Wednesday, August 10, 2011

Kebaikan Tersembunyi


Sebenarnya kebaikan ini tidak perlu diceritakan, sebab pelakunya tahu hanya Allah yang layak membalasnya. Walaubagaimanapun, saya amat tertarik dan saya ingat ia amat perlu untuk dikhabarkan. Ramai antara kami@masyarakat Semporna yang saya dengar@lihat sering menceritakan ketidak puasaan atas kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal, dikata dia kurang membangunkan Daerah Semporna, maka itu dia sering dipersoalkan.Nah, disini saya ingin mengkhabarkan betapa beliau prihatin akan daerahnya.Baik, sebenarnya beliau telah mengarahkan agar kaji selidik dibuat di Daerah Semporna, untuk mengetahui bagaimana daerah ini boleh dibangunkan, sudut pandang kajian tertumpu pada beberapa aspek, ya sudah tentu meliputi ekonomi dan sosial.Hasil dari kajian, yang dibuat oleh beberapa konsultan dan berapa pelajar Universiti, merumuskan bahawa Daerah Semporna perlu dibangunkan secara holistik dari sudut PENDIDIKAN,sebelum apa apa pembangunan lanjutan boleh dirancang (Untuk melahirkan generasi yang bijaksana dan selalu memandang kehadapan dalam persaingan) Nah, maka itu proses ini sedang berlangsung dengan rancak.....Isunya Sempornian perlu menghargai kebaikan budi seperti ini, walaupun pada asasnya ia kurang dirasa tidak seperti pemberian yang bersifat wang ringgit (Dikayakan). Fikir fikirkan lalu renungkan....

No comments: