Datuk Jumat mempersoal pentadbiran negeri yang difikirkan kurang berkesan di dalam memandu BN menjelangnya PRU14. Tapi dinafikan mentah mentah tanpa alasan yang jelas walaupun BN Sabah telah terbukti gagal berdasarkan keputusan PRU13. Maka itulah perlu ada penambahbaikan dari konteks pentadbiran negeri dan politik BN.
Itu saja, adapun caranya terpulang. Gesaan ini telah berulang kali di suarakan sehinggalah menimbulkan pelbagai polemik politik yang seolahnya telah berpecah dua.
Ekoran itu, pergerakan sayap wanita UMNO Sabah mencadangkan agar keahlian UMNO Datuk Jumat di lucutkan sekaligus jawatannya sebagai MP Sepanggar, merangkap Ketua Bahagian Sepanggar.
Desus yang kita dengar akan selepas itu kerusi yang dikosongkan akan diberikan pada seseorang. Pelik bila ada pihak menyuarakan pendapat mereka agar peralihan jawatan di bincang bualkan sekaligus diselesaikan, tidak pula mereka puak menerimanya, berbeza kalau cetusan itu menguntungkan mereka, walaupun dengan alasan yang remeh. Ini namanya tidak adil
Yang perlu di dalami untuk dipertimbangkan sebelum membuat tindakan lanjut terutamanya melucutkan keahlian/jawatan ialah kemenangan Datuk Jumat di Parlimen Sepanggar PRU13 yang lepas adalah atas kapasiti atau usaha Datuk Jumat sendiri. Pertambahan ahli UMNO di Parlimen Sepanggar adalah atas inisiatifnya, terutamanya pada golongan muda. Tidak dinafikan faktor bertanding atas tiket BN adalah faktor yang menyumbang kepada kemenangan.
Benar apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda Semporna. Ketika TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak pula kita mendengar sebarang cadangan daripada pergerakan wanita UMNO Malaysia agar TPM meletakkan jawatan. Kenapa tidak ada.? Sebab Ketua Ketua Pergerakan UMNO di Semenanjung tampak matang di dalam hal politik, mereka tahu mana yang baik mana yang tidak untuk kelangsungan UMNO.
Walaupun sebelum ini UMNO terpalit akibat skandal Ketua Wanita Malaysia pasal pinjaman wang bagi membiayai penternakan lembu. Tapi tidak kita mendengar sebarang cadangan dari Ketua Wanita UMNO negeri negeri agar Sharizat melepaskan keahliannya sebagai ahli UMNO.
Ini kumpulan wanita UMNO negeri ni agak melucukan, nampak sangat cadangan mereka atas dasar membodek tidak untuk kelangsungan BN. Ingin kononnya membetulkan keadaan tapi pada masa yang sama menganjurkan perpecahan.
Ingat lagi tak cerita Datuk Lajim Ukin sebelum ini. Dia keluar dari BN kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan negeri yang tidak menguntungkan selepas itu dia bertanding atas tiket PKR bagi merebut jawatan Yb DUN Klias, yang mendapat kemenangan. Bukan kah itu bermaksud yang sebenarnya bermasalah ialah pentadbiran negeri sekaligus menyumbang kepada kelemahan BN di negeri Sabah dan tingkat ini yang perlu dibetulkan bukan malah menambah kelemahan yang sedia ada.
Kita juga maklum, sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Azmin Roslan juga menjadi mangsa hanya kerana beliau memihak politik Shafie Apdal. Rupanya buang dan lucut sebahagian daripada senjata politik Musa dan kalau politik jelek ini tidak dihentikan ia hanya akan melemahkan cengkaman BN di negeri Sabah.
Sepatutnya kan bertindak secara rasional jangan terikut ikut dengan rentak politik PR, sikit mereka punya ahli mengkritik kepimpinan tertinggi kompenan PR, terus keahlian individu berkenaan di lucutkan. Hasilnya sokongan penyokong tegar terhadap PR semakkan berkurangan.
Akhirnya kita berharap selepas ini akan ada jalan penyelesaian yang lebih berkesan yang dapat difikirkan demi kekuatan BN di negeri Sabah.
Cadangan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah hanyalah cadangan biasa dari ahli UMNO, apa lagi kalau dia seorang Yb.
Jangan saja pandai berfikir bab buang dan lucut. Ini namanya amalan politik yang tidak bertanggungjawab. Faham kah.?
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment