Friday, February 28, 2014

Harakah Di Arah Membayar Saman Terhadap MB Terengganu

Hari ini 28.2.14 jam 9.35 pagi di Mahkamh NCVC 8 Komplek Mahkamah Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap defendan-defendan dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan 2 yang lain.
Gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM 30,000.00.perlu dibayar oleh defenden2 kpd YAB MB Terengganu . Hakim juga membenarkan Injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan oleh defendan2 dalam Harakah dan akhbar lain ada juga dibenarkan.

Terdahulu Hakim Yeoh Wee Siam telah mengarahkan kedua-dua pihak menfailkan hujahan pada 30 Julai 2012 berhubung isu sama ada defendan kedua menfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.

Syed Azman yang juga merupakan ADUN Batu Buruk menerusi artikelnya bertajuk ‘Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah’, telah memfitnah Ahmad Said terlibat dengan penyelewengan berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Pada 8 Disember 2011 selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri, Ahmad Said menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta.
 Ahmad Said berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.

MCA: Beri peluang Chew bela penduduk Kajang

Pengundi DUN Kajang harus memberi peluang kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berkhidmat di situ daripada memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya berniat memenuhi keinginan politiknya, kata  Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurutnya, Chew yang juga naib presiden MCA dan bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang bagi mendengar rintihan dan masalah penduduk tempatan.
  
"Chew merupakan seorang pemimpin yang peramah dan sedia berkhidmat untuk rakyat berbanding Anwar yang begitu sombong dan mengarahkan kerusi DUN Kajang dikosongkan semata-mata untuk beliau bertanding dan menjawat jawatan sebagai menteri besar.
  
"Ketika lawatan saya di kawasan Kajang, penduduk di sini marah dengan tindak tanduk Anwar yang mengarahkan (bekas ADUN Kajang) Lee Chin Cheh melepaskan jawatan... ini tidak boleh diterima pengundi di Kajang.
  
"Ini juga menunjukkan beliau (Anwar) tidak menghormati penduduk di Kajang," katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.
  
Terdahulu, Liow bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat perniagaan Kwan Tung dan bertemu wakil pertubuhan bukan kerajaan komuniti Cina dari sekitar DUN Kajang.
  
Liow berkata Chew yang terkenal dengan komitmen bekerja sehingga ke peringkat umbi telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang hadapi penduduk Kajang.
  
"Walaupun pembangkang mencaci dan merendahkan usaha beliau, Chew tetap menitikberatkan kebajikan rakyat. Niat murni dan semangat bekerja ini harus dipuji berbanding Adun pembangkang hanya bising dan cakap kosong.
  
"Sekiranya Chew dipilih, beliau boleh membawa isu dan masalah yang  dihadapi rakyat ke DUN. Saya berharap Chew diberi peluang untuk mengimbangi DUN Selangor," katanya.
  
Pilihan raya kecil DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac berikutan penyadangnya Lee meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon.
  
Selain Anwar dan Chew, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA), Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.
  
- Bernama

Polo Gomo Bersalah Tapi Pelakunya Adalah Anuar

Papa Gomo telah di sabitkan bersalah oleh Mahkamah dan Mahkamah mengarahkan agar Papa Gomo membayar saman sebanyak RM80,000.00 selain saman tambahan.

Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Papa Gomo ? Hanya kerana dia telah mendedahkan kekurangan moral seorang pemimpin pembangkang ?

Ini membawa maksud kalau pelaku yang ada dalam rakaman video yang didedahkan oleh Papa Gomo adalah Anuar. Jadinya kamu sebagai penyokong Anuar jangan merasa riang, kamu orang harus mengerti apa sebenarnya yang tersirat. Tinggal lagi Papa Gomo di dapati bersalah sebab telah mendedahkan aib orang secara terbuka yang menyalahi undang undang sekular akta penapisan filem 2002, seksyen 5 :-

Filem lucah 5.(1)Tiada seorang pun boleh— (a)ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau

(b)menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. (2)Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Filem atau bahan publisiti

Pada hakikat individu yang terkandung dalam rakaman video yang di milik oleh pemilik blog Papa Gomo,  adalah individu sebenar yang bernama Anuar. Betul tidak ? Jangan kamu orang terbahak bahak, mengata diri kok itu namanya.

Khalid Perli Pemimpin PKR

Siapa yang dimaksudkan oleh MB Selangor ini. Tidak lain tidak bukan pasti, para kelompok ilmuan yang ada dalam politik PR. Sebab asyik saja berpolitik hingga ke akhirnya. Berbeza dengan dirinya yang telah secara jelas menyelamatkan masyarakat Selangor dari kerakusan kuasa para pemimpin PKR seperti mana yang dinyatakan oleh Zaid Ibrahim pada sesi rakaman langsungnya bersama satu portal.   Betul tidak ?

Portal Malaysiakini Mendapat Anugerah

Betullah tu kalau portal Malaysiakini mendapat anugerah Media Cemerlang dalam Majlis Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014, Kuala Lumpur dari Menteri KDN. Memang betul pun, bukan semestinya bila artikel itu mengkhabarkan kekurangan mana mana pemimpin BN dan PR, maka ia akan terima sebagai benar oleh masyarakat ramai. Apa lagi penilaian anugerah kecemerlangan itu berdasarkan undian umum masyarakat , yang telah mendapat 80% undian, selainnya dari penilaian juri.

Masyarakat era ini sangat berfikiran rasional. Mana ada manusia di dunia ini yang suka membaca asyik asyik itu jak yang dihukum benar. Macam sebahagian bloggers pro BN, beriya iya mengulas cerita, walaupun apa yang mereka khabarkan itu mungkin benar tapi itu tidak bererti masyarakat menyukainya atau mempercayainya. Janganlah terlalu hingusan, alahai. Bercerita bab demokrasi tapi pada masa yang sama menolak nilai nilai positif yang ada dalam demokrasi itu sendiri.

Tika Malaysiakini melaporkan kekurangan pemerintah atau saja individu tertentu ada perkara terselit yang kita boleh manipulasi untuk mengenakan mereka. Begitu juga bila mereka mengangkat individu dari kalangan pemimpin PR. Jadi apa dia punya masalah ?

Tahniah Portal Malaysiakini. Tapi hanya untuk tempoh gencatan senjata :)

Thursday, February 27, 2014

Rangka Kaum Aad Ditemui, Besar Luar Biasa

Aktiviti cari gali gas di selatan timur padang pasir Arab menjumpai tinggalan rangka manusia saiz luar biasa.

 
 Ini adalah kawasan Gurun Arab dipanggil kawasan kosong, atau dalam bahasa Arab, 'Rab-Ul-Khalee'. Penemuan itu telah dibuat oleh pasukan Aramco Exploration. Seperti negeri-negeri Allah dalam al-Quran bahawa Dia telah menjadikan manusia saiz luar biasa yang sama seperti yang pernah diwujudkan oleh Nya sebelum itu.

Mereka adalah dari Kaum Aad di mana Nabi HUD dihantar. Mereka sangat tinggi, besar, dan sangat kuat, sehinggakan mereka boleh meletakkan tangan mereka di sekitar batang pokok dan mencabut ia. Kemudian orang-orang ini, yang telah diberikan segala kuasa, berpaling menentang Allah dan Nabi dan melampaui semua sempadan yang ditetapkan oleh Allah. Hasilnya mereka telah dibinasakan. Ulama Arab Saudi percaya ini adalah mayat kaum Aad.

Tentera Arab mengawal ketat kawasan itu dan tiada siapa yang dibenarkan untuk memasuki kecuali kakitangan Aramco. Lihat lampiran dan nota saiz dua lelaki yang berdiri di dalam gambar berbanding dengan saiz tulang. Rangka berikut ditemui di Arab Saudi apabila Aramco memulakan pengerudian minyak.

Zaid Lebih Baik Dari Anwar, Rafizi Budak Pejabat

Politik DUN Kajang lebih kepada mutu keintegritian di kalangan calon yang bertanding. Semalam Rafizi sedikit mendedahkan kelemahan Zaid Ibrahim yang dia anggap sebagai individu yang tidak berintegriti sebab pernah cuba mempengaruhi dirinya untuk mendapatkan projek sama ada secara langsung ata melalui kiriman email.

Dan hari ini, Zaid Ibrahim pula membidas kenyataan Rafizi sebagai budak pejabat, suruhan Anwar Ibrahim. Dengan tegas  mengesa  Rafizi atau saja mana mana pemimpin PR agar mendedahkan kekurangan dirinya baik semasa dia menjadi Menteri atau sepanjang tempoh persahabatannya dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Kalau benar dia pernah menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga dan kawan kawannya.

