Showing posts with label Sidek Baba. Show all posts
Showing posts with label Sidek Baba. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Kekayaan keluarga Anwar tidak mengejutkan - Sidek Baba

KUALA LUMPUR 11 April - Tokoh akademik dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak terkejut dengan pendedahan beberapa blog mengenai aset bapa Ketua Pembangkang, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Menurut Sidek, ini adalah kerana beliau sedia maklum tentang kekayaan serta pemilikan saham, selain pelantikan Ibrahim sebagai ahli lembaga dalam berpuluh syarikat.

Pada masa sama, cerita berkait moral dan integriti Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berada dalam tangannya selepas membuat kajian selama tiga tahun.

"Saya mengkaji seluruhnya mengenai keluarga Anwar dan memang saya sedar mengenai perkara itu, bukan setakat soal saham (membabitkan Ibrahim) tapi hal-hal yang lain," katanya pada sidang akhbar Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa laman blog yang mendakwa bapa Anwar memiliki saham di 20 buah syarikat dan menjadi ahli lembaga pengarah di 50 buah syarikat lain ketika anaknya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Sidek yang juga bekas sahabat karib Anwar selama lebih 30 tahun berkata, walaupun sedar mengenai kekayaan Ibrahim, namun beliau memilih untuk tidak menjatuhkan sebarang hukuman kerana bukan sifatnya bertindak tanpa sebarang fakta lengkap.

Hal yang sama, jelas Sidek, berlaku dalam usaha beliau mengkaji kebenaran mengenai salah laku moral serta integriti Anwar selama tiga tahun.

Sepanjang pencarian kebenaran itu, Sidek menemu bual 28 saksi hidup sebelum membuat keputusan meninggalkan ketua pembangkang itu.

"Saya mengkaji dan mengutip pengalaman serta pendedahan mereka yang sangat rapat dengan Anwar.

"Saya tidak kutip begitu sahaja, saya orang akademik dan pendakwah. Saya mengkaji sebelum meninggalkan Anwar kerana untuk menjadi pemimpin perlu ada kredibiliti," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130412/po_04/Kekayaan-keluarga-Anwar-tidak-mengejutkan---Sidek-Baba#ixzz2QG0QtBD1

Saturday, April 6, 2013

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/04/3-tahun-kaji-anwar-dengan-28-teman.html


Friday, April 5, 2013

Mana Yang Lebih Bijak, Macai PKR kah Atau Dr Sidek Baba ?

Saya langsung tidak berkeyakinan kalau macai politik PKR jauh lebih bijak dari Dr Sidek Baba. Jadinya, kalian yang berstatus macai, perlu berkira kira semula dalam memberikan sokongan kepada PKR.

Dr Sidek Baba bersama Anwar Ibrahim sejak tahun 1971 mereka juga bersekutu dalam organisasi ABIM. Keruntuhan moral serta keterlibatan Anwar Ibrahim dalam pelbagai fahaman termasuklah pluralisme agama selain hubungannya dengan dunia Yahudi, antara sebab kenapa beliau cepat cepat meninggalkan Anwar Ibrahim/PKR. Dan macai ? masih berlagak bijak, sudah sudahlah tu kalau pun kaliam tidak boleh berfikir dengan lebih jauh secara ilmiah cukuplah dengan mempercayai dan menyakini bahawa individu dalam rakaman video berwarna yang mengaitkan Anwar Ibrahim adalah benar. Dengan itu anda akan terlepas dari panggilan macai yang diperkeldaikan untuk membinasakan generasi mendatang.

Dr Sidek Baba ini bukan seperti orang lain, berpolitik selepas pencen.

Pendedahan : Mengapa Rakan Karib Meninggalkan Anwar!

Keputusan pendakwah dan ilmuwan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas faktor keruntuhan moral, turut diakui dan dipersetujui bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar.

Menurut Chandra, faktor tersebut turut menjadi pendorong utama mengapa beliau membuat keputusan sama, memutuskan persahabatan dengan Ketua Pembangkang itu yang telah terjalin sejak 1971 sekali gus mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik.

Jelasnya, walaupun beliau merupakan antara pengasas utama penubuhan PKR, perkara itu langsung tidak dianggap sesuatu yang merugikan apabila mengambil langkah pengunduran.

''Saya berpendapat Sidek Baba membuat keputusan berprinsip, walaupun sudah begitu akrab dengannya, beliau meninggalkan Anwar setelah tahu tentang salah laku moral Anwar.

''Selain salah laku Anwar, saya begitu kecewa dengan cara beliau main politik kerana ketika dia dalam penjara dan saya ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden, segala hal ehwal parti tetap beliau mahu campur tangan melalui isterinya dan dia melakukan semua itu kerana kerakusan mahu berkuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Anwar selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Menurutnya, hubungan 'luar biasa' Anwar dengan pemimpin tertentu dari luar negara semakin membuatkan beliau berasa sangsi dengan kepimpinannya yang seolah-olah mahu membuka penguasaan Amerika Syarikat ke atas negara ini.

Beliau mengambil masa kira-kira satu setengah tahun sebelum sedar segala tindak-tanduk Anwar adalah bertentangan dengan kepentingan negara.

''Saya amat kecewa beliau rapat dengan golongan tertentu luar negara yang saya anggap sebagai golongan berkepentingan Zionis.

''Beliau lebih mementingkan kuasa dan populariti berbanding prinsip walaupun segala perbuatannya jelas bertentangan dengan kepentingan negara,'' katanya.

Saturday, March 30, 2013

Dr Sidek Baba Keluar PKR

Politik hujung minggu. Politik ini semakin menakutkan, bukan sebab PKR itu kuat atau semakin kuat lalu konon boleh memerintah negara. Tapi bila Dr Sidek Baba keluar dari PKR, sedang beliau pernah di tahan dibawah akta ISA sebab mempertahankan pemimpin PKR (Anwar Ibrahim).

Antara sebab beliau berbuat demikian ialah beliau kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama. "Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya. Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.