Suka kalau parti BN bercakap pasal membenteras aktiviti jenayah seperti pengedaran dan penggunaan dadah. Seperti yang di praktikkan oleh Presiden Filipina, Rodriguez Duterte ketika berkempen hingga mencapai kemenangan besar.
Jangan hanya sibuk bercakap soal agenda yang menuntut kuasa atau kemenangan di PRU. Cakap cakap seumpama ini banyak dipraktikkan oleh kebanyakannya pihak pembangkang. Sedang kemaslahatan yang berlaku di depan mata, seolah olah mereka tidak nampak aka malas bertanggungjawab.
Masyarakat hari ini diganggu oleh banyak aktiviti jenayah akibat dari aktiviti pengedaran dan penggunaan dadah. Sebab itulah pada mereka pembangunan bukan lagi satu matlamat yang perlu diadakan tapi lebih kepada mengecapi kehidupan yang harmoni, sementara nyawa masih dikandung badan.
Saya percaya mana mana parti politik, sama ada BN dan sewaktu dengannya. Yang giat dengan aktiviti masyarakat seperti menjaga keharmonian setempat. Maka mereka akan menjadi pilihan pada PRU yang akan datang.
Admin ambil contoh, Yb Datuk Tawfiq Titingan turun kelapangan, turut serta berkawal bersama sama dengan ahli rukun tetangga.
Jujur admin ucapkan, tahniah.
Untuk makluman, sejak daripada dulu, admin memang banyak bercakap soal dadah yang wajib diperangi.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.