari Malaysia. Perbuatan mereka sangat tidak menghormati rukun negara. Hatta di dalam perjanjian 20 perkara itu sendiri tidak ada hak atau kebebasan untuk masyarakat sengal Sabah keluar dari Malaysia.
Di mana mereka boleh di dakwa di bawah akta hasutan.
Pokoknya kan, pembangkang tidak mampu membawa keuntungan, walaupun selepas mereka berjaya mencapai agenda mereka.
Mereka tidak sedar kejayaan yang terpaksa mengorbankan kesejahteraan akan akhirnya berakhir dengan penderitaan.
Mohon pencerahan.?
Friday, February 20, 2015
Kenapa PM Tidak Menjawab Soalan Pemberita Pasal Sirul.
Ada PM Najib Razak mengangkat sumpah sebagai penafian yang beliau tidak terlibat dengan sebarang konspirasi terhadap kematian Altantuya. Itu menunjukkan beliau berada di pihak yang benar, tidak seperti seorang pemimpin tu hingga ke akhirnya enggan membela dirinya walaupun cukup sebagai pengetahuan umum.
Walaubagaimanapun sikap berani kerana benar PM Najib Razak telah diputar belit oleh segelintir pengamal media terutamanya pro pembangkang. Ekoran keengganan beliau menjawab soalan dari wartawan pro pembangkang pasal kenyataan terbaru Sirul. Kononnya dengan itu PM Najib Razak ada terlibat sebab itulah beliau tidak berani menjawab soalan pemberita.
Mengikut dakwaan Sirul ada individu yang mengarahkannya untuk membunuh Altantuya tapi individu berkenaan bebas dari sebarang hukuman mahkamah. Kini Sirul berada dalam tahanan Imigresen di Australia, sebab lari dari menjalani hukuman mati selepas mahkamah mendapati dia dan seorang lagi bertanggungjawab keatas kematian Altantuya.
Pertama tama yang harus kita faham kenapa PM Najib Razak tidak menjawab soalan sampah wartawan berkenaan sebaliknya di tong sampahkan ialah sebab dengan sengaja soalan yang diajukan cuba dikaitkan dengan dirinya tidak bersifat kepentingan umum.
PM Najib sedar sedikit jawapan yang menjurus kepada soalan akan ditukar kepada keuntungan politik yang di dibelit bagi membenarkan apa yang di dakwa oleh Sirul. Soalan berbau muslihat.
Andaikan diri anda seorang yang berprofil tinggi yang tidak tahu menahu mengenai satu kejadian, lalu anda di ajukan soalan. "Ada nampak kah kejadian bunuh di Bukit Bintang".? Apa lagi pada ketika itu anda berada di negeri Sabah. Kalau anda memberikan respon seolah olah anda tahu apa yang berlaku dengan tuntas. Anda akan serba sedikit boleh dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Oleh yang demikian perlukah anda menjawab soalan yang diajukan.? Nah itulah situasi yang dihadapi oleh PM Najib Razak ketika beliau ditanya oleh pemberita.
Lain itu tapi berkaitan. Semasa proses mahkamah berjalan tidak pun Sirul mendedahkan mana mana individu yang terlibat di dalam pembunuhan Altantuya walaupun dia sendiri telah sedar yang dia telah di kambing hitamkan. Sepatutnya dia berusaha memperjuangkan dirinya bukan tetap menjadi kambing hitam sampai legam.
Menurut Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes kematian Altantuya berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan oleh sesiapa. Ketika kes perbicaraan berjalan.
"Apa-apa kenyataan Sirul kini tidak boleh diterima pakai dan dijadikan sebagai bukti atau keterangan baharu untuk dikaitkan dengan keputusan mahkamah tempoh hari.
"Sepatutnya, keterangan seperti ini dimasukkan semasa proses membela diri sebelum ini. Apa juga keterangan sekarang hanya berunsur akademik sahaja," katanya.
Kesimpulannyakan, memandangkan yang mendapati Sirul sebagai bersalah ialah badan kehakiman maka kita harus akur seperti mana kes terdahulu yang melibatkan Anwar.
Walaubagaimanapun demi keadilan dan kepentingan politik di kedua belah pihak wajar kita mendengar luahan hati Sirul selagi tidak bertujuan untuk memalitkan kredibiliti seseorang. Memandangkan dia sendiri telah bersubahat melakukan kesalahan jenayah berat yakni membunuh. Kalau takat curi tin susu, agaknya boleh lagi kita maafkan atas nama kelangsungan hidup.
Sebagai rujukan pada insiden pembunuhan Altantuya. Sebelum ini para penyokong pembangkang mencanangkan kononnya Altantuya adalah mangsa konspirasi dalaman pemerintah yang melibatkan pembelian Kapal Selam dari Perancis. Altantuya di lantik sebagai pegawai alih bahasa Perancis kepada Kementerian Pertahanan. Tapi disebabkan ada berlaku sedikit salah faham yang melibatkan rahsia negara maka itulah Altantuya di bunuh. Walhal kalau kita merujuk pada sumber yang berkaitan, tidak pun Altantuya pandai berbahasa Perancis malah tidak pernah pergi ke negara berkenaan.
Thursday, February 19, 2015
Dakwaan Sirul Ada Mengarahkannya Adalah Sampah.
Dakwaan kononnya Sirul mendapat perintah untuk membunuh Altantuya adalah sebenarnya rubbish.
Atau mungkin juga benar tapi tidaklah melibatkan pemimpin pemimpin UMNO. Apapun dakwaannya selepas ini. Sirul telah terlibat secara langsung di dalam membunuh mati Altantuya. Wajar dia menerima hukuman.
Sepatutnya kan ketika di dalam proses perbicaraan di dalam Mahkamah, dia telah mendedahkan individu yang terlibat tanpa prejudis. Supaya dengan itu hukuman yang dia terima tidak sampai melibatkan hukuman mati.
Jadi wajarlah Ketua Polis Negara, tidak bersetuju untuk membuat siasatan lanjut berdasarkan dakwaan terbaru Sirul. Sebab siapa pun boleh cakap dari belakang.
Harus kita faham, sama ada pemerintah Australia atau pemimpin pembangkang di negara ini, mereka telah menangguk di air yang keruh. Jadi mereka ini sebenarnya dari kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Rumah siap pahat berbunyi.
