Monday, May 11, 2015

Sambutan Solidariti Di Tawau Agak Hambar!

Sambutan Solidariti Di Tawau Agak Hambar

Pernah saya katakan dulu lama, politik akar umbi di negeri Sabah adalah milik Datuk Seri Shafie Apdal. Bukannya Datuk Seri Musa, sebagai Ketua Menteri.

Terbukti pada hari ini di majlis solidariti  antara PM Najib Razak dan Musa Ketua Menteri yang diadakan di bandar Tawau. Masyarakat yang hadir tidak menjangkau seperti yang disangka. Sinikalnya, lebih banyak bendera berbanding hadirin. Mereka itu pula datang dari pelbagai pelusuk daerah, termasuklah dari pantai barat.

Dianggarkan masyarakat yang hadir hanyalah sekitar 15 ribu orang. 15 ribu di pantai timur Sabah.? Sangat ada yang tidak kena, perlu dibetulkan dengan kadar yang segera sebelum terlambat. Kalau sambutan hambar itu berlaku  di pantai barat, tidaklah kita hairan, maklum di pantai barat sendiri ada 12 kawasan yang menjadi milik pembangkang.

Untuk lebih jelas, sambutan Solidariti berkenaan kalau dibandingkan dengan sambutan pesta Reggata Lepa. Jauh banyak  yang hadir di pesta Reggata, mencecah 30 atau 40 ribu orang.

Gambaran, siapa sebenarnya yang diterima oleh akar umbi telah lama saya tulis, tapi malangnya ada pihak yang cuba menafikannya tidak ingin menerima hakikat kebenaran. (klik link dibawah sekali, itulah entri yang saya maksudkan)

Sudahlah pentadbiran negeri sedia terpalit dengan banyak isu yang melibatkan kepentingan masyarakat terutamanya isu pemilikan tanah yang hanya dimiliki oleh kroni dalam jumlah yang besar di tambah lagi dengan kebobrokan 1MDB yang telah memberikan kesan negatif pada ramai masyarakat Melayu di  Semenanjung.

Yang amat mengesalkan kalau benar ialah andai majlis solidariti ini dirancang bagi tujuan peribadi, untuk menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sabah mampu memikul tanggungjawab dengan itu nafikan saja kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal di negeri Sabah.

Atau paling tidak, bagi tujuan menguatkan sokongan terhadap PM Najib Razak yang sekarang sedang bergelut dengan tekanan dari pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri.
Harus kita faham, pergolakan yang berlaku tidak menuntut kepada  sokongan dari masyarakat umum tapi dukungan dari kalangan pemimpin pemimpin UMNO dan ahli UMNO secara keseluruhannya.

Lalu apa rasionalnya sambutan majlis solidariti di peringkat Tawau dengan kekukuhan PM Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.?

 Pemimpin M vs Pemimpin S  


No comments: