Thursday, March 30, 2017

Wednesday, March 29, 2017

Monday, March 13, 2017

Fakta Mengenai BR1M Yang Mesti Disyukuri



Jangan nafikan penambahan angka diatas, wang berbilion itu telah diagihkan pada semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat marhaen.

Jangan juga nafikan BR1M telah serba sedikit mengurangkan beban kehidupan rakyat. Kalau bukan anda, besar kemungkinannya mereka adalah ahli keluarga anda tidak kira jauh atau dekat. Apa lagi di saat genting, wang seringgit pun amat bernilai.

Alsebab itulah sikit atau banyak bukannya ukuran tapi keberkatannya.

Seperti mana wang dari BR1M ia adalah wang yang bersih dan berkat.

Kerana itu admin amat berkeyakinan  bahawa masyarakat Malaysia sangat menghargainya.

Jangan kamu dengar, propaganda pembangkang tu. Kononnya GST yang dikenakan tidak berbaloi berbanding BR1M itu sendiri. Itu hanyalah propaganda semata-mata. Kerana masyarakat perlu tahu, BR1M adalah inisiatif kerajaan BN di dalam membantu rakyatnya. Sebab itulah BR1M tidak ada di negara jiran walhal masyarakat negara itu juga adalah pembayar cukai.




Jangan kamu ikut orang seperti ini, jenis orang yang tidak pandai bersyukur. Hanya tahu mencari kesalahan pemerintah. Seolah olah  BR1M itu telah termaktub lama di dalam perlembagaan.


Tuesday, March 7, 2017

Agihan BR1M Berjalan Seperti Biasa






Ini cerita yang sebenarnya dan berlaku atau akan dilakukan terhadap mereka yang layak menerima BR1M.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak yang sengaja membuat dakwaan yang kurang jelas. Untuk mengelirukan masyarakat sekaligus mengajak sama supaya masyarakat itu turut serta membenci politik BN. Melupakan segala kebaikan yang telah ditabur.

Sedangkan, pada hakikatnya agihan BR1M tetap berjalan seperti biasa ;-

Penerima BR1M yang memiliki Akaun Peribadi dimana mana bank, akan terus dimasukkan ke akaun mereka. Manakala yg tidak memiliki akaun bank, mereka akan menerima BR1M melalui Baucer yang disampaikan secara serentak di Dewan2 awam dan turut di hadiri oleh Pemimpin atau wakil pemimpin.

Pada masa yg sama, wakil Bank tempatan juga hadir untuk memberi kemudahan kepada mereka (penerima BR1M) menukar baucer kepada wang tunai.

Adakah langkah yang bertujuan untuk memudahkan masyarakat ini akan menyusahkan penerima BR1M?

Berpolitik, berpolitik juga tapi jangan semua kerja yang dilakukan oleh politik BN walaupun jelas baik tetap saja dipolitikkan. Jangan begitu, jangan sampai rakyat yang rugi.

Hakikatnya BN selaku parti yang telah diberikan mandat sedang menghadiahkan rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Selain daripada pemberian BR1M, banyak lagi perkhidmatan untuk rakyat yang sedang berjalan. Jadi hargailah usaha mereka.

Dalam hal ini admin tidak bersikap "bias" hanya menyatakan apa yang benar. Titik


Monday, March 6, 2017

Parti Politik Jangan Hanya Sibuk Dengan Kuasa!

Suka kalau parti BN bercakap pasal membenteras aktiviti jenayah seperti pengedaran dan penggunaan dadah. Seperti yang di praktikkan oleh Presiden Filipina, Rodriguez Duterte ketika berkempen hingga mencapai kemenangan besar.

Jangan hanya sibuk bercakap soal agenda yang menuntut kuasa atau kemenangan di PRU. Cakap cakap seumpama ini banyak dipraktikkan oleh kebanyakannya pihak pembangkang. Sedang kemaslahatan yang berlaku di depan mata, seolah olah mereka tidak nampak aka malas bertanggungjawab.

Masyarakat hari ini diganggu oleh banyak aktiviti jenayah akibat dari aktiviti pengedaran dan penggunaan dadah. Sebab itulah pada mereka pembangunan bukan lagi satu matlamat yang perlu diadakan tapi  lebih kepada mengecapi kehidupan yang harmoni, sementara nyawa masih dikandung badan.

Saya percaya mana mana parti politik, sama ada BN dan sewaktu dengannya. Yang giat dengan aktiviti masyarakat seperti menjaga keharmonian setempat. Maka mereka akan menjadi pilihan pada PRU yang akan datang.

Admin ambil contoh, Yb Datuk Tawfiq Titingan turun kelapangan, turut serta berkawal bersama sama dengan ahli rukun tetangga.

Jujur admin ucapkan, tahniah.

Untuk makluman, sejak daripada dulu, admin memang banyak bercakap soal dadah yang wajib diperangi.