(Hanya kerana kejadian bunuh Altantuya berlaku semasa dalam pentadbiran UMNO maka di tuding ia sebagai kerja pemimpin UMNO) Sampah.
Road Show Dedah Liwat 2 Tidak Perlu
Road Show dedah liwat 2 tidak perlu dilakukan. Sebab namanya penyokong PR tetap mereka menyokong PR. Begitu juga dengan penyokong parti pemerintah yakni BN tetap setia pada parti selagi pada pendapat mereka ia boleh mendatangkan untung atau saja kepuasan.
Road show samalah ertinya dengan fakta yang benar tapi dibutakan oleh penyokong PR.
Kalau tujuan road show untuk mempengaruhi masyarakat. Masyarakat pro BN lah yang telah memenangkan calon BN di kebanyakan tempat bukannya ahli parti ertinya mereka masyarakat akur dengan perlembagaan yakni hukum yang telah mendapati Anwar bersalah sejak lagi kes liwat 1 serta selama ini mereka berterima kasih pada kerja berkebajikan pemerintahan BN.
Jadi apa dia punya keperluan. Mohon pencerahan.?
Wednesday, February 18, 2015
Anwar Tidak Pernah Menghantar Bekas 2nd Boss KFC Berunding Dengan Anifah.?
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah menghantar bekas timbalan pengerusi KFC Holding (M) Bhd Datuk Ishak Ismail sebagai ejen untuk berjumpa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan meminta beliau melompat parti. (Ini catatan dari portal Malaysiakini)
Anwar memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi atas samannya terhadap Anifah. Usai Anwar memberikan keterangan, dia balik ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman selama tempoh lima tahun penjara.
Bersamaan dengan kenyataan sebelum ini, Datuk Ishak Ismail menafikan tidak pernah berhubung dengan mana mana wakil Anifah Aman untuk membuat sebarang urusniaga. Sebaliknya orang tengah Anifah yang cuba mendekati dirinya agar Anwar menarik balik saman terhadap Anifah.
Ertinya Anwar tidak merancang sebarang gerakan sulit yang melibatkan Anifah Aman, tapi Anifah yang memfitnah Anwar.? Sebenarnya tidak, hanya Anifah yang kekurangan bahan bagi membuktikan Anwar ada menawarkan sejumlah wang untuk membentuk kerajaan PR sekitar tahun 2008.
Adapun tawaran melompat katak oleh Anwar memang ada tinggal lagi Anifah menolaknya selepas beberapa tempoh. Bila kita kata "tempoh" ertinya ada urusniaga tapi tidak jadi.
Tuesday, February 17, 2015
Ceramah Jangan Menyerah Kalah, Tidak Mendapat Sambutan.
Bertarikh 17hb, berlangsung satu ceramah politik, "jangan menyerah kalah" yang dianjurkan oleh DAP bertempat di Gurun, Kedah. Ekoran hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar.
Sehingga saat ini ceramah berkenaan masih tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat.
Ini juga bermaksud pengaruh PKR dan DAP semakin hambar.
Apa Salahnya BN Memasang Calon Di PRK Chempaka.?
Apa salahnya kalau BN bertanding di DUN Chempaka. Apa yang tidak kena, kerja apa yang akan terjejas. Kerjasama memulihkan Kelantan dari kesan bencana banjir kah. Tapi kan boleh diteruskan selepas PRK.
Persoalan, akan timbul perasaan marah benci pada BN perkara lumrah di dalam politik. Jangan fikirkan sangat.
Jangan lupa UMNO dan PAS adalah parti yang berlawanan dan terus berlawanan sehinggalah ada ura ura yang jelas yang dua parti ini akan bersatu, nah pada ketika itu barulah tidak ada keperluannya BN turun bertanding. Ertinya budi bicara yang tidak diikat dengan kerjasama politik adalah pendekatan yang sia sia tidak pun ia menguatkan BN. Apa lagi di negeri totok pembangkang.
Tidak memasang calon di PRK Chempaka yang dikuasai oleh pembangkang pada masa yang sama terlalu mengutamakan kebajikan negeri negeri yang di perintah oleh pembangkang hanya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penyokong BN. Seolah olah negeri negeri kubo BN hanya di jadikan kilang kemenangan sedang negeri pembangkang dijaga rapi.
Rasa simpati atas pemergian Tok Guru Nik Aziz sudah berlalu. Telah pun masyarakat Malaysia termasuklah penyokong BN menyimpan simpati, diterjemahkan dengan menyedekahkan Al Fatihah. Ertinya kewajipan sesama umat Islam sudah ditunaikan. Jadi tidak timbul persoalan, alasan tidak bertanding sebab menghormati pemergian arwah Datuk Nik Aziz.
Secara peribadi admin berpendapat, sebaiknya BN meletakkan calon di PRK Chempaka. Jangan fikir bab kalah atau menang tapi jadikan alat untuk mengukur sejauh mana masyarakat terutamanya di DUN Chempaka menerima BN.
Tidak timbul soal kalah atau menang. Sebab jangankan menang di PRK sedang PRU sekalipun belum tentu BN mendapat kemenangan. Ini soal perjuangan.
Kalau selepas kerja berkebajikan masih tidak mampu menambah sokongan terhadap BN. Maka pendekatan yang baharu perlu difikirkan. Ini antara matlamat kenapa BN mesti bertanding di PRK Chempaka.
Konsep hanya bertanding di PRK Permatang Pauh tapi tidak PRK Chempaka, atas alasan yang tidak jelas, adalah alasan yang akan melemahkan UMNO.
Walaubagaimanapun kita akan akur, andai alasannya agak realistik yakni tidak melemahkan semangat juang masyarakat politik pro BN.
Monday, February 16, 2015
Baik CEO 1MDB Jawab Macam Ini.?
CEO 1MDB cuba bodohkan rakyat – Khairuddin. FMT Reporters | Feb 16, 15 5:39pm
Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang?
Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.
Beliau berkata, CEO 1MDB itu selalu memberikan kenyataan yang memutarbelitkan fakta dan bukan menjawab persoalan yang dibangkitkan.
“Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang? Di manakah duit 1MDB berada masa kini? ” soalnya dalam kenyataan media kepada Free Malaysia Today.
Beliau menambah, “Arul Kanda kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk bayar sejumlah RM2 billion hutang Maybank dan RHB Capital Bhd.”
Khairuddin turut mengulangi gesaannya sebelum ini berhubung status wang yang ditebus daripada pelaburan di Cayman Islands.
Menurut beliau, Lembaga Pengarah dan Presiden 1MDB gagal memberi jawapan berkenaan keberadaan wang berjumlah RM8.3 billion.
Sehubungan itu ujarnya, Arul cuba menegakkan benang basah apabila gagal memberi penjelasan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.
“Arul Kanda jangan terlalu banyak membuat kenyataan untuk memutarbelitkan fakta. Arul Kanda kena berani bercakap fakta yang hakikat, seterusnya memperbetulkan segala kelemahan yg sedang melandai 1MDB.
“Arul Kanda mesti bertindak secara jujur utk mengambil satu pendekatan proaktif bagi menyelesaikan kemelut 1MDB,” katanya.
Beliau juga mencabar CEO 1MDB itu untuk menyenaraikan hutang dalam dan luar negara syarikat tersebut serta membentangkannya kepada rakyat.
“Begitu juga dengan menyenaraikan keseluruhan aset 1MDB agar rakyat lebih jelas dan faham akan kedudukan 1MDB pada masa kini. Arul Kanda juga mesti menjelaskan tentang kedudukan serta ‘employment’ di dalam 1MDB.
“Adakah Arul Kanda dilantik dan digajikan oleh 1MDB ataupun adakah hanya bersama 1MDB untuk menjaga kepentingan syarikat kewangan dari Abu Dhabi?” soal Khairuddin.
Ulasan
Baik CEO 1MDB jawab. Sebabnya ialah kerana pelaburan 1MDB belum lagi mencatatkan keuntungan. Melabur memang begitu, bukan hari ini melabur esok pagi untung. Sebab itulah 1MDB terpaksa membuat pinjaman kewangan dari dua bank, Maybank dan RHB Capital Bhd untuk mengurangkan beban.
Untuk mendapatkan keuntungan, perlu lah memakan masa yang panjang. Itupun belum tentu mendapat untung, namanya berniaga.
Walaubagaimanapun kita bersetuju agar pihak 1MDB menyenaraikan semua jenis pelaburan yang telah diceburi.
Apa nak risau senaraikan saja lepas itu paparkan kepada umum, supaya dengan itu tidak lagi kedengaran suara suara yang tidak berpuashati. Tapi perlukah.?
Kalau sebelum ini yang menjadi persoalan ialah kenapa 1MDB rugi. Sedang benar pelaburan ada berlaku, admin ingat ia bukannya persoalan yang wajar untuk ditimbulkan. Sebab kita perlu ingat, bagaimana pula kalau sebelum ini 1MDB mencatatkan keuntungan. Tidak kah kita akan melontarkan pujian yang menggunung.
Kumpulan Anak Muda Malaysia 2015, Ancaman Keganasan.?
Kumpulan ini nampak ganas tapi tidak bertepatan dengan apa yang mereka akan lakukan. Hanya membakar mercun di hadapan bangunan kehakiman pada malam 18hb Februari 2015 bersamaan dengan hari menyambut Tahun Baru Cina 2015. Nampak remeh, bodoh dan lucu kan. Heheh.
Antara sebab kenapa mereka bertindak adalah untuk kononnya menentang sistem kehakiman/demokrasi yang kononnya telah tercemar.
Kalau tercemar tidak lah Pulau Pinang dan Selangor kekal menjadi negeri pembangkang. Begitu juga dengan pertambahan kerusi Pembangkang di negeri Sabah. (Tidak akan kekal dan bertambah kalau sistem demokrasi telah tercemar)
Begitu juga dengan keputusan mahkamah sivil Seperti contoh kes saman terhadap akbar Utusan dan banyak lagi kes yang dimenangi oleh pembangkang. Ini menunjukkan sistem kehakiman negara tidak tercemar.
Hanya benar selagi mana isu itu menguntungkan pembangkang. Alahai.?
Tapi kewujudan kumpulan ini tidak boleh dipandang ringan. Ada mungkin perancangan keganasan selepas mereka Kumpulan Anak Muda Malaysia 2015 dinilai sebagai bodoh. Siapa yang tahu.?
Mulanya mereka menggerakkan kerja yang nampak bodoh dan bodoh dan bodoh sehinggalah masyarakat percaya yang mereka bodoh. Tapi selepas itu mungkin ada kejadian yang kita tidak ingini yang menggugat kesejahteraan negara. Siapa yang tahu.?
Umpama cerita serigala dengan budak gembala. Bila orang sudah tidak percaya, akhirnya ada yang menjadi korban.
Penjaja Cina Naik Angin Selepas Gerainya Di Sita
Seorang penjaja/peniaga berbangsa Cina meradang selepas gerainya di sita oleh pihak MPSP, Selangor.
Selepas kejadian, peniaga yang terbabit menulis perkataan Cina pada bajunya sebagai tanda protes, yang bermaksud.
Rocket(DAP)naik langit, penjaja pun balik langit. (Balik langit dalam bahasa Mandarin bermaksud MATI)
Nah nampak sudah kan, sebenar mana politik DAP memperjuangkan nasib masyarakat. Sebelum mendapat kemenangan berbagai janji manis yang dihidangkan. Antaranya kesaksamaan hak pada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum. Tapi apa yang berlaku, baru dua penggal menjadi pemerintah tempatan .? Bangsa sendiri pun menjadi korban.
Itu belum lagi DAP menjadi pemerintah negara.
Anwar Pernah Di Tawarkan Jawatan TPM Oleh Najib.?
Siapa yang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah. Bahwa Anwar pernah ditawarkan oleh PM Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas PR mendapat undi popular 52% pada PRU akan lepas. Tapi kononnya Anwar menolak atas dasar prinsip perjuangan parti.
Dia mengeluarkan kenyataan diatas ketika berucap di satu ceramah politik di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada malam semalam.
Kenyataan yang sukar dipercayai disebabkan oleh beberapa perkara. Kenapa cerita sedemikian baru ditimbulkan selepas Anwar terputus dari dunia politik, siapa yang boleh mengesahkan tawaran berkenaan.?
Harus ada jalan ceritanya, dimana dan bila berlakunya tawaran jawatan, siapa yang menyaksikan, siapa individu yang terlibat. Ini semua harus jelas. Tidak boleh main cakap begitu saja. Kita pun boleh kata apa pun macam segelintir pemilik akaun bunian.
Betul tidak.?
Statistik Mengikut Negara, Dimana Wartawan Terbunuh Ketika Membuat Liputan.
Statistik mengikut negara dimana wartawan terbunuh ketika membuat liputan berita.
Statistik menunjukkan dari 1992 sehingga 2015. Dalam tempoh itu, tahun paling banyak wartawan terkorban ialah pada tahun 2009 dan 2012.
Apa yang membanggakan kita rakyat Malaysia. Tidak pernah sekalipun wartawan terbunuh ketika membuat liputan, walaupun liputan itu melibatkan peperangan sepertinya di Tandoa, Lahad Datu, Sabah.
Menunjukkan negara Malaysia cukup aman. Terhindar dari kekejaman terhadap pengamal media. Media bebas melaporkan apa yang berlaku.
Jadinya kita masyarakat Malaysia yang hidup di zaman ini jagalah kesejahteraan yang kita nikmati. Hormati anggota keselamatan yang bertanggungjawab keatas keamanan negara. Siang malam mereka berjaga hanya untuk memastikan kita selamat.
Alhamdulillah, semoga berkekalan.
Sunday, February 15, 2015
Dialog Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Pasal Anwar Ibrahim
Kes Anwar bukan satu konspirasi
m.utusan.com.my
MUKADIMAH : KES Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat. Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang masih berlegar itu, wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, AMIRUDDIN HARUN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewancara TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH yang dilantik mengetuai pendakwaan kes itu pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, keterangan terhadap Anwar dalam kes ini terlalu kuat untuk membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah sehingga tidak seorang pun daripada 14 orang peguam Anwar berani mempertikaikan fakta kes tersebut.
"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya.
MINGGUAN: Selepas 10 Februari lalu, Tan Sri berkata secara profesional berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan berpendapat bahawa keadilan akhirnya ditegakkan. Bagaimana pula secara peribadi?
MUHAMMAD SHAFEE: Dari segi peribadi, saya tidak ada isu langsung sebab itu satu tugas yang diberikan kepada saya oleh Peguam Negara. Jadi saya laksanakan. Kalau ada pun dari segi peribadi, hanya berkenaan sama ada saya sendiri percaya dengan kesalahan Anwar sebelum saya membuat tugas rasmi tersebut. Sebab, kalau saya sendiri tidak percaya dan saya rasa dia dianiayakan, saya tidak akan buat kes itu. Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas. Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar salah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik.
Jadi, Mahkamah Rayuan kata kalau itu sahaja sebabnya, sebab itu tidak bagus kerana kita ada banyak kes keadaan yang sama. Ada kotak yang hancur tetapi di dalam kotak itu ada bahan bukti yang termeterai dalam plastik-plastik berasingan tetapi mahkamah terima asalkan boleh buktikan benda itu tidak tercemar. Semasa ahli kimia terima, dia kata sampel-sampel itu tidak tercemar dan masih lagi sempurna. Satu lagi perkara yang ketara ialah apabila ahli kimia periksa, dia dapat profil asid deoksiribonukleik (DNA) "Lelaki Y". Empat-empat itu dapat "Lelaki Y". Kalau kita bandingkan standard dalam dunia, negara kita dikatakan mempunyai keperluan yang paling tinggi sekali. Kita minta 16 bacaan sepadan.
Dalam tubuh kita, DNA kita ini, berjuta-juta dan trilion lokus (tempat) yang kita ada. Cap jari kita pun berjuta-juta dan trilion lokus. Macam-macam punya berlainan tetapi kita perlukan 16 sahaja. Kalau 16 bacaan sepadan jari kita dengan cap jari, itulah orangnya. Kebarangkaliannya ialah satu bersamaan dengan beberapa quadrilion, bukan trilion. Ertinya mustahil orang lain yang ada sama cap jari termasuk dengan dia (Anwar) ini. Tidak ada jari orang lain yang sama bacaan dengan bacaan yang kita kata 16 tadi.
Sebab negara kita, ada undang-undang yang tidak wajibkan DNA diberi secara sukarela oleh orang yang kena tuduh seperti Anwar. Negara-negara lain diwajibkan. Kalau tidak beri, akan jadi kesalahan undang-undang. Oleh sebab itu, Anwar ambil kesempatan tidak mahu beri langsung DNA. Kalau dia tidak salah, apa yang dia takut tetapi itu hak dia. Apabila dia ditangkap, DNA Saiful sudah hantar kepada ahli kimia dan ahli kimia sudah tahu keputusan tetapi kita tidak tahu siapa "Lelaki Y". Apabila Anwar ditempatkan di dalam lokap, dia diberi tuala Good Morning, berus gigi dan ubat gigi. Dia sendiri bawa masuk satu botol minuman. Isterinya beri dia dua helai tuala yang bersaiz medium.
Apabila dia bangun pagi itu, dia sudah gunakan berus gigi dan ada pengawal yang dengar dia memberus gigi. Air itu juga habis dia minum tetapi botol dia tinggalkan. Dia tinggal ubat gigi, berus gigi dan tuala Good Morning. Yang ini dihantar kepada ahli kimia yang lain. Ahli kimia yang pertama itu namanya Dr. Seah Lay Hong. Ahli kimia kedua yang pakar DNA ini namanya Nor Aidora Saedon. Dia memeriksa DNA tanpa tahu menahu siapa punya DNA, tetapi dia diberitahu lokus yang sama untuk buat perbandingan. Apabila dia periksa, dia pun kata "Lelaki Y" tetapi tidak tahu profil DNA "Lelaki Y" yang itu dan yang ini, sama atau tidak. Apabila Nor Aidora bandingkan, 100 peratus sepadan. Habis cerita. Begitulah betapa kukuhnya kes ini.
Dalam kenyataan Tan Sri tentang ”Anwar Ibrahim Verdict”, kenapa Tan Sri mengharapkan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara membaca fakta secara teliti dalam penghakiman sebelum membuat kesimpulan?
MUHAMMAD SHAFEE: Oleh sebab kes kita ini amat kuat. Keterangan terhadap Anwar ini terlalu kuat. Kita tidak boleh pertikai. Tak boleh hendak kata apa-apa pun berkenaan dengan fakta ini. Kalau saya jadi peguam bela dia pun, saya pening kepala sebab keterangan memang kuat. Jadi, oleh sebab keterangan itu kuat, kita berani kata sila masuk, kita tengok keterangan itu. Jangan cerita benda-benda lain. Konspirasilah, itulah dan inilah, semua itu cerita politik untuk propaganda. Kalau kita hendak tahu orang ini dianiayakan atau tidak, kita tengok fakta kes. Mereka tidak berani masuk fakta kes. Saya tidak pernah dengar sekalipun dalam mahkamah dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan yang Anwar kata itu bukan DNA dia. Apa yang dia pertikaikan ialah cara DNA itu dikaji, cara analisis itu semua dia kata teknik salah.
Apabila dia beri keterangan dari kandang tertuduh (dock), bukan kandang saksi, jadi dia tidak boleh disoal balas. Jadi, dia penakutlah dan ada yang dia nak sembunyi. Selalunya keterangan dari dock ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya. Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi. Walhal subjek, Saiful ini tujuh hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat.
Anwar dan penyokong beliau masih anggap ini merupakan konspirasi politik dan bukan kisah aduan “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya. Apa komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Kalau konspirasi politik, ini bukan baru bermula. Ia bermula daripada kes liwat pertama. Kalau begitu konspirasi, orang yang harus masuk dalam konspirasi ini ialah Karpal Singh juga sebab dia timbulkan perkara ini dalam tahun 1997, setahun sebelum Anwar dibuang kerja. Kita hendak tanya Anwar, konspirasi itu apa maksudnya? Apakah konspirasi untuk kenakan dia atas perkara memang dia lakukan atau konspirasi kenakan dia atas perkara dia tak pernah lakukan. Kalau dia lakukan, kalau orang kata kita perlu siasat dan kenakan dia, itu bukan konspirasi yang salah di sisi undang-undang. Polis pun pakat kalau hendak siasat kes tetapi itu konspirasi yang tidak ada maksud membuat kesalahan undang-undang, sebab itu hak polis untuk siasat termasuk kes liwat kedua ini.
Orang tanya kenapa Saiful pergi jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum dia kena liwat pada 26 Jun 2008. Menurut Saiful, dia sudah hilang akal berkenaan kepada siapa dia hendak laporkan kerana ini Anwar, Ketua Pembangkang. Dahulu pun, Anwar menang kes itu. Apabila Saiful datang jumpa, Najib terus katakan tidak boleh dan nasihatkan Saiful jumpa Ketua Polis Negara (KPN) pada masa itu. Najib beritahu Saiful perkara ini amat sensitif dan tidak mahu orang buat tuduhan.Apabila Saiful hubungi KPN, beliau pula minta Saiful jangan telefon dia lagi kerana ingat Saiful main-main. Jadi, Saiful serba salah. Apabila perkara 26 Jun 2008 berlaku, Saiful letak jawatan kerana tidak sanggup diliwat lagi sebab sembilan kali dia kena. Saiful kata dia tidak rela tetapi terpaksa menyerah kerana dominasi Anwar terlampau kuat. Hari itu, Saiful kata tidak mahu tetapi Anwar marah dia dan minta dia masuk ke dalam bilik.
Kita hendak tanya di mana kita boleh dapat air mani Anwar? Bukan dia simpan dalam bank. Bukan hanya air mani tetapi air mani itu ada sperma. Dalam kes ini, oleh sebab antara 48 hingga 56 jam, ekor sperma sudah putus sebab proses pembusukan sudah berlaku tetapi tidak begitu ketara. Sebab itu ekor sperma itu tidak ada. Ahli kimia kata proses pembusukan itu tidak mencemarkan. Dia mendapat DNA daripada kepala sperma. Apabila dia pecahkan tiap-tiap kepala, dia ekstrak DNA. Itu yang 16 bacaan menunjukkan Anwar.
Walaupun dengan bukti-bukti kukuh ini, penyokong Anwar masih tidak percaya insiden liwat ini benar-benar berlaku tetapi masih menganggap satu konspirasi.
MUHAMMAD SHAFEE: Dalam mahkamah, peguam Anwar sendiri tidak kata itu bukan dia punya DNA. Jadi, apa yang penyokong-penyokong bising. Peguam dia 14 orang, tidak pernah seorang pun kata itu bukan dia. Hanya mereka mempertikaikan proses analisis. Itu sahaja. Kalau proses analisis itu, macam mana dapat 16 daripada 16 bacaan.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengatakan hukuman penjara lima tahun itu ialah pengorbanan Anwar untuk rakyat Malaysia. Tidakkah ini mengelirukan rakyat?
MUHAMMAD SHAFEE: Mana ada pengorbanan. Kalau pengorbanan, dia mengaku salahlah. Yang itu baru kita kata korban. Ini dipaksa masuk dalam penjara sebab didapati bersalah sebab dia bohong daripada awal. Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.
Anak perempuan Nurul Izzah ada bertanya kepada Anwar, “Atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?” Anwar cakap kepada cucunya, “Orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara.” Komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Saya rasa kalau dia kata orang jahat, bukan sahaja mahkamah, dia maksudkan ada konspirasi dengan kerajaan, menteri-menteri, Perdana Menteri, Pendakwa Raya dan polis pun termasuk. Kita tengok konspirasi ini. Ada satu kes di India melibatkan Sushil Sharma yang dipanggil sebagai kes pembunuhan Tandoor. Dia orang politik di Delhi, Ketua Pemuda Parti Kongres, seorang yang berpengaruh. Dia bergaduh dan menembak mati isterinya. Dia bawa mayat perempuan itu ke restorannya dan dimasukkan dalam tandoor untuk dibakar bagi hancur tetapi badan manusia bau kuat.
Polis pun tengok dan nampak ada kaki dan jari tetapi badan hampir hancur. Itu pun DNA ahli politik ini dipertikaikan. Dia kata konspirasi daripada polis, ahli kimia, kerajaan dan macam-macam lagi untuk jatuhkan karier politiknya, sama seperti Anwar tetapi semua bahan bukti ini sudah diperolehi. Dia pun buat alibi tetapi tidak pakai alibi tetapi dia lari dari tempat itu. Dia pun beri keterangan dari dock, macam Anwar 100 peratus.
