Membaca pelbagai pendapat pasal kerjasama PAS dengan PKR dan DAP. Siapapun yang memberikan pendapat politiknya, kesimpulannya PAS tetap di tafsir sebagai Pak Turut. Ekoran pengosongan jawatan Yb DUN Kajang dan usaha menukar Menteri Besar Selangor dan jawatan Menteri Besar yang nampak di manipulation demi kepentingan politik DAP dan PKR sahaja.
Sebenarnya, kebaculan PAS dalam mempertahankan perjuangan asal mereka yang cuba mengangkat Islam sebagai agenda politik, telah lama terhapus, ini dapat kita lihat apabila Karpal/DAP mengkritik kepimpinan PAS dinegeri Kelantan sebagai negeri yang tidak bertamadun, wal hal sebab kepada perbezaan itu adalah kerana PAS cuba menegakkan undang undang kecil Islam dikalangan masyarakatnya. Tapi tetap juga PAS mahu berkerjsama dengan DAP, walaupun tidak dianggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Selain hal diatas, kalau betul betul kita perhalusi, hanya organisasi PAS yang masih sibuk meminta derma dari pengikut mereka, bagi tujuan politik sedangkan mereka juga menjadi pemerintah di negeri yang di katakan antara negeri yang paling maju di Malaysia yakni Selangor. Pelik bukan, ini menunjukkan PAS tidak bijak berpolitik, malah mereka hanyalah alat kepada perjuangan DAP dan PKR. Betul tidak ?
Sedang pada masa yang sama masih ada pula dari kalangan pengikut PAS yang khayal dengan perjuangan lama, sedangkan ia sudah terhapus hasil manipulation oleh rakan politik mereka. Nah apa lagi yang tinggal dari agenda perjuangan asal PAS ?
No comments:
Post a Comment