Dalam masa yang sama, Zaid Ibrahim juga mendedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, berbanding dirinya yang jauh lebih berintegriti berbanding Anwar. Barang di ingat, Anwar Ibrahim pernah di penjara sebab terlibat dengan salah guna kuasa. Termasuklah menganugerahkan pelbagai projek kepada kroninya. Ini jelas tidak melayakkan Anwar untuk di sokong berbanding Calon BN Chew Mei Fun atau saja sedikit undi untuk Zaid Ibrahim :)

Kurang dari itu Zaid Ibrahim juga seolahnya mengajak Anwar Ibrahim untuk berdebat, tapi awal awal beliau katakan Anwar Ibrahim tidak akan berani :).

Kesimpulannya, hanya dari kalangan penyokong PKR yang tidak tahu apa apa mengenai Anwar sekaligus menganggap Anwar sebagai pemimpin yang hebat.
Fikir fikir dan renung renungkan. Sebab itu sering saya katakan dahulu kronisme adalah adat dalam berpolitik, normatif tapi pragmatik :). Nah kalau sebelum ini anda menyokong Anwar kerana keintegritiannya, sebenarnya kalian sangat salah. Tapi masih belum terlambat, tumpahkan sokongan kalian kepada calon BN.

Tontonan rakaman video dibawah :-
https://www.youtube.com/watch?v=_O75wt4L4AA&feature=youtube_gdata_player
#jalinanpolitik #PRKKajang

Bunuh Diri Kerana Gaduh Dengan Kekasih

Hanya kerana bergaduh dengan kekasihnya, seorang lelaki sanggup membunuh diri kejadian berlaku di Batu Maung, Pulau Pinang.
Gambar, sang kekasih yang membunuh diri, sedang teman wanitanya cuba menyelamatkan mangsa.

Lagu Untuk Anwar Ibrahim

https://www.youtube.com/watch?v=5OEkEEEOIKg&feature=youtube_gdata_player

Wednesday, February 26, 2014

Khalid Menyelamatkan Dirinya Dari Anwar

Saya ingat Khalid Ibrahim akan berbuat sesuatu demi kelangsungan politiknya. Lihat saja persetujuan beliau untuk menandatangani MOA dengan Kerajaan Pusat pasal krisis air. Sedang sekarang ini pun Rafizi Ramli yang juga MP Pandan berkeras akan menekan Syabas dan Puncak Niaga yang dia anggap sebagai punca kepada krisis air. Agar pentadbiran Federal dilihat sebagai jahat oleh masyarakat Selangor. Tapi tidak pada Khalid Ibrahim.

Untuk itulah MB Selangor secara tiba tiba bersetuju untuk menandatangani MOU, walaupun persoalan ini sudah berlarutan sejak tahun 2008. Kenapa boleh begitu ?

Pada pendapat saya, Khalid perlu menunjukkan kebolehannya sebagai Menteri Besar Selangor agar nanti masyarakat Selangor mempertahankan dirinya dari disingkirkan oleh Anwar Ibrahim atau istilah mudanya diperkudakan :) Betul tidak ?

Ini juga membawa maksud kalau Khalid tidak lagi sebulu dengan Anwar Ibrahim. Dan yang sebenarnya peristiwa beliau menyerahkan wang gajinya kepada Shamsul Iskandar sebagai konon tanda sokongan terhadap Anwar di satu Majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, adalah simbolik kepada sayonara Anwar :)

Lalu bagaimana dengan masyarakat DUN Kajang masih bertahan untuk memihak Anwar sedang Menteri Besar kamu orang sendiri sedang berusaha menyenangkan kalian ? Fikir fikir dan renung renung.

#PRKKajang #jalinanpolitik

Mayat Lengkap Dengan Kain Kapan Di Pulau Pinang

Berita yang agak menggemparkan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam Pulau Pinang telah di temui bungkus mayat yang lengkap dengan kain kapannya oleh orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan. Mayat berkenaan telah di bawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Begitu teruk sekali ya ?

Selangor Jalin Kerjasama Dengan Federal Pasal Air

Akhirnya kerajaan negeri Selangor akur dengan kekurangan mereka dalam mentadbir negeri berkenaan. Sebelum ini kerajaan negeri berkeras, seolah olah krisis air di sengajakan oleh federal, hingga timbul pelbagai persepsi.

Kurang dari itu, Rafizi pula asyik saja menyalahkan syarikat air yakni Syabas dan Puncak Niaga sebagai penyebab kepada semua permasalahan air.  Lihat apa akhirnya yang berlaku, ternyata kerajaan negeri yang kurang reti mengurus krisis terutamanya air. Bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan pusat.

Kalau dari dulu bertindak bijak, kan bagus tidaklah sampai menyusahkan rakyat. :)

Tidak ada cara lain kok untuk bertahan selain menumpahkan kesenangan pada masyarakat. Betul tidak :)

Calon PKR, Idealogi Komunis

Ada saya terbaca tu penjelasan dari Tian Chua pasal calon PKR yang terdiri dari individu yang langsung tidak layak. Maka itulah sampai keluar istilah calon Pil Kuda.

Tian Chua ni main wayang lagi, untuk memperkudakan nasib politik Mohd Samsul Mat Amin, bekas calon PKR yang menyaman Haji Hadi sebanyak RM2 juta. Demi kelangsungan politik PKR.

Beginilah kitaran politik PKR berlangsung seperti mana DUN Kajang, DUN Kajang di kosongkan dengan sengaja demi kepentingan politik individu.  Alahai, rakyat dah tahulah.

Sedangkan penyokong PKR bukan tahu ni, pada PRU13 yang lepas ada ramai dari kalangan calon PKR yang tidak boleh pakai malah ada dikalangan mereka yang memegang idealogi komunis demi mempengaruhi pengundi. Sebab itulah menurut Haji Hadi ada berlakunya pertindihan calon di antara PKR dan PAS.

Wahai penyokong penyokong PKR, pakai akal bukan lutut.

Tuesday, February 25, 2014

Krisis Air Selangor Kerana PR

Masyarakat yang tidak jelas pasal krisis air di Selangor pun turut ikut mempersalahkan SYABAS/Puncak Niaga. Mereka telah memilih politik PR sebagai pemerintah mereka, maka sepatutnya kerajaan PR di negeri itu berusaha sedaya upaya untuk memberikan keselesaan kepada mereka. Soal Syabas itu bukan masalah rakyat tapi kerajaan PR dengan syarikat air.

Jadinya apapun jalan penyelesaiannya kerajaan PR harus memberikan kerjasama kepada Syabas/Puncak Niaga, berapa pun jumlah wang yang dibelanjakan untuk menyelesaikan krisis air ini, wang itu juga wang rakyat. Betul tidak ?

Mana ada lagi cara yang paling berkesan di dunia ini untuk kekal berkuasa selain menumpahkan kemewahan kepada rakyatnya.

Sama lah tu kerajaan PR dengan rakyatnya. Nampak saja Urban. Retorik kepimpinan PR :)

Mungkin Saja Anwar Akan Menarik Diri ?

Jangan jangan Anwar tidak jadi untuk bertanding di PRK DUN Kajan, bukan sebab beliau takut dengan kekalahan. Tapi majoriti yang akan berkurangan.

Maklum sebelum ini pada PRU13 DUN Kajang di menangi oleh calon PKR dengan majoriti 6,824 berbanding calon BN yang hanya mendapat undi sebanyak 12,747 undi. Tapi kalau pada kali ini majoriti calon PKR berkurangan yang  diwakili oleh Anwar Ibrahim sendiri yang juga pemilik kepada organisasi PKR, maka sudah tentu ia menjadi tamparan hebat kepada Anwar.

Yang mampu mempengaruhi potensi organisasi PKR di masa masa yang akan datang, lalu saja membawa kepada kepupusan PKR di arena politik Malaysia. Betul tidak ?

Membidas Artikel Menyalahkan Mahkamah Terhadap Karpal

Uikk, keputusan mahkamah yang mensabitkan Karpal sebagai bersalah juga salah kah ? Saya merujuk pada satu artikel yang cuba membidas keputusan Mahkamah terhadap Karpal.

