Thursday, January 1, 2015

Menambah Tempoh TYT Adalah Taktik Untuk Menyelamatkan Musa.?

Tun Juhar menandatangani watikah untuk penggal yang seterusnya (4 tahun) sebagai TYT Sabah.

Sebelum majlis ini berlangsung pelbagai spekulasi yang kita dengar. Sebab watikah perlantikkan disampaikan secara tidak formal. Macam tergesa gesa. Walaubagaimanapun kita berpendapat ia hanyalah mainan jentera propaganda pembangkang, bagi mencetuskan sentimen kenegerian.

Isu yang ingin saya ketengahkan ialah, apa ada unsur politik disebaliknya. Bagi mengelakkan terjadinya peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah. Senang cerita, ini sejenis taktik bagi menyelamatkan Musa Aman, biar kekal sebagai Ketua Menteri Sabah sekaligus menutup semua spekulasi. Memandangkan juga TYT Adalah anggota institusi yang bertanggungjawab atas perlantikkan jawatan Ketua Menteri Sabah.???

Dijangka sebelum ini, Musa Aman akan mengundurkan diri untuk memberikan laluan pada orang lain sebelum penggal ini berakhir. Pada masa yang sama beliau akan menggantikan tempat Tun Juhar, sebagai syarat pengunduran.

Dan sekarang, dia punya isu  selepas kekal segala di atas ialah sejauh mana pula penerimaan masyarakat terhadap kepimpinan Musa, yang saya yakin masyarakat telah berpendapat bahawa Datuk Musa telah bermain silap mata dengan perlembagaan sedang kebobrokan yang mereka masyarakat hadapi di anggap tidak ada. Walhal mereka telah tunjukkan melalui PRU13 peringkat negeri Sabah. Dimana BN Sabah telah kehilangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen.?


Posted via Blogaway Jals

No comments: