Ini cerita yang sebenarnya dan berlaku atau akan dilakukan terhadap mereka yang layak menerima BR1M.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak yang sengaja membuat dakwaan yang kurang jelas. Untuk mengelirukan masyarakat sekaligus mengajak sama supaya masyarakat itu turut serta membenci politik BN. Melupakan segala kebaikan yang telah ditabur.
Sedangkan, pada hakikatnya agihan BR1M tetap berjalan seperti biasa ;-
Penerima BR1M yang memiliki Akaun Peribadi dimana mana bank, akan terus dimasukkan ke akaun mereka. Manakala yg tidak memiliki akaun bank, mereka akan menerima BR1M melalui Baucer yang disampaikan secara serentak di Dewan2 awam dan turut di hadiri oleh Pemimpin atau wakil pemimpin.
Pada masa yg sama, wakil Bank tempatan juga hadir untuk memberi kemudahan kepada mereka (penerima BR1M) menukar baucer kepada wang tunai.
Adakah langkah yang bertujuan untuk memudahkan masyarakat ini akan menyusahkan penerima BR1M?
Berpolitik, berpolitik juga tapi jangan semua kerja yang dilakukan oleh politik BN walaupun jelas baik tetap saja dipolitikkan. Jangan begitu, jangan sampai rakyat yang rugi.
Hakikatnya BN selaku parti yang telah diberikan mandat sedang menghadiahkan rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Selain daripada pemberian BR1M, banyak lagi perkhidmatan untuk rakyat yang sedang berjalan. Jadi hargailah usaha mereka.
Dalam hal ini admin tidak bersikap "bias" hanya menyatakan apa yang benar. Titik
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.