Telah membaca satu artikel yang yang membidas keputusan mahkamah. Penulis berpolemik dengan istilah menghasut. Saya bersetuju dengan pendapat penulis bahwa menghasut juga sebahagian dari proses politik. Sebab itu katanya mensabitkan Karpal sebagai bersalah adalah salah. :) ????????

Penulis sebenarnya lupa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal adalah untuk Sultan yang tidak pun terlibat dengan penggubalan mana mana perlembagaan yang menyentuh politik, tapi kenapa baginda Sultan Perak di libatkan dalam hal politik. Kenyataan Karpal yang menyentuh kedaulatan Sultan, sebenarnya cuba mengajak masyarakat agar berlaku kurang ajar terhadap institusi Sultan sebab itulah Karpal di sabitan sebagai bersalah. Betul tidak ?

Walaupun Gobind, berhujah kalau sebenarnya kenyataan Karpal itu tidsk di tujukan kepada Sultan Perak secara khusus apa lagi katanya Mahkamah khas bagi menghakimi para Sultan ada disediakan itu bererti masyarakat punya kelayakan untuk mempersoal Sultan. Persoalannya, persoalan yang bagaimana ? Selain berkait soal isu. Sepatutnya Gobind juga tahu, memang benar Mahkamah khas ada disediakan untuk menghakimi Sultan dan walaupun isu yang diutarakan agak rasional yang mungkin menyentuh kelakuan Sultan tapi cara dan etikanya harus ada bukannya membuat kenyataan yang terbuka, seperti mana yang di keluarkan oleh Karpal. Betul tidak ?

Monday, February 24, 2014

Shamsul Iskandar Terus Terang Anwar Jadi MB

Shamsul Iskandar telah berterus terang kalau Anwar Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. Itu bermakna penyokong politik PR yang sering merujuk kemakmuran pentadbiran negeri Selangor sebagai ok hasil kebijaksanaan Khalid adalah dusta semata-mata. Sebab kalau memang berkualiti sudah tentu pasti Khalid tidak ditendang keluar. :-) Betul tidak ?

Itulah akibatnya, kalau menyokong tanpa ada asas tujuan yang jelas. Kurang dari itu, selepas penyokong PR ini mengagungkan kepimpinan Khalid mereka pula memperlekeh pihak lawan sebagai dunguk yang tidak tahu apa apa, sebab itulah kata mereka masyarakat ini tetap konon berada di takuk kemiskinan.

Mungkin benar dengan apa yang mereka katakan pasal kemiskinan tapi ia di sebabkan oleh segelintir pra pemimpin BN bebal yang ada di paras pertengahan dan bawahan. Nah, bagaimana pula dengan mereka, mengangkat kebaikan sedang individu yang mereka angkat jelas tidak layak pada pendapat ramai pemimpin PKR ? Oh rupanya selama ini mereka hanya melontarkan komen yang sengaja di manipulation oleh para bloggers pro PR. Betul tidak ? Lucu yang bangat :)

Psst, jangan terlalu menuding pada penyokong PR yang telah di propagandakan tapi tudinglah sesuka hati kalian pada kepimpinan PAS dinegeri Selangor, sudahlah mereka menjadi Pak Angguk sebab melantik pemimpin PKR menjadi Menteri Besar malah juga bertanggungjawab keatas kemenangan calon PKR di PRU DUN Kajang yang lepas. Nah sekarang,  mereka pula yang di kerah untuk memenangkan calon PKR di DUN yang sama, hanya untuk kepentingan politik PKR.  Tidak ada kerja lain, asyik asyik jadi penyokong :)

Tapi tidak mengapa, yang lepas biarlah berlalu, apa yang penting ialah ruang dan peluang terhadap calon BN di DUN Kajang. Kemenangan calon BN di DUN Kajang amat penting agar kekuatan PR di negeri Selangor boleh di imbangi seperti mana perlunya parti pembangkang dalam satu negara. Betul tidak ?

Pengedar Syabu Besar Kepala

Ada tadi seorang pengedar syabu, saya tegur, agar jangan di duduk disana. Uikk terus memperkenalkan namanya, seolah olah dia itulah orang yang di takut. :)

Saya tegaskan sekali lagi, agar dia beredar. Barulah dia beredar, itu pun selepas saya beritahu agar jangan sesekali samakan saya dengan mana mana komuniti yang ada di sini. Titik

Bukan apa, puak puak pengedar syabu ni sebenarnya sudah terlalu besar kepala. Mereka sedar kalau kesemua komuniti yang ada di sini tidak ada semangat nasionalisme, masing masing konon sibuk mencari kelebihan diri :). Walaupun ada dikalangan mereka yang berjawatan dalam kerajaan.  Pelik saya. :)

Haji Hadi Di Saman RM2 Juta

Saya minta maaf banyak banyak, bagaimana dengan dakwaan Tuan Guru Haji Hadi, terhadap calon PKR Mohd Samsul Mat Amin di PRU13 di DUN Sungai Besi yang juga calon PKR di PRK Kuala Besut sebagai pengedar pil kuda. Oleh sebab itulah juga Haji Hadi telah diarahkan membayar saman sebanyak RM2 juta atas arahan mahkamah kerana ingkar. Dan pastinya keingkaran beliau adalah kerana beliau sendiri tidak cukup bukti untuk membuktikannya atau saja mungkin dakwaan itu sengaja di ada adakan, sebab itulah beliau ingkar ?

Kalau selama ini sering ramai penyokong PR yang memperlekeh keintegritian BN/UMNO ekoran kekalahan Utusan di tangan mereka melalui pengadilan Mahkamah. Wal hal kalau kita amati betul betul Akhbar Utusan bukannya entiti kepada UMNO.

Lalu bagaimana dengan hal diatas, apa Tuan Guru Haji Hadi masih boleh di anggap sebagai pemimpin yang berintegriti dari konteks politik ? Ingat yang mendakwa Haji Hadi ialah juga dari kalangan mereka dan bukannya dari kalangan pemerintah UMNO.

Sunday, February 23, 2014

Ayat Huz Dan Az Zumar, Antara Kerjasama PAS dan DAP

Saya suka mengaitkan huraian ayat ini dengan kerjasama politik yang ada dalam kompenan PR, khasnya antara DAP dan PAS. Sebelum ini kita sering di momokkkan dengan agenda tahayul siyasi demi merasionakan hubungan politik antara DAP dan PAS yang akhirnya DAP akan mengikut telunjuk pemimpin PAS. Sedangkan di pihak DAP sendiri kita tidak pernah mendengar polisi berhubung kerjasama mereka dengan PAS, sama ada bersetuju atau tidak.  Kalau ada apa dia ?

Sebab itulah kalau kita perhati ada banyak kenyataan politik yang bertentangan dengan apa yang sering di laungkan oleh politik PAS dalam memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Tapi apa yang berlaku, ada beberapa contoh perlanggaran di antara mereka.

1. Pasal tuntutan kalimah Allah yang dicetuskan oleh politik DAP, sepatutnya ia tidak berlaku kalau memang DAP menghormati tahayul siyasi yang cuba di praktikan oleh PAS yang juga akan menguntungkan DAP.

2. Penghinaan DAP terhadap negeri Kelantan dengan mengejarnya sebagai negeri yang tidak bertamadun, hanya kerana PAS cuba menegaskan Undang Undang kecil di negeri itu.

3. Penolakan hudud oleh DAP, langkah dulu mayat Karpal kalau PAS ingin melaksanakanya. Bermaksud sampai bila bila pun hudud tidak akan terlaksana selagi PAS berkerjasama dengan DAP.

4. Terbaru pasal daging babi yang di letakkan di pintu kedua di  Masjid Cherok, Tokun di Pulau Pinang. Kalau kita amati lokasi Masjid berkenaan tidak jauh dari satu perkampungan Cina DAP, dan ini tidak menolak kalau insiden berkenaan dilakukan oleh mereka/DAP.

Maka betullah dengan apa yang di Firman kan Allah swt yang di catatkan di dalam Al Quran sebagai surah Hud dan Az Zumar.

Jangan kalian sesekali berkerjasama dengan pihak yang sebenarnya menentang Islam.

Juli Yang Mengeji Nabi Muhammad Sekaligus Agama Islam

Benar ya, individu yang bernama Juli Sumardiati Mohd Jalal yang telah mengeji Nabi Muhammad sekaligus menghina Islam telah berada dalam koma. ?

Kalau benar ia berlaku, sungguh benar ia menjadi pengajaran kepada kita semua.

Semoga saudari ini akan mendapat keampunan dari Allah swt. In Shaa Allah

Jentera BN Di DUN Kakang, Cara

@PRKKajang @KajangN25 @NajibRazak @muhyiddin_my @Zahid_Hamidi @mohdshafieapdal @HishammuddinH2O @TengkuAdnanReal @liowtionglai Saya percaya, corak fikir masyarakat Selangor sangat berbeza dengan masyarakat yang di perintah oleh BN. Mereka menilai secara terus kepada kemampuan dan keprihatinan pemimpin UMNO setempat bukannya polisi segala yang ada di tingkat tertinggi. Betul tidak ?

Keputusan DUN Kajang adalah juga kayu ukur kepada kemampuan politik UMNO di negeri itu, khasnya pengundi dikalangan kaum Melayu. Bermaksud sedikit rombakan perlu di dilakukan terhadap barisan kepimpinan UMNO yang ada di sana. Selain berusaha untuk memenangi DUN Kajang. 

Sebenarnya tidak timbul soal siapa Menteri Besar Selangor, sebab itu hak politik PKR/PR. Dan saya yakin komuniti Kajang juga sedar dengan hal ini. Tidak usah juga terlalu mendedahkan/menerangkan kekurangan Anwar pada komuniti Kajang, sebab kalau memang masyarakat Kajang mengambil kita perkara ini tidak mungkin calon PKR di PRU yang lepas mendapat kemenangan.

Apa yang penting ialah gerak kerja jentera pilihanraya bagaimana nanti mereka meyakinkan komuniti Kajang pasal kualiti calon BN. Bahwa calon ini sangat berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawabnya juga akan memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan kebajikan komuniti Kajang tetap dalam perhatian pemerintah. Pokoknya komuniti Kajang akan didahulukan berbanding kepentingan calon BN andai BN mendapat kemenangan.

Juga usah memberikan jaminan pembangunan yang akan dilaksanakan. Tekankan saja pada penyelesaian angkara kebobrokan sosial yang semakin teruk berlaku di kawasan Kajang, seperti contoh perbanyakkan pondok Polis dan lain lain yang difikirkan berkait dengan kebobrokan tadi.

Berikan keyakinan yang amat, soal komuniti Kajang menerimanya atau tidak itu hak mereka.

#jalinanpolitik #PRKKajang

Juli Mengajak Kepada Murtad

Apa cerita pasal budak perempuan yang bernama Juli Sumardiati Mohd Jalal, dari Pantai Timur yang beriya iya memperjuangkan kemurtadan ni ya. Mengeluarkan kenyataan pasal Nabi Muhammad yang dia anggap bodoh atau senang cerita dia menghina Islam secara total. Walaupun dia sendiri beragama Islam.
Menurut khabar, dia sekarang  menetap di luar negara. Dikhabarkan juga budak Juli ni agak pandai di Sekolah, telah mendapat keputusan cemerlang di Sekolah MRSM, sekitar 90an.
Jadi apa yang perlu di buat ni, terutamanya oleh kerajaan negeri Kelantan, cepat cepatlah hentikan kebobrokan ini sekaligus ajak individu berkenaan berdialog bagi membetulkan akidahnya yang sudah terpesong tu. Jangan saja asyik  berpolitik sedang kebobrokan sosial dibiarkan, apa lagi ia menyentuh soal agama Islam.
Betul betul menjadi tamparan hebat kepada politik PAS khasnya dan umumnya Kerajaan Malaysia. Tapi sewajarnya yang patut mengambil tindakan yang paling tegas dalam hal ini ialah kerajaan negeri Kelantan yang di terajui oleh PAS.

Saturday, February 22, 2014

Subtitles Bahasa Malaysia Bukan Penyelesaian Kepada onederful Malaysia

Tidak bermaksud bila Teresa Kok mengeluarkan/meletakkan subtitles bahasa Malaysia ke dalam video rakamannya yang bertajuk onederful Malaysia maka matlamat asalnya yang cuba memperlekeh masyarakat Malaysia secara umumnya sudah selesai. Yakni tidak boleh dianggap menghina.

Pada saya itu bukan caranya, kalau memang dia berniat ikhlas untuk menyelesaikannya. Apa yang dia perlu buat ialah melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Malaysia khususnya Melayu dan Bumiputera Sabah. Pada saya, hanya untuk menyiapkan drama berkenaan ia memerlukan masa, kewangan dan sudah tentu idea, jadi tak kan lah dengan begitu mudah ia dialihkan tanpa ada permohonan maaf. Betul tidak ?

Soal Cat Merah dan Ayam, dia perlu perjelaskan pada umum, kenapa masyarakat tidak boleh menganggap kejadian itu sebagai provokatif politik dari organisasi DAP. Bukan hanya mengeluarkan kenyataan di media maya agar masyarakat berhenti dari memperlekeh kejadian tersebut. Betul tidak ?

PR Tersalah Pilih Dan Sikap Masyarakat

Jujurlah saya kata ya, harus kok pembangkang agak kuat di negeri ini. Tapi ini tidak berlaku walaupun pada hakikatnya PR sudah mencuba dengan bersungguh. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya :-

Politik tertinggi PR khasnya PKR tetap menggunakan orang lama yang sudah tidak relevan pada pendapat ramai masyarakat muda di negeri ini, sebagai mewakili suara hati mereka.  Atau paling tidak, individu itu terdiri dari kelompok masyarakat politik yang sudah tidak mendapat kepercayaan dari ramai masyarakat. Pokoknya politik memperbodoh mereka ada jelas kelihatan di dahi mereka. Sebab itu apapun yang mereka perkatakan, ia hanya dianggap sebagai sampah di tepian jalan.

Senario ini juga sebenarnya ada berlaku dalam politik pemerintah, bukan bererti bila mereka yang kecoh, itu bererti mereka mempunyai pengikut yang ramai, mereka hanya sebenarnya pandai memanipulation ke tidak fahaman orang lain untuk kepentingan mereka. Tapi percayakan saya senario ini tidak akan berterusan andai politik PR mempunyai jentera politik yang terkecuali dari kelompok sengal yang saya sebutkan diatas yang telah menyebabkan politik PR tidak mendapat tempat di negeri Sabah. Betul tidak ?

Fenomena politik ini sebenarnya menjadi cabaran kepada politik pemerintah khasnya UMNO, apa lagi kalau bilangan mereka yang tidak terbela semakin ramai. Ada beberapa sebab kenapa kelompok ini tidak terbela, sama ada dek kerana sikap mereka atau saja hak merta telah di manipulation oleh orang UMNO atau saja kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Itu bermakna kekurangan masyarakat juga sebenarnya adalah kelebihan kepada lawan. Betul tidak ? Pun begitu ia ada jalan penyelesaiannya

Friday, February 21, 2014

Tony Pua Wajib Memohon Maaf

Hukum Islam yang melarang orang Islam merayakan hari kekasih adalah hak orang Islam. Jadinya tidak ada hak orang bukan Islam untuk mencampurinya. Betul tidak ?

Jadinya Tony Pua wajib menghulurkan maaf, sebab cuba mencampurinya. Secara jujurnya, kita boleh saja menganggap yang Tony Pua tidak tahu menahu pasal namanya mencampuri urusan agama orang lain, tapi sepatutnya pula PAS memainkan peranan, agar Tony Pua tidak bertindak sedemikian rupa, dengan mempersoal fatwa yang bertujuan melindungi penganut agama Islam di negara ini. Peliknya perkara yang mempersoal agama seperti ini sering dilakukan oleh politik DAP/PR.

Nah dimana konon yang dimaksudkan tahayul siyasi oleh penyokong PAS yang akhirnya akan mentarbiah DAP sebagai pendokong syariat Islam ?

Dulu bukan main, kalau kita dengar ucapan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mereka yang berada dalam kompenan PR akan saling melindungi agama andai Islam, Kristian dan Buddha di perkotak katikkan. Tapi apa yang berlaku sekarang, PR  pula yang asyik memperlekeh agama Islam. Betul tidak ?

Isunya di sini, Tony Pua wajib menghulurkan maaf.

Thursday, February 20, 2014

Tidak Ada CCTV Di Pejabat DAP

Isu pasal pejabat khidmat Teresa Kok yang di simbah dengan Cat Merah dan diletakkan Ayam Mati di hadapan tangga pejabatnya.

Sejujurnya kita tidak berapa kisah dengan grill yang dianggap sebagai halangan kepada perbuatan tersebut, sebab tidak pun menghalang dari berlakunya kejadian tersebut. Yang menjadi soal ialah kewujudan CCTV. Kenapa Politik DAP yang terkenal dengan pemikiran Urbannya tidak memasang CCTV di pejabat berkenaan, sedangkan parti DAP  kerap melancarkan politik provokatif yang mampu mengundang kemarahan masyarakat ? Ini kita boleh tafsirkan sebagai strategi jangka panjang, dengan harapan kalau nanti ada perbuatan provokasi yang mereka rancang maka pihak yang berwajib tidak menyimpan syak sebab tidak ada bahan yang boleh dijadikan rujukan. Betul tidak ?

Dan kalau insiden ini kita palitkan dengan isu daging babi yang diletakkan di hadapan pintu Masjid di Pulau Pinang, dimana sebilangan besar penyokong PR  bertegas kalau perbuatan itu dilakukan oleh penyokong politik UMNO bagi tujuan politik. Sedangkan cara logiknya Masjid berkenaan berhampiran dengan satu perkampungan Cina yang juga melalui jalan yang sama ke Masjid berkenaan, oleh itu ada kemungkinannya kejadian itu dilakukan oleh politik DAP yang bertujuan untuk mengwujudkan sentimen keagamaan sekaligus mengeratkan hubungan sesama mereka.

Maksud saya begini kalau menurut kehendak penyokong politik PR, insiden daging babi yang diletakkan di pintu kedua Masjid berkenaan adalah di sebabkan oleh penyokong UMNO begitu juga dengan Cat yang di simbah di pejabat khidmat DAP ia juga di lakukan oleh penyokong politik UMNO. Ini sudah gila, jelas penyokong politik PR terlalu membelakangkan akal mereka. Betul tidak ?

Tuesday, February 18, 2014

Isu Ceramah Anwar Berucap Di Dalam Gereja

Hanya berucap di dalam gereja tapi tidak bertujuan dakwa bagi mengajak mereka untuk menganut agama Islam, itu perkara biasa yang dilakukan oleh mana mana individu yang berpolitik. Jadi apa yang boleh dibanggakan kalau begitu.

Tapi pula kenapa ia menjadi isu politik. Jangan kamu orang terlalu menjaga kelakuan politik Anwar, Anwar sengaja tu biar namanya senantiasa meniti di bibir masyarakat sebelum tiba saatnya PRK Kajang.

Yang kita mahu dengar ialah apa sebenarnya isu yang diperkatakan oleh Anwar semasa dia berucap di majlis itu. Sebab saya dengar Anwar ada mempersoal isi khutbah Jumaat yang berkaitan dengan perpaduan, jadi kenapa pula beliau mempersoal perkara yang membawa kepada perpaduan. Hakikatnya yang mengajak perpaduan itu pastinya kerja yang murni.  Anwar berpendapat semua perkara baik yang dilakukan oleh pemerintahan BN adalah palsu, sebab lain yang dilaungkan lain pula yang dilakukan. Tapi bagaimana dengan dirinya, kerap berpolemik dengan ayat ayat Al Quran, sedang tanpa beliau sedari beliau telah membawa kepada perpecahan. Kenapa tidak, asyik saja membela perkara yang mencabar kesucian Islam dan hak ketuanan, selain tujuan yang menafikan tapi pada masa yang sama cuba pula menyalahkan. Pada saya seburuk mana pun perlakuan seseorang yang sering dikaitkan dengan perlakuan rasuah ia tetap jauh lebih mulia dari mereka yang cuba membawa perpecahan demi keuntungan politik semata-mata.

Kalau begitu apa yang patut dilakukan oleh masyarakat dalam memastikan kebobrokan ini tidak berterusan. Ingat, pihak yang kerap membawa isu perpecahan ialah pemimpin pemimpin yang berada dalam komponen PR. Nah cuba kamu orang fikir bha, siapa sebenarnya yang mendapat untung hadil dari fenomena ini, selain dari kelompok yang sengaja mencetuskan perpecahan. Apa kamu orang ingat, pihak yang mencanang politik provokatif tidak mendapat apa apa faedah :), silap kamu orang tidak bodoh kok dia orang tu, sengaja berbuat demikian. Alahai :)

Monday, February 17, 2014

Daging Babi Di Pintu Masjid Pulau Pinang

Pasal daging babi yang di letakkan di depan pintu Masjid Cherok, Tokun di Pulau Pinang. Kenapa masyarakat Melayu tidak menuding kalau kejahilan itu di lakukan oleh penyokong DAP lagi bukan beragama Islam yang sengaja bermain dengan sentimen agama di Pulau Pinang. Kenapa begitu risau atau saja takut ? sedangkan kalau ia tidak di momokkkan oleh mereka yang beragama Islam secara serius, ia hanya akan menambah kebiadaban mereka terhadap penganut agama Islam secara keseluruhannya.

Secara logiknya, kejadian itu berlaku di negeri yang di perintah oleh DAP dan telah dua penggal ia dikuasai. Bermaksud masyarakat Melayu sedar, kalau apapun yang mereka lakukan ia tidak akan mampu menggugat kekuatan politik DAP, mati hidup semula pun, lalu kekuatan itu dikumpul ia tetap masih tidak mampu menggugat kekuatan politik DAP, pokoknya Pulau Pinang akan tetap menjadi milik DAP buat selamanya. Kamu orang nampak betapa DAP sangat kuat di Pulau Pinang ?

Jadinya apa keperluannya kalau  itu dilakukan oleh mereka yang beragama Islam atau mereka yang berbangsa Melayu bagi tujuan mencari kekuatan pengaruh politik atau saja untuk melemahkan politik DAP. Apa begitu bodoh Melayu yang berkenaan, melakukan hal yang sedemikian sedangkan ia akan nemangkin kekuatan politik DAP di negeri berkenaan.

Saya juga dimaklumkan 1 KM dari jarak Masjid berkenaan ada satu perkampungan Cina, yang mana komuniti kampung berkenaan juga  menggunakan jalan yang sama yang melalui Masjid berkenaan untuk keluar. Jadi tidaklah menghairankan kalau insiden ini dilakukan oleh komuniti yang datang dari kampung berkenaan.

Siapapun individu terbabit, isu ini harus diambil perhatian yang serius sebab kalau tidak, ia akan mampu mencetuskan rusuhan kaum atau saja agama yang berpanjangan sekaligus mampu membawa negara ini kepada kanca kekacauan. Betul tidak ?

Bukan bererti bila Ketua Menteri Pulau Pinang sudah melawat ke Masjid yang terpalit maka isu ini telah selesai sekaligus mampu menenteramkan keadaan. Tapi sesuatu yang lebih realistik perlu difikirkan, sepertinya memasang CCTV dan lain lain. Selain itu juga sepatutnya Lim Guan Eng perlu memberikan jaminan bahwa kejadian seperti ini tidak akan berulang di masa masa yang akan datang memandangkan negara ini mendukung agama Islam sebagai agama rasminya maka itu wajar dihormati. Betul tidak ?

Sunday, February 16, 2014

Anwar Menjadi Menteri Besar ?

Isu Anwar Menjadi Menteri Besar ?

Kalau kita mengukur pengaruh politik antara Anwar dan Khalid jelas Anwar yang lebih berpengaruh. Jadi ada logiknya kalau Anwar cuba menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Tapi bagaimana pula dengan PAS apa mereka akan bersetuju ? Ini dia punya isu

Terus terang saya katakan, kalau saja PAS bersetuju dengan cadangan PKR/Anwar untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar, pasti pada akhirnya kekuatan politik PAS akan berkurangan. Dan akhirnya hanya DAP dan PKR yang akan berpengaruh di negeri Selangor. Macam yang saya katakan semalam, cerita politik tetap akan berakhir dengan politik.

Ini juga antara strategi politik Anwar, bagi memperkasakan kekuatan politiknya. Bukan semata-mata untuk menyandang jawatan Menteri Besar, seperti yang dicanang oleh setengah pengamal politik.

Agenda Lawan Untuk Memecahkan Perpaduan Sabah

Ada Cybertroopers yang cuba memanipulation foto ini, kononnya ini berlaku di negeri Sabah. Wal hal yang sebenarnya di negara jiran, Indonesia. Cuba kamu orang perhatikan pakaian budak sekolah tu, ia bukannya pakaian seragam seperti  yang biasa kita lihat. Atau apa dia ? Tapi tidak mengapa, mari kita teruskan bagi melayan kehendak mereka :)

Baik, mari kita layan kehendak mereka yang cuba kelihatan sebagai orang politik dengan berpolemik dengan kekurangan marhaen.  Ada beberapa faktor kenapa persoalan ini tidak boleh di tuding secara total sebagai konon kekurangan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat terutamanya mereka yang berada di pedalaman Sabah.

