Saturday, February 28, 2015

Menolak Cadangan Salleh Said, Pasal Cengkaman Federal.

Apa maksudnya kenyataan yang bertujuan mendesak, supaya cengkaman Federal terhadap negeri Sabah di kurangkan. Terutamanya dalam hal penganugerahan projek/pembangunan dan lain lain.

Gesaan di atas dibuat oleh Datuk Salleh Said.

Sejujurnya kita kurang bersetuju dengan cadangan di atas. Kecuali lah ada mekanisme yang berkesan, jelas dan boleh dipercayai. Pun begitu jujur saya katakan, macam susah untuk berlaku.

Sebabnya struktur masyarakat Sabah sudah "berevolusi" macam ada kasta yang sengaja ditentukan oleh bangsawan jadian. Kumpulan jadian inilah yang pada kebiasaannya sering mendapat banyak kelebihan walaupun terpaksa menafikan hak orang lain.

Federal mesti diberikan kepercayaan atau kekuatan eksekutif, supaya mereka boleh menjadi penimbang tara kepada persoalan yang dihadapi oleh masyarakat atau pergolakan politik di negeri ini.

Pada masa yang sama biarlah pula selepas ini pegawai pegawai dari Federal lebih terbuka di dalam memberikan ruang dan peluang pada masyarakat biasa Sabah. Jangan hanya melihat pada pengaruh seseorang barulah diberikan perhatian walaupun sebenarnya tidak berkelayakan. Malah sepatutnya perhatian berkenaan diberikan kepada masyarakat biasa yang tidak berkelayakan tapi bersungguh di dalam mendapatkannya.

Menurut pakar politik antara faktor yang menjayakan sistem persekutuan atau Federal ialah kerana adanya kepentingan ekonomi di antara Federal dan wilayah. Selain faktor lain sepertinya keselamatan dan kepentingan masyarakat yang berbilang kaum.

Buat masa ini kita menolak cadangan di atas yang disyorkan oleh Datuk Salleh Said.


No comments: