Saya suka mengaitkan huraian ayat ini dengan kerjasama politik yang ada dalam kompenan PR, khasnya antara DAP dan PAS. Sebelum ini kita sering di momokkkan dengan agenda tahayul siyasi demi merasionakan hubungan politik antara DAP dan PAS yang akhirnya DAP akan mengikut telunjuk pemimpin PAS. Sedangkan di pihak DAP sendiri kita tidak pernah mendengar polisi berhubung kerjasama mereka dengan PAS, sama ada bersetuju atau tidak. Kalau ada apa dia ?
Sebab itulah kalau kita perhati ada banyak kenyataan politik yang bertentangan dengan apa yang sering di laungkan oleh politik PAS dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Tapi apa yang berlaku, ada beberapa contoh perlanggaran di antara mereka.
1. Pasal tuntutan kalimah Allah yang dicetuskan oleh politik DAP, sepatutnya ia tidak berlaku kalau memang DAP menghormati tahayul siyasi yang cuba di praktikan oleh PAS yang juga akan menguntungkan DAP.
2. Penghinaan DAP terhadap negeri Kelantan dengan mengejarnya sebagai negeri yang tidak bertamadun, hanya kerana PAS cuba menegaskan Undang Undang kecil di negeri itu.
3. Penolakan hudud oleh DAP, langkah dulu mayat Karpal kalau PAS ingin melaksanakanya. Bermaksud sampai bila bila pun hudud tidak akan terlaksana selagi PAS berkerjasama dengan DAP.
4. Terbaru pasal daging babi yang di letakkan di pintu kedua di Masjid Cherok, Tokun di Pulau Pinang. Kalau kita amati lokasi Masjid berkenaan tidak jauh dari satu perkampungan Cina DAP, dan ini tidak menolak kalau insiden berkenaan dilakukan oleh mereka/DAP.
Maka betullah dengan apa yang di Firman kan Allah swt yang di catatkan di dalam Al Quran sebagai surah Hud dan Az Zumar.
Jangan kalian sesekali berkerjasama dengan pihak yang sebenarnya menentang Islam.
No comments:
Post a Comment