Antara faktor atau saja alasan yang perlu dipertimbangkan bagi menafikan tuduhan seperti di atas ialah kedudukan kampung kampung yang agak berselerak dan kebanyakan berada di pedalaman,  telah menyukarkan keperluan prasarana untuk di laksanakan. Cuba kamu orang bayangkan kalau jarak di antara kampung kampung, berada jauh dalam sekitar 50 km dengan setiap kampung, ditambah dengan kedudukan kampung yang agak terpencil lagi berada di kawasan yang sukar untuk dibangunkan, contohnya hanya kampung itu yang berada di seberang sungai yang luas selepas itu pula duduk di kawasan yang curam. Selepas itu pula jauh dari pusat pekan yang sarat dengan kelengkapan frasarana. Adalah tidak ekonomikal andai kampung ini juga turut di majukan seperti mana sebuah pekan yang menjadi pusat masyarakat bersosial. Oleh itu siapapun yang memerintah, persoalan ini memang sukar untuk diselesaikan, kecuali masyarakat setempat yang berkenaan bersetuju untuk ditempatkan pada satu kawasan yang berpusat. Barulah mereka mudah dilibatkan dengan kemajuan perdana. Betul tidak ?

Jadinya kamu orang jangan mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang ingin melihat masyarakat ini berpecah belah. Alahai, bersatu bertambah mutu. Ok

PAS Pak Turut, Sudah Lari Dari Perjuangan Asal

Membaca pelbagai pendapat pasal kerjasama PAS dengan PKR dan DAP. Siapapun yang memberikan pendapat politiknya, kesimpulannya PAS tetap di tafsir sebagai Pak Turut. Ekoran pengosongan jawatan Yb DUN Kajang dan usaha menukar Menteri Besar Selangor dan jawatan Menteri Besar yang nampak di manipulation demi kepentingan politik DAP dan PKR sahaja.

Sebenarnya, kebaculan PAS dalam mempertahankan perjuangan asal mereka yang cuba mengangkat Islam sebagai agenda politik, telah lama terhapus, ini dapat kita lihat apabila Karpal/DAP mengkritik kepimpinan PAS dinegeri Kelantan sebagai negeri yang tidak bertamadun, wal hal sebab kepada perbezaan itu adalah kerana PAS  cuba menegakkan undang undang kecil Islam dikalangan masyarakatnya. Tapi tetap juga PAS mahu berkerjsama dengan DAP, walaupun tidak dianggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Selain hal diatas, kalau betul betul kita perhalusi, hanya organisasi PAS yang masih sibuk meminta derma dari pengikut mereka, bagi tujuan politik sedangkan mereka juga menjadi pemerintah di negeri yang di katakan antara negeri yang paling maju di Malaysia yakni Selangor. Pelik bukan, ini menunjukkan PAS tidak bijak berpolitik, malah mereka hanyalah alat kepada perjuangan DAP dan PKR. Betul tidak ?

Sedang pada masa yang sama masih ada pula dari kalangan pengikut PAS yang khayal dengan perjuangan lama, sedangkan ia sudah terhapus hasil manipulation oleh rakan politik mereka. Nah apa lagi yang tinggal dari agenda perjuangan asal PAS ?

Friday, February 14, 2014

Cadangan Fatwa Pasal Syabu

Hanya memerhati gelagat bangsat si pengedar syabu. Harus kok para penguasa agama negara ini berbincang bagi menghasilkan fatwa baharu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah syabu. Jangan hanya bergantung pada undang undang sekular dalam menguatkuasakan pembenterasan dadah sedangkan kalau melibatkan hal politik yang jelas untuk kepentingan duniawi, hukum agama/syariah pula yang cuba di peralatkan.

Kalau selama ini, ada dikalangan parti politik yang berpolemik dengan panggilan kafir walaupun sesama Islam, selepas itu pula berpolemik dengan hukum hudud walaupun mendapat tentangan sesama mereka dengan mengemukakan pelbagai Hadis dan ayat Al Quran bagi tujuan politik. Nah bagaimana pula kalau pada kali ini, parti politik yang berkenaan, berpolitik dengan hukuman tembak mati (ditempat kejadian) ke atas pengedar dadah juga ke atas penagih tegar yang sudah tidak boleh dibuat apa tanpa perlu di bawah ke muka pengadilan. Dengan mengemukakan sumber yang sama yakni Hadis dan ayat ayat Al Quran.

Saya percaya perjuangan parti politik yang bertujuan mencegah kemaslahatan di kalangan masyarakat akan mendapat sanjungan yang tinggi dari masyarakat itu sendiri sekaligus menguntungkan parti berkenaan.

Ini barulah betul betul memperjuangkan nasib rakyat. Percayakan saya, mana mana pemimpin politik yang cuba menjuarainya, maka dia bakal mendapat penghormatan yang tinggi dari masyarakat malah pasti Tuhan akan sentiasa bersama dirinya/mereka. In Shaa Allah

Pendatang Harus Dipilih Dari Pemulihan

Negara yang berhampiran dengan negara jiran memang mudah terpalit dengan hal hal jenayah.
Bererti kebobrokan yang berlaku di negara ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pendatang. Betul tidak ?
Apa yang sangat merisaukan saya ialah kalau mereka yang terlibat dengan hal pemutihan akan melibatkan mereka yang biasa dengan perlakuan jenayah sedang mereka yang budiman lagi mampu menyumbang kepada pembangunan negara pula yang tercicir. Harus menerima hakikat, tidak ada yang boleh didirikan di negara ini tanpa bantuan mereka sebagai buruh binaan. Jadinya, adalah ekonomikal, kalau mereka yang boleh membantu ini diberikan dokumen yang sah. Betul tidak ?

Thursday, February 13, 2014

PKR Yang Bercelaru Tidak Berniat Untuk Membetulkan

Betulkan populariti PKR bergantung pada Anwar. Bermaksud kalau Anwar berehat maka PKR juga akan turut berehat, tapi berehat yang membawa pupus.

Lihat saja sekarang ini, dengan adanya Anwar pun PKR berada dalam keadaan yang kelam, semuanya tidak betul. Pemimpin ini menyalahkan itu, setiausaha pun ikut menyibuk sebagai orang politik. Sedang sepatutnya tidak begitu, maklum mereka sebagai parti yang menentang mereka harus menunjukkan contoh pada masyarakat, yang sebenarnya mereka mampu mentadbir negara ini, tapi ini tidak malah berperang, tapi pada mereka itu namanya strategi. Mungkin juga tapi apa ya

Harus kok penyokong PKR mengambil iktibar dari kecelaruan ini, bahawa PKR dihuni oleh pemimpin pemimpin yang kurang berkaliber. Perjuangan mereka hanya lebih kepada menjaga maruah seseorang bukan bertujuan untuk membetulkan keadaan. Lihat saja Teresa Kok, bukan pun cuba mencari jalan penyelesaian atas perlakuan jenayah yang banyak berlalu di negeri Selangor tapi pula semakin  mengwujudkan suasana yang tidak harmoni dikalangan masyarakat Malaysia. Betul tidak ?

Selain itu kalau kita perhati semua kritikan mereka terhadap kerajaan, kebanyakannya menyentuh hal hal yang nasional, sedangkan masyarakat tidak pun terlibat dengan kebobrokan tersebut. Iya kita orang fahama, isu nasional itu juga isu masyarakat tapi jangan pula dilupa isu masyarakat yang ada di tingkat akar umbi,  yang memerlukan pembelaan. Saya ambil contoh kampung kampung yang ada di Permatang Pauh, masih ada lagi kampung yang tidak mendapat bekalan letrik, hampir menjangkau 40 tahun, apa cerita ? Kenapa ia tidak di momokkkan oleh pemimpin pemimpin PR, sekurang kurangnya walaupun cukup sebagai momokkkan.

Apa ini bukan kekurangan pemimpin pemimpin PR ?

