Kalau tanya peniaga mereka punya alasan yang tersendiri. Begitu juga dengan penguatkuasaan, beribu rintangan yang mereka hadapi walaupun cukup sekadar alasan maka itu mereka tidak berupaya. Tidak kurang masyarakat yang tidak berkemampuan, baik dari segi kewangan atau saja kesungguhan dalam erti kata yang sebenarnya di dalam membendung kenaikan harga barang.
Walhal kita tahu apa yang berlaku. Faktor naik turun minyak sebenarnya tidak menjejaskan banyak pengilang, terutamanya pengeluar yang melibatkan kos bahan api. Kenapa, sebab kebanyakannya bekalan elektrik yang mereka dapat telah pun dimanipulasi. Sama ada tidak membayar/mencuri bekalan letrik atau saja mereka pengilang membeli bahan bakar yang bukan untuk komersial/Industri sebab murah.
Ertinya kan, kalau mereka tidak mahu menurunkan harga jualan, iya kuatkuasakan pemeriksaan terhadap bahan api. Kalau ini berjaya dibongkar, saya percaya mereka akan akur, terpaksa mereka membuat pilihan atau paling tidak pendapatan negara akan meningkat. Selepas itu pulangkan balik pada rakyat.
Friday, February 6, 2015
Harga Barang, Muhyiddin Mahu Penjelasan.?
Labels:
BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment