Rupanya ada ramai penyokong PR termasuklah para Bloggersnya yang tidak faham pasal tuntutan kalimah Allah ni.
Mereka sedaya upaya cuba pula menyalahkan Perdana Menteri, sebab konon tidak memberi kata putus pasal hal ini, lucu bukan. Sudah berkali kali kali Perdana Menteri berpesan agar masyarakat ini senantiasa menghormati sensitiviti beragama. Contohnya dalam isu penggunaan kalimah Allah. Seharusnya ia tidak boleh timbul di negara yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia ni. Apa lagi negara ini telah mengangkat agama Islam sebagai agama rasminya.
Satu hal lagi yang tidak diketahui oleh macai dan bloggers PR ialah, siapa sebenarnya Ketua agama di peringkat negara dan negeri. Di Selangor Ketua agamanya ialah Sultan. Dan pastinya pihak Mahkamah berpandukan kuasa Sultan ini sebelum mereka memutuskan larangan penggunaan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Mulanya pihak gereja mahu tuntutan mereka di putuskan di dalam Mahkamah tapi bila keputusannya sudah di tentukan, mereka pula tidak mahu menerimanya. Apa dia punya maksud tu, ingin mendapat perhatian dari negara negara antarabangsa agar mereka di bela atau saja ingin mengwujudkan suasana huru hara. Secara logiknya kalau ini berlaku, maka pastinya Melayu Islam akan mendapat kemenangan besar. Jadinya?
Oh ya, Perdana Menteri tidak ada autoriti dalam memutuskan sama ada kalimah Allah boleh digunakan atau tidak. Sebab Ketua Agama di negara ini ialah Raja dan Sultan.
No comments:
Post a Comment