Kalau konspirasi, mesti ada konspirasi daripada Saiful, kerajaan dan mungkin Kabinet, polis dan empat doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tetapi yang doktor ini menarik. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi ke Hospital Tawakal dahulu tetapi diberitahu hospital itu beroperasi sampai tengah hari dan tidak ada doktor.
Baru dia pergi ke Hospital Pusrawi dan jumpa dengan doktor dari Myanmar yang mahkamah kata tidak jujur. Memang dia mengaku dia buat itu semua silap. Benda yang dia tidak pernah tulis dalam rekod, selepas tiga minggu baru dia tulis untuk menyokong Anwar. Dia yang kata Saiful kena pergi HKL sebab di situ tidak ada forensik.
Apabila sampai HKL 3.30 petang, akhirnya Saiful diperiksa pukul 9.30 malam. Kamu fikirlah kalau ada konspirasi, takkan mereka tidak aturkan untuk permudahkan. Selain itu, ahli kimia pun kena masuk konspirasi. Dua ahli kimia; seorang Cina dan seorang Melayu. Doktor pun ada satu Cina dan tiga Melayu. Selepas itu pegawai penyiasat, timbalan pendakwa raya yang awal dan saya pun mesti ada dalam konspirasi dan hakim pun mesti konspirasi, tetapi hakim pertama buang kes. Mana ada konspirasi.
Kes jenayah ini, semua dikatakan konspirasi, sebaliknya apabila kes sivil yang banyak mereka menang tidak pula dikatakan konspirasi?
MUHAMMAD SHAFEE: Hakim yang dia maki hamun di Mahkamah Tinggi, hakim itu yang bebaskan dia. Apabila hakim itu bebaskan dia, dia kata keadilan ditegakkan. Cuba tengok dalam kes liwat satu, Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Mereka ada baca penghakiman tentang Anwar. Dalam itu, dia kata macam-macam pasal Anwar. Seorang peguam Anwar masa itu, Christopher Fernando muncul di televisyen dan menyatakan ini hari paling istimewa bagi badan kehakiman sebab buang kes ini. Selepas itu, mereka baca keputusan dengan terperinci. Hakim kata, walaupun Anwar dilepaskan atas dasar teknikal, ada bukti-bukti menunjukkan dia homoseksual. Ada aktiviti itu berlaku di Tivoli Villa.
Pada 2014, mereka cuba buat satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk buangkan kenyataan-kenyataan berkenaan yang hakim Mahkamah Persekutuan dahulu kata, tetapi hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu kata tidak boleh kerana ini dapatan fakta daripada mahkamah. Dia kata, kita kekalkan sebab ada dasar dan sebab kukuh kenapa dapatan fakta itu dibuat. Jadi, ia jadi lebih konkrit.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyatakan Ketua Pembangkang sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C iaitu bagi kesalahan lebih berat yang akan mendedahkan Anwar kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun. Soalnya, kenapa pasukan Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B yang tidak menetapkan tempoh penjara minimum?
MUHAMMAD SHAFEE: Dalam kes 377C, kita harus tunjukkan dengan begitu jelas yang tidak ada kerelaan dia dan dibuat dengan paksaan. Jadi, Peguam Negara mungkin kata kenapa hendak pergi melalui jalan itu kerana kesalahan itu memang kesalahan, sama ada dengan kerelaan Saiful atau tidak. Hukuman maksimum penjara 20 tahun juga.
Kalau Anwar kena 377C, hukuman penjara minimum lima tahun. Kalau minimum lima tahun, dia mesti terpaksa kena penjara tujuh atau lapan tahun. Lagi satu, dia kena rotan. Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan kecuali kes 377C sebab kes itu serius. Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun. Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara.
Datuk S. Ambiga menyatakan dia kecewa kerana Tan Sri "menyerang" Anwar apabila mengeluarkan kenyataan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun bagi pertuduhan liwat. Tan Sri juga didakwa melanggar hak asasi manusia apabila "menyerang" Anwar yang tidak boleh mempertahankan diri. Komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Saya hanya keluarkan kenyataan sebab mula-mula Christopher Leong kata ini bukan pendakwaan tetapi penganiayaan. Sebagai Presiden Majlis Peguam, dia tidak boleh bercakap macam itu. Ertinya apa? Mahkamah buat aniaya, saya buat aniaya dan polis semua buat aniaya. Takkan saya tidak ada hak asasi saya sebagai Pendakwa Raya untuk menegakkan apa yang saya buat itu betul. Saya hanya menjawab. Dia yang buka pekung dulu.
Kemudian Ambiga masuk buat cerita Barisan Nasional (BN) salah langkah untuk mempenjara Anwar. Adakah mahkamah itu sebahagian BN? Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya.
Bagaimana dengan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Adakah ia akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman? Tempoh itu mungkin lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong?
MUHAMMAD SHAFEE: Anwar ada 14 hari untuk kemukakan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi yang peliknya, kalau kita hendak minta ampun, kita mesti kata kita salah dan minta ampun. Boleh kita kata kita tak salah tetapi kita hendak minta ampun. Kedua, ini bermaksud dalam 14 hari itu dia masih lagi Ahli Parlimen. Selepas 14 hari itu pun dia masih lagi ahli Parlimen. Sebab badan Parlimen kena bersidang dan membuat keputusan berdasarkan kes ini, dia harus disingkirkan, barulah keahlian hilang. Ini berdasarkan kes Ahli Parlimen daripada DAP, Fan Yew Teng pada 1975.
Sistem kehakiman dan mahkamah kita pada mata dunia sudah teruk sebab diburuk-burukkan dan dihentam. Bagaimana hendak memulihkannya?
MUHAMMAD SHAFEE: Apabila mahkamah buat keputusan setiap kes, hakim mesti tulis alasan penghakiman. Alasan penghakiman itu akan menunjukkan cara perjalanan otak hakim tersebut. Kalau tersalah tulis atau tersalah penghakiman, ia akan tertera dalam tulisan tersebut. Orang boleh baca. Jadi, standard alasan penghakiman mesti dipertingkat. Jadi, bukan sahaja kita tahu bahawa kita buat penghakiman yang baik tetapi orang juga harus tahu dengan membaca alasan yang kita buat keputusan yang baik. Jadi, penghakiman berlaku dan penyaksi penghakiman dilakukan juga mesti ada. Itu dalam bahasa Inggeris kata “not only justice must be done but justice must be seen to be done”. Sebab baru ada keyakinan.
