Sunday, May 17, 2015

GST Dikenakan Setiap Kali Draw Wang.

Sebelum ini ada kita mendengar ketidakpuasan hati rakyat terhadap perlaksanaan GST yang dikenakan oleh pihak Bank.

Saya sendiri, menafikannya. Saya berpendapat servis GST hanya dikenakan  sekali dalam sebulan, yakni berapa kali pun kita draw wang dalam bulan yang sama hanya sekali GST dikenakan tapi rupanya tidak. Begitu juga, saya berpendapat GST oleh Bank hanya dikenakan bila kita berurusan dengan Bank bukan Cawangan.

Itu bererti, tidak ada beza bila kita membeli top up kredit, setiap kali kita membeli, setiap itu jugalah kita dikenakan bayaran GST, 6%. 

Pun begitu, bagi menurut kehendak kawan yang meminta agar perkara ini di maklumkan kepada umum. Nah  saya paparkan di Blog ini.

Keterangannya :-

Pada hari pertama, cukai perkhidmatan dan GST dikenakan sebanyak 0.53 begitu juga dengan hari kedua dan hari hari yang seterusnya bergantung pada baki wang yang ada di dalam Bank.

Mohon pencerahan, apa benar setiap kali kita draw wang, setiap itu jugalah kita dikenakan GST walaupun dengan Bank Cawangan.?


No comments: