Fatwa agama Islam dari Majlis Agama Islam Malaysia atau saja dari mana mana agensi yang terlibat dengan hal hal agama. Termasuklah titah dari Sultan dan Raja yang menyentuh agama tidak akan memberikan kesan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini fakta kalau mengikut Perlembangaan.
Itu bererti tuntutan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan Islam akan mendapat kelulusan walaupun tidak secara rasmi. Satu hal yang terhasil daripada Perlembangaan sekular.
Pun begitu ia masih belum terlambat, masyarakat Melayu harus memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi kepada UMNO pada PRU yang akan datang agar Perlembangaan yang sedia ada boleh di pindah, dengan itu kesucian agama Islam mampu dipertahankan.
Walau bagaimanapun, Titah Raja atau saja Sultan tidak boleh di persendakan sebab harus di ingat, Raja/Sultan adalah ketua agama Islam di Malaysia. Siapapun tidak boleh mengingkarinya apa lagi melibatkan agama.
Lihat saja di negara England, kerabat di Raja England yang menjadi Ketua agama Kristian. Sanggup mengorbankan Prince Diana hanya kerana dia berkawan dengan seorang lelaki yang beragama Islam iaitu Dodi. Ini kerana Diana adalah bekas ahli kepada kerabat Diraja yang menjadi ketua agama Kristian dan dianggap hubungan mereka sebagai memalukan agama Kristian, sebab itu dia dikorbankan. Moralnya ialah Ketua Agama yakni Queen Elizabeth sanggup berbuat apa saja demi kesucian agama mereka. Nah begitu juga dengan Raja atau Sultan yang ada di Malaysia, mereka adalah ketua agama yang bertanggungjawab atas kesucian agama Islam. Maka itu harus di hormati oleh sesiapa sahaja.
No comments:
Post a Comment