Cara kita kendali dalam mahkamah pun mesti baik termasuk etika dan cara kita dengar. Saya percaya orang Melayu paling bagus sebagai hakim. Kita sabar dan tidak mudah hilang sabar. Bukan kita hendak jadi rasis tetapi peguam bangsa lain pun kata Melayu lebih bagus sebab kita sabar. Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya dah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya. Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.
Artikel diatas saya Copy Paste dari portal berita Utusan.
Yang memelikkan, tidak portal Malaysiakini menulis kenyataan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti mana diatas. Tapi kalau isu itu menguntungkan PR secepat kilat mereka paparkan. Nampak sangat portal Malaysiakini tidak adil di dalam melaporkan senario politik.
Saturday, February 14, 2015
Kempen Boikot Petronas Oleh Cina Terutamanya DAP
Kempen boikot oleh Cina terutamanya penyokong DAP terhadap Petronas. Tidak mereka membeli minyak dari stasion minyak Petronas. Ini mungkin rentetan kenyataan Datuk Ismail Sabri, perihal penurunan harga jualan oleh peniaga, terutamanya di kalangan peniaga kaum Cina. Tapi telah disalah ertikan oleh MCA hingga mencetuskan pergolakan dalaman BN.
Mereka kreatif di dalam menganjurkan boikot. Isu boikot memboikot akan berlanjutan. Ini yang admin ingin sampaikan. Sedang kita politik BN hanya menggunakan kudrat mulut, kesannya kurang jelas. Yang terhasil hanyalah perpecahan.
MCA harus memainkan peranan, jangan hanya sibuk menjaga kenyataan dari lain pemimpin pemimpin BN. Lawan politik MCA ialah PR, terutamanya DAP, ini perlu di tewaskan.
Walaupun hakikatnya admin faham permainan MCA itu mereka nampak terlebih. He
Tidak Bersetuju Dengan Gabungan NGO India, Perihal Islam
Tidak berapa bersetuju dengan kenyataan atau tindakan gabungan NGO India di negara ini. Perihal penyebaran Kitab/buku terjemahan dari bahasa Arab (Al Quran) kepada bahasa Tamil, Cina, Melayu dan Inggeris lalu disebarkan.
Pada pendapat NGO berkenaan menyebarkan buku terjemahkan Al Quran kepada mereka yang bukan beragama Islam sepertinya penganut agama Hindu adalah perkara yang tidak wajar. Sebab kata mereka setiap bangsa punya kepercayaan agama mereka yang tersendiri, dengan berbuat demikian, akan mengelirukan mereka.
NGO berkenaan merujuk pada perlembagaan, Perkara (3)1 dari konteks kebebasan beragama walaupun Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Ah disini, admin kurang bersetuju.
Sebaliknya harus NGO berkenaan menghormati perlembagaan. Termaktub agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Maksudnya tidak hanya Islam dilihat seperti lukisan yang terpampang kaku sampai masanya ia dibuang. Tapi lebih daripada itu.
Islam itu harus disebarkan ke seluruh alam. Soal ia diterima atau tidak oleh individu yang bukan beragama Islam itu hak mereka. Adapun Islam mesti di suburkan dan ia telah menjadi tugas pemerintah.
Menolak penyebaran agama Islam samalah ertinya tidak menghormati perlembagaan, sekaligus tidak mengiktiraf Raja yang telah mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi negara. Derhaka.?
Diharap agar NGO berkenaan tidak terkena cucukan kumpulan masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Rentetan penolakan penggunaan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam, oleh badan kehakiman. Sedangkan kehakiman sebahagian daripada perlembagaan.
Senang jak kalau ingin hidup harmoni di dalam negara, hormati perlembagaan yang telah termaktub lama.
Ikut Serta Di Perhimpunan Alah Reformasi Adalah Sia Sia
Dengar khabar pada hari ini ada berlangsung perhimpunan reformasi untuk Anwar Ibrahim di hadapan bangunan Sogo. Seperti mana gambar yang tersisip. Alah reformasi tercetus sejak pihak Mahkamah mendapati Anwar Ibrahim ada melakukan liwat seperti yang di dakwa oleh Saiful.
Itu mereka yang terlibat secara langsung tidak kah mereka terfikir. Sebelum mereka ada seorang individu yang dikenali sebagai Chegubard, cukup lantang membela nasib Anwar Ibrahim ekoran juga dakwaan liwat terhadap Anwar. Terguling terlolong terlopong di tengah jalan hanya kerana Anwar. Pengorbanan yang cukup tinggi dari masyarakat kepada seorang pemimpin politik pembangkang.
Sekarang Chegubard tidak lagi bernilai, tidak lebih dari sampah di tepian jalan. Keahlian PKR nya di tarik balik tanpa proses perbicaraan dari pentadbiran parti. Malah segala pengorbanannya dibahasakan sebagai kehendak atau perjuangan peribadi Chegubard semata-mata oleh Wan Azizah isteri kepada pemimpin yang membuat dia terguling guling. Terlalu hina manusia seperti ini, meminum keringat orang.
Tidak hina kah tindakan yang dikenakan terhadap Chegubard, memperjuangkan kepimpinan tertinggi PKR. Mahu saja penyokong berkorban untuk mereka atas nama kesetiaan terhadap pemimpin di dalam sistem demokrasi tapi mereka sendiri tidak menghormati hak penyokong di dalam demokrasi. Tidak kah itu lebih dari perlakuan seorang munafik.?
Maka itu remaja belia yang terpalit yang turut serta sebagai jentera kononnya reformasi, berundurlah sebelum terlambat. Sedarlah, apa yang kamu buat sekarang tidak ia mampu menyentuh hati para pemimpin malah keluarga pemimpin PKR itu sendiri. Macam itu angin yang berlalu. Pengorbanan kamu nanti di tong sampah kan hanya sedikit kesilapan yang kamu lakukan, di kemudian hari.
Beringatlah, jangan sesekali berkorban untk pemimpin atau individu yang tidak berani berkorban untuk anda. Bohong perjuangan yang sangat sia sia.
Belum nampak lagi.?
Benarlah, maka sewajarnya lah Anwar Ibrahim disabitkan sebagai bersalah.
Kurangnya Majoriti Parti Yang Menyandang Adalah Kemenangan Kepada BN
Saya menimbulkan persoalan PRK Cempaka, Kelantan. Sejauh mana masyarakat politik PAS menilai BN selepas pelbagai bantuan yang di hulurkan. Tidak berniat untuk mengungkit tapi sekadar ingin tahu, sejauh mana BN di terima oleh penyokong pembangkang.
Hasil pertanyaan, ada yang berpendapat serba sedikit sikap PM Najib Razak telah merubah ketaksuban segelintir penyokong pembangkang (mereka yang benar benar memahami politik). Apa lagi selepas PM Najib Razak hadir di upacara pengebumian Datuk Nik Aziz.
Maka itulah selepas ini jentera UMNO harus lebih tajam pada masa yang sama jangan terlalu memperlekeh lawan. Seperti mana PM Najib Razak sentiasa bersikap positif terhadap tekanan lawan. Hormati lawan pada masa yang sama mereka yang melanggar perlembagaan serahkan pada penguatkuasa.
Siapa lah agaknya calon BN di PRK Cempaka nanti ya.?
Keputusan dari PRK ini sejenis kayu ukur kepada kuat lemaknya parti parti politik tempatan. Seperti mana nanti di PRK di Permatang Pauh.
Pokoknya berkurangnya jumlah majoriti parti yang menyandang adalah kemenangan besar pada BN.
Benar tu kata PM Najib Razak dari konteks kemenangan BN di Teluk Intan. Mulanya kawasan pembangkang tapi berjaya diambil hasil kerja yang berkualiti.
“Kita tidak terburu-buru buat keputusan, kita akan mengkaji dan menyusun langkah yang tepat mengikut kesesuaian keadaan”, PM Najib Razak ketika mengulas kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Chempaka. Inilah yang dimaksudkan dengan kerja yang berkualiti.
Sedikit statistik kawasan yang bakal diadakan pilihanraya kecil. Dimana dua kawasan ini adalah kubo kuat pembangkang. Keputusan PRU13 yang lepas.
N06 Cempaka :- Majoriti pengundi Melayu.
Majoriti 6,500 milik calon PAS.
P044 Permatang Pauh :- Majoriti pengundi Melayu
Majoriti 11,721 milik calon PKR
Kita tunggu dan lihat, apa yang berlaku selepas ini.
Friday, February 13, 2015
Kematian Ditukar Kepada Keuntungan Politik : Almarhum Nik Aziz
Dakwaan liar tidak hanya seperti mana gambar. Ada lagi lebih daripada itu.
Sangatlah tidak senonoh kalau ekoran pemergian Datuk Nik Aziz pun ada ahli PAS yang mempolitikkannya.
Selepas seseorang itu pergi menghadap Tuhannya tidak ada lagi yang tinggal di dunia ini kecuali perbuatan baiknya.
Perbuatan mencipta selepas itu menambah lalu menyebarkan cerita, sama ada benar atau palsu untuk tujuan tertentu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Ingat sedang meminta puji ketika hidup pun boleh dihukum sebagai riak, apa lagi ketika menghadap Tuhan. Biarkan saja pemergian pemimpin politik dengan tenang. Kalau mahu melangsungkan perjuangannya, lakukan sesuatu dengan kudrat yang ada, jangan bergantung pada sejarah.
Seolah olah kematian di tukar kepada keuntungan politik.?
Majlis Peguam Vs Peguam Negara : Anwar
Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam kenyataannya berkata, Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 377A.
Seksyen 377B memperuntukkan bahawa individu yang melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam Seksyen 377A boleh dihukum untuk tempoh yang mungkin dilanjutkan sehingga 20 tahun, dan boleh dirotan.
"Penting untuk diperhatikan bahawa Anwar tidak didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol, walau mungkin terdapat dakwaan berlaku paksaan semasa dalam persidangan.
Apa benar kenyataan ini.?
Ulasan.
Akibatnya bila ilmu guaman diserap masuk di dalam politik. Keprihatinan tidak lagi diambil kira apa yang penting usaha supaya lawan kelihatan sentiasa salah.
Kenyataan diatas telah dibidas oleh Peguam Negara. Kenapa Anwar Ibrahim tidak dituduh dibawah seksyen 377C seperti yang didakwa.
Sebabnya mudah, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Kanun Keseksaan memperuntukkan dua keadaan bagi seseorang boleh didakwa bagi meliwat; Seksyen 377B yang menetapkan "dengan atau tanpa kebenaran" bukannya intipati dan Seksyen 377C adalah perbuatan meliwat dilakukan tanpa kebenaran atau paksaan terhadap orang lain.
Juga di bawah Seksyen 377C memperuntukkan jika sabit, pesalah akan dikenakan hukuman minimum 5 tahun penjara. Sedang seksyen 337B tidak menetapkan tempoh penjara minimum.
Ini kerana setelah panel hakim mengambil kira hasil dapatan daripada bukti dan hujah dari kedua belah pihak pendakwa dan pembela. Panel hakim berpendapat selayaknya Anwar dikenakan dibawah seksyen 377B. Yang agak ringan. Mereka tahu apa yang mereka buat, bukan buat saja saja.
Kesimpulannya kan tidak timbul isu, seolah olah keputusan panel hakim di pengaruhi oleh pihak ketiga atas tujuan politik. Kalau memang dipengaruhi boleh saja panel hakim sepakat mengenakan Anwar di bawah seksyen 377C agar Anwar duduk lama di dalam penjara sekaligus tidak lagi menjadi tentangan kepada BN.
Pelbagai kenyataan dari penganalisis politik dan khasnya mereka yang mengikuti perkembangan perbicaraan kes liwat Anwar.
Telah dijelaskan kenapa Anwar sabit atas tuduhan liwat. Sehinggalah selepas panel hakim memutuskan hukuman terhadap Anwar. Masih ada pihak yang berpolemik memaksa supaya pemerintah dilihat ada melakukan konspirasi menjatuhkan Anwar. Alahai