Sikap Pemimpin Pemimpin Muda UMNO

Ada pelbagai jenis kempen politik, bukan hanya bila tiba saat pilihanraya tapi ia boleh dilakukan tiga tahu lebih awal sebelum tiba saat PRU. Terutamanya di negeri negeri dimana kekuatan PR agak menyerlah. Caranya, tunjukkan sikap prihatin setiap masa, jangan terlalu bermewah mewah dalam membuat majlis kemasyarakatan atau saja politik. Tidak dilupa ketrampilan pemimpin pemimpin muda di negeri berkenaan, jangan terlalu menampakkan kelebihan yang ada, sebab masyarakat tahu kok itu, dari mana sebenarnya, apa lagi kalau individu itu bukan dari kalangan keluarga yang agak kaya, yang ada sumber perniagaan yang agak besar sejak dulu lama.

Kita tidak boleh menghalang masyarakat bersikap skeptical terhadap orang politik, sebab itu juga dipanggil hak. Apa yang perlu ialah sikap kita terhadap masyarakat, harus senantiasa merendah diri. Tidak ada gunanya kita menunjuk hebat pada masyarakat yang kita sudah tahu ada dimana kelebihan mereka. Pun begitu ia tergantung pada sikap masyarakat setempat, ada tu memandang material sebagai ukuran politik ada pula tu merujuk pada keperibadian dan sedikit keintegritian yang ada pada individu berkenaan. 

Sebagai bukti kepada kenyataan di atas ialah cuba kamu orang nilai kekuatan politik UMNO di negeri negeri yang di perintah oleh PR, wal hal sebelum ini sudah beribu beribu kerja kebajikan yang di tabur tapi tetap juga UMNO kurang mendapat tempat. Nah itu.

Wednesday, February 12, 2014

Shafee V's Anwar

Mari kita berpolemik dengan individu yang bernama Shafee dan Anwar Ibrahim. Keduanya saling mengenali sejak berada di tingkatan enam. Bermaksud mereka berdua sangat rapat dan tidaklah menghairankan kalau Shafee banyak mengetahui secara mendalam keperibadian Anwar.

Sebab itulah Anwar sangat mengelak kalau Shafee menjadi peguam pendakwa terhadap dirinya. Pun begitu ada pula pihak yang mempersoal keintegritian Shafie atas beberapa perkara antaranya; Beliau pernah terlibat secara langsung dengan individu yang bernama Saiful, ketika Saiful bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan kes liwat bersama Anwar. Kedua Shafee pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Gani Patail pasal pengambilan Pulau Batu Putih oleh Kerajaan Singapura, beliau mendakwa kalau Gani Patail telah menerima sejumlah wang bagi membolehkan Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura. Tapi akhirnya dakwaan itu tidak dapat dibuktikan secara khusus,  walaupun ia telah disambut oleh Rafizi sebagai isu politik terhangat di abad ini.

Yang sebenarnya siapapun Shafee, ketika dia mengutarakan hujahnya bagi membenarkan bukti buktinya pasal perlakuan Anwar sebagai pelaku liwat, pasti saja peguam bela Anwar akan menyaksikannya, sama ada ia fitnah atau tidak, apa lagi mereka nanti berada dalam bilik Mahkamah yang akan di saksikan oleh seorang Hakim. Ditambah, Anwar akan diwakili oleh seorang peguam yang cukup hebat sepertinya Karpal Singh. Jadi tidak mudah kok untuk Shafee memanipulation bukti kes hanya kerana Shafee mengenali Anwar atau Shafee pernah mengeluarkan kenyataan pasal Gani tapi tidak dapat membuktikannya secara khusus, selain Shafee juga  dikaitkan dengan pemimpin pemimpin UMNO dimana Shafee pernah menjadi peguam kepada mereka.

Kesimpulannya, sepatutnya Anwar tidak perlu menyimpan risau atau saja takut pada Shafee, sebab secara logiknya, kalau memang dia tidak melakukan liwat, tidak ada apa yang boleh dibuktikan oleh Shafee Abdullah. Karpal Singh tidaklah begitu bodoh membiarkan anak guamnya dianiya tanpa mengeluarkan hujah untuk mempertahankan Anwar. Betul tidak? akhirnya kita sebagai rakyat Malaysia harus memerhatikan perbicaraan ini dengan penuh kepercayaan terhadap sistem kehakiman negara, dan apapun keputusannya nanti, kita semua harus menerimanya dengan penuh keterbukaan demi negara bangsa. Sebab saya tahu setiap diri daripada kita, tidak akan mahu kalau nanti negara ini dipimpin oleh seorang individu yang kurang berkelayakan apa lagi kekurangan itu melibatkan hal hal moral. Betul  tidak ?

Atau bagaimana kalau Shafee Abdullah digantikan dengan orang lain, agar pemimpin pemimpin PR dan penyokong Anwar berpuas hati, lalu menerima apapun keputusan yang akan diputuskan oleh Mahkamah ?

Tuesday, February 11, 2014

Jangan Cemburu Dengan Penganut Agama Hindu

Kamu orang jangan pula merasa cemburu pasal tertangkapnya seorang individu yang menghina agama hindu dengan hanya membuat 178 laporan polis. Berbanding dengan laporan polis yang dibuat ke atas Teresa Kok yang sudah mencecah ratus, tapi masih belum ada tangkapan yang dibuat walaupun perbuatan Teresa Kok itu lebih banyak memberikan  kesan negatif yang mendalam terhadap masyarakat. Kamu orang tahu, kenapa begitu?

Nah sebabnya ialah kita Melayu terutamanya yang ada di Semenanjung umumnya dan khasnya di Selangor sudah berpecah yang membawa kepada kelemahan politik. Jadinya kalau hanya suara yang kedengarannya lantang tapi bilangannya sedikit, itu sebenarnya tidak menggerunkan pihak lawan yakni DAP. Malah ia hanya akan menguntungkan mereka, sebab nanti kerajaan akan di lihat sebagai tidak adil, tidak adil sebab secara logiknya Teresa Kok belum dihukum sebagai bersalah mengikut proses Undang-Undang, tapi tangkapan telah dibuat. Nah itulah antara bahananya kalau sudah tidak bersatu padu, cuba kalau semua Melayu bersatu di bawah satu payung parti politik, pasti saja Teresa Kok sudah lama dalam tahanan, malah tidak mungkin mereka berani membuat video sedemikian rupa.

Secara logiknya, kalau saja ada pertandingan yang mengukur kekuatan fizikal pasti yang sedikit itu yang akan kalah walaupun yang sedikit itu kedengarannya lantang.

Yang ingin saya isukan di sini ialah kenapa politik UMNO masih belum mendapat sokongan penuh dari kaum Melayu yang ada di negeri Selangor walaupun ada banyak isu yang sepatutnya telah membawa kepada perpaduan di kalangan Melayu, apa lagi kerja kebajikan telah di tabur dengan begitu banyak oleh UMNO berbanding  PKR, habuk pun tidak ada?

Kebobrokan ini harus dilihat sebagai virus yang mampu merebak hingga akhirnya akan merosakkan UMNO secara keseluruhannya. Maka itu, cuba konok, apa sebenarnya yang berlaku terhadap UMNO di negeri Selangor?

Propaganda PKR Di Sarawak

Walaupun jentera propaganda politik PKR sedang asyik menyerang politik Sarawak, terutamanya Taib Mahmud (Ketua Menteri). Tapi masyarakat Sarawak mesti bersatu padu bagi mengekalkan keharmonian yang telah terjalin begitu lama.

Kekurangan apapun yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud tapi kalau kita membuat perbandingan dengan jasa yang beliau telah taburkan sejak berdekad yang lalu demi membangun negeri bangsa Sarawak itu sendiri ia jauh lebih banyak lagi bererti besar, maka itu wajar di hargai sampai bila bila. Jangan mudah terpengaruh oleh jentera propaganda PKR, yang harus di tahu untuk PR menjadi pemerintah negara, mereka harus terlebih dahulu menguasai politik Sabah dan Sarawak. Nah inilah peluang keemasan dari konteks Sarawak, apapun cara mereka akan lakukan.

Antara propaganda yang cuba di serapkan.

1. Memalitkan kepimpinan Taib Mahmud dengan harta segala, agar masyarakat Sarawak merasa dipinggirkan lalu menyalahkan.

2. Angka yakni bilangan majority kaum Iban di jadikan senjata politik untuk melemahkan kepimpinan BN. Sekaligus diangkat sebagai kekuatan untuk memecahkan belahkan perpaduan di kalangan masyarakat Sarawak itu sendiri.

3. Usaha menghalang Taib Mahmud sebagai TYT hanyalah wayang yang bertujuan untuk melogikkan tuduhan mereka, bahwa Taib Mahmud memang bersalah, sebab itulah Taib berusaha untuk menjadi TYT agar dia memiliki kekebalan dari dikenakan hukuman atas konon semua kesalahannya.

