Thursday, December 12, 2013

Dakwaan KDN Pasal Mohamad Sabu Ada Benarnya

Mari kita berpolitik pasal Syiah. Dakwaan Datuk Zahid Hamidi pasal nombor dua dalam organisasi PAS ada benarnya. Saya kata ada benarnya, sebab individu yang berstatus nombor dua itu mengagumi kepimpinan Iran dari konteks khalifah selain lawatannya ke negara Syria sedang kita semua tahu Syria adalah tulang belakang :) Iran. Mana mungkin Mohamad Sabu tidak tahu apa penyebab perang di Syria pada ketika itu kalau bukan kerana perbalahan antara Sunnih dan Syiah. Dan sekarang para pemimpin pemimpin PR ingin meminta bukti yang jelas, kalau nombor dua dalam PAS itu sungguh berfahaman Syiah. Memanglah untuk membuktikan secara bertulis lagi ditandatangani oleh Mohamad Sabu bahwa dia berfahaman Syiah memanglah tidak ada. Contohnya seperti ini, apa buktinya yang anda berfahaman Sunnih? Kalau bukan hanya bukti bukti luaran yang boleh membuktikannya, nah begitu jugalah nanti bentuk bukti yang mensabitkan Mohamad Sabu dengan Syiah. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202097366069602

No comments: