Berbaloi baloi sudah tu, Kerajaan menyediakan pelbagai prasarana yang menyenangkan di hampir semua negeri di Semenanjung. Jadi tidaklah sangat menyusahkan kalau kos sara hidup agak sedikit meningkat. Apa lagi kerajaan sedang berusaha keras demi memastikan harga barang tetap terkawal kalau adapun kenaikan tapi tidaklah keterlaluan. Penyokong PR harus memahaminya, ok.
Sebab itulah saya katakan, isu kenaikan harga barang yang cuba di propagandakan oleh jentera PR, hanyalah retorik politik yang tidak langsung datang dari niat hati mereka yang bersih. Ia hanyalah bertujuan politik semata-mata.
Persoalan ialah, kenapa isu ini terlalu diangkat sedangkan, mereka/PR sedar ada ramai lagi masyarakat BN yang redah lagi memahami pasal kenaikan harga barang selain kadar tarif letrik yang akan di naikkan begitu juga dengan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan tidak dilupakan pengenalan GST di tahun mendatang. Semua fenomena ini di fahami, sebab begitulah ceritanya kalau ingin melihat negara ini maju ke hadapan. Masyarakatnya harus bersedia menjadi sebahagian dari aktor kepada prinsip politik neoliberalism.
Berbalik kepada persoalan, kenapa. Kenapa isu ini terlalu diangkat oleh pihak lawan, sedangkan PRU masih jauh di hadapan. Apa ada kemungkinannya kalau mereka berharap masyarakat ini akan bangkit lalu memberontak ekoran konon himpitan hidup bawaan PR?
Bermaksud perhimpunan haram turun itu hari memang berniat untuk memberontak. Adeh
No comments:
Post a Comment