PR sedar, kalau sebenarnya Taib Mahmud masih mempunyai kekuatan politik di negeri itu, jadi langkah awal untuk mengurangkan sokongan masyarakat terhadap politik BN sebelum tibanya Pilihanraya ialah mengecilkan kepercayaan masyarakat terhadap beliau. PKR juga menanti dengan penuh minat, agar Taib Mahmud tersalah pilih bagi menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak. Tersalah pilih bererti sentimen kaum akan di canang dengan hebatnya oleh jentera propaganda.

Berhati hari kamu orang. Adeh

Monday, February 3, 2014

Teresa Kok Tidaklah Begitu Bodoh Sangat

Teresa Kok secara realitinya telah menghina masyarakat Sabah, hinaan itu terkandung dalam satu rakaman video sempena CNY 2014. Kita sebagai masyarakat telah pun maklum dengan begitu jelas, bahwa Teresa Kok  telah menghina masyarakat, titik. Tapi tidak bermakna dia telah melakukan kesalahan di segi Undang-Undang. Sebabnya, sebelum dia memuat turun rakaman video berkenaan ke YouTube, semestinya dia telah berkira kira tu, sama ada dia boleh di sabitkan atau tidak.

Biarkan lah tu, itu bukan isunya untuk melihat dia di hukum melalui proses Undang-Undang. Apa yang penting ialah sikap masyarakat terhadap politik PR secara keseluruhannya. Masyarakat harus sedar, sepatutnya pemimpin pemimpin PKR dan PAS mampu menghalang Teresa Kok dari berbuat demikian sebab hinaan itu melibatkan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya termasuklah bangsa pemimpin PKR dan PAS. Atau sepatutnya Teresa Kok mempunyai rasa hormat terhadap pemimpin pemimpin yang ada kompenan PR. Tapi rupanya tidak berlaku.

Kamu orang nampak tak, selain imuniti Teresa Kok alsebab dia telah berkira kira. Rupanya kekuatan politik PAS dan PKR sangat rapuh boleh saja di kata menumpang, bila bila masa dua parti ini di rosakkan. Untuk merosakkan politik PKR dan PAS, DAP hanya perlu membuat kenyataan yang sangat provokatif terhadap bangsa rumpun Melayu dengan itu Melayu yang menyokong PKR dan PAS akan terasa lalu menolaknya. Dia orang ingat DAP tu bodoh, kalau bodoh tidaklah ekonomi negara ini mereka yang pegang. Alahai

PKR Terpusing Macam Gasing

Ini yang saya maksudkan di entry entry sebelum ini. Seperti juga yang terkandung di beberapa blog. Ketidakmampuan MB Khalid mengurus Negeri Selangor hingga perlu melibatkan Anwar dalam pentadbiran negeri Selangor hanyalah retorik politik semata-mata. Sebab semua isu yang bermain hingga konon menjejaskan kekuatan PKR adalah ciptaan mereka sendiri/PR. Cuba beritahu saya, mana isu yang dimulakan oleh BN di negeri Selangor? Tidak ada kok itu. Pokoknya kehadiran Anwar di DUN Kajang adalah semata-mata untuk melangsungkan agenda politiknya  yang melangkaui negeri negeri yang ada di Semenanjung.

Tapi sebelum itu, apa yang pasti bekas DUN Kajang telah mendapat impalannya, sebab itu sanggup melepaskan jawatan. Ada dua perkara yang kalian perlu ambil kira  ekoran kebobrokan yang berlaku di Kajang.

1. Kredibiliti pemimpin pemimpin PKR, mereka sanggup menidakkan proses demokrasi dengan memanipulasi demokrasi itu sendiri, yakni memperlekeh penyokong mereka.

2. Politik wang yang telah memalit PKR lagi menguntungkan Lee Chin Cheh.

Dua perkara diatas adalah kebobrokan total yang perlu diangkat sebagai senjata politik untuk menafikan kemenangan PKR di PRK Kajang nanti. Itu pun kalau penyokong PKR punya prinsip diri seperti mana ketegasan mereka, ketika mereka melemparkan tuduhan politik terhadap pemimpin dan penyokong UMNO/BN sebagai tidak berkredibiti.

Nah sekarang, macam gasing yang terpusing pusing, berusaha untuk saling menyalahkan, pemimpin PR itu maksudku yang perlu di hukum oleh penyokong PR. Boleh dihukum?

Tepuk Dahi Tanya Akal, Wahai Penyokong PR

@PRKKajang Hal yang paling sukar untuk di rai dalam politik ialah kepercayaan. Bukannya material yang bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat agar memihak. Dengan rasa penuh kepercayaan, segala hal yang menyangkut keperluan masyarakat akan mudah diselesaikan.

Berbalik pada isu, perletakan jawatan Yb DUN Kajang. Kepercayaan pengundi terhadap organisasi PKR rasanya sudah berkurangan. Selepas pengundi bersusah paya memenangkan PKR, akhirnya pula mereka di bohongi secara terang terangan, itu yang jelas kenampakan yang tersembunyi sudah tentu masyarakat Kajang tidak tahu, seperti contoh dapatan atau imbuhan yang sudah di dapat oleh Lee Chin Cheh selepas dua akur untuk melepaskan jawatannya.

Apa yang penyokong PR harus tahu ialah  perletakan jawatan tanpa alasan yang jelas adalah sama dengan penyalahgunaan kuasa, tidak ada dia punya beza tu tetap melanggar hak masyarakat maka itu wajar di hukum. Wajar dihukum

Pada sebelum sebelum ini, sering ramai pemimpin dan penyokong PR yang berpolemik dengan keintegritian para pemimpin BN dalam hal mengurus negara dan salahguna kuasa. Tapi bila perkara itu memalit kepada mereka, tidak pula mereka boleh menerima hakikat bahawa mereka telah di manipulasi secara total. Di hinakan ketahap paling bawah. Saya tahu masih ada dari kalangan mereka yang tetap menjadi penyokong atas sebab impalan yang mereka sudah dapat. Maka itu, sama ada mereka mengakui perletakan Yb DUN Kajang sebagai pembohongan manipulasi atau tidak, hakikatnya mereka telah di tipu hidup hidup dan itu juga bererti segala yang mereka momokkan pasal pemimpin dan organisasi UMNO sebelum ini hanyalah cukup sebagai retorik politik yang cuba mengambil kesempatan dengan harapan mereka akan mendapat sesuatu dari pemimpin dan organisasi PKR itu sendiri. Maksud saya selepas mereka memberikan sokongan. Ironinya soal impalan ini juga mereka nafikan. Alahai

Soalan saya, apa perasaan anda sebagai penyokong politik PR, ada di mana nilai diri kalian dari konteks politik PR, apa masih menyimpan harapan baik yang membukit kepada organisasi dan pemimpin pemimpin PKR? Tepuk dahi lepas itu tanyalah akal.

Sunday, February 2, 2014

Rakaman Video CNY, Yang Menghina PM dan Pemimpin Sabah

Apa konon pendapat para penyokong PR perihal rakaman video oleh Teresa Kok (Pemimpin tertinggi DAP) tu. Khasnya para penyokong PR yang ada di negeri Sabah ni. Rakaman video itu telah menghina masyarakat Sabah. Meletakkan negeri Sabah, sebagai sebuah negeri yang langsung tidak aman sebab penuh dengan pelbagai aksi keganasan atau senang cerita ia lebih teruk dari peperangan yang berlaku di Syria sekarang. Begitu hina rasanya. Kenapa tidak saja dia merujuk pada gejala sosial yang berlaku di negeri Selangor tu, terutamanya kawasan Kajang. Agar pemerintah di negeri itu, boleh membuat sesuatu yang berfaedah bagi membanterasnya.

Rakaman video itu dihasilkan untuk meraikan semangat Tahun Baru Cina tapi pula, di kiaskan lagi dengan negeri Sabah.

Oh ya, standing University Malaya juga dia persoalkan sebagai tercorot berbanding Universiti. Universiti yang ada di Asia. Mungkin kah, kebanyakan dari penyokong PR ini datang dari Universiti berkenaan?

Tidak cukup dengan isu Kajang, di tambah pula dengan rakaman video sempena tahun baru cina oleh Teresa Kok.

Oleh itu, adalah sangat wajar andai Teresa Kok di halang dari memasuki negeri Sabah untuk tempoh yang agak lama, sepenggal begitu? @MusaHjAman @mohdshafieapdal