Tuesday, December 14, 2010

Baiki Jambatan Ini.




Kedangkalan ini berlaku di Kampung Bangau Bangau,Semporna

Jambatan ini adalah milik peribadi marhaen tapi untuk kegunaan semua marhaen!.Wang dan tenaga telah dicurahkan.Saya kata ia perlu dibaiki,maksud saya minta jasa baik pemerintah,walau pun saya sendiri memihak pemerintah.Saya sentiasa berkira kira bila mengkritik.Diandaikan ia bukan milik peribadi marhaen pasti saya ada alasan lain untuk menidakkannya.Sebab itu saya sentiasa menghormati marhaen disini,mereka kurang pernah menyusahkan pemerintah malah diperbodohkan oleh orang luar(Penjilat kasut berkilat) yakni dengan mengaut projek kononnya demi pembangunan.Ada banyak lagi Jambatan (Haulage road) milik peribadi tapi kegunaan ramai.Sekali lagi saya mengkritik demi kebaikan bukan membahasakan bahasa.

Kita perbetulkan persoalan,jangan persoalkan.Saya ada hujah kenapa saya mengketengahkan isu ini!.Saya hanya mahu membantu pemerintah agar mereka jangan ditentang dimasa depan, PRU13 itu maksud ku.Tahu kenapa PRU12 undi pemerintah merosot?.Sebabnya, ada persoalan rakyat tapi rakyat pertengahan itu yang cuba menyangkalnya sedang yang menangungnya pemerintah itu akhirnya.Kita hanya perlu beri kerjasama pada siapa pun yang cuba membaiki kedangkalan dalaman.Thanks sahabat saya hormati pendirian sahabat.

No comments: