Jangan nafikan penambahan angka diatas, wang berbilion itu telah diagihkan pada semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat marhaen.
Jangan juga nafikan BR1M telah serba sedikit mengurangkan beban kehidupan rakyat. Kalau bukan anda, besar kemungkinannya mereka adalah ahli keluarga anda tidak kira jauh atau dekat. Apa lagi di saat genting, wang seringgit pun amat bernilai.
Alsebab itulah sikit atau banyak bukannya ukuran tapi keberkatannya.
Seperti mana wang dari BR1M ia adalah wang yang bersih dan berkat.
Kerana itu admin amat berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia sangat menghargainya.
Jangan kamu dengar, propaganda pembangkang tu. Kononnya GST yang dikenakan tidak berbaloi berbanding BR1M itu sendiri. Itu hanyalah propaganda semata-mata. Kerana masyarakat perlu tahu, BR1M adalah inisiatif kerajaan BN di dalam membantu rakyatnya. Sebab itulah BR1M tidak ada di negara jiran walhal masyarakat negara itu juga adalah pembayar cukai.
Jangan kamu ikut orang seperti ini, jenis orang yang tidak pandai bersyukur. Hanya tahu mencari kesalahan pemerintah. Seolah olah BR1M itu telah termaktub lama di dalam